Wednesday 30 March 2011

Bedah Karya

Saja nak cite..hari ini aku try guna satu teknik mengajar KOMSAS kat dalam kelas. Kadang2 masuk 'chalk n talk" memang borink. Sekali sekala tukar angin sikit. Teknik ni dinamakan Teknik Bedah Karya. Sebenarnya teknik ni cikgu2 pun pernah buat cuma maybe tak der nama special sikit. Bila dinamakan Teknik Bedah Karya macam wow jer kan. Tapi teknik bedah karya yang aku gunakan ni telah aku ubahsuai dari yang asal mengikut masa dan pelajarnya. Janji bedah hehehhe.

Apa yang aku lakukan memandangkan hari tu aku ajar pantun 4 kerat (sindiran dan jenaka):
1.  Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan ikut jumlah rangkap dalam pantun 
2.  Kumpulan 1 buat rangkap 1, kumpulan 2 rangkap 2 dan seterusnya.
2.  Edarkan kertas majung, marker dan kertas edaran (arahan)
3.  Pelajar membaca arahan pada kertas diberikan - kandungannya meminta pelajar melakukan pembedahan karya dengan cara memberi gaya bahasa, nilai dan pengajaran yg ada dalam rangkap itu sahaja. Rangkap lain kumpulan lain ler buat. Jangan tamak nak banyak2. Andai tak ada gaya bahasa di situ..biarkanlah saja.
4.  Pelajar akan tuliskan maklumat tersebut mengikut kreativiti masing2...
5. Pelajar akan berbincang sesama sendiri dan membuat peta minda pada kertas majung. Guru pantaulah..jangan nak rileks kat kerusi plak hehehe..tapi memang tak dan nk bersantai..kejap2 ada je yang melambai.
6.  Akhir sekali setiap kumpulan buat pembentangan di hadapan kelas.
7.  Pastu ikut cikgu2lah nak kasi latihan ke apa.
** Refleksi yg aku dapat: 
Sebelum pembentangan sepatutnya edarkan bahan grafik yang lain untuk pelajar isi. Sambil mendengar tersebut. takler dia orang ternganga je atau buat hal2 sendiri. Tapi hari tu aku x dan nak sediakan. So pakat nganga ramai2lah hehehe

Membincangkan bahagian rangkap yang diberi
Menulis hasil pembedahan pada kertas majung
Pembentangan kumpulan
Membaca pantun dan menerangkan rangkap tersebut
Seronok tu memangler seronok tapi biasalah budak2 ni...dia orang ni nak main-main jer lebih. So kenalah jaga n sabar jelah supaya dia orang jangan terlebih gelak n banyak cakap je tapi kerja tak siap.  Tengoklah hasilnya macamana..maklumatnya cinonit jer tp ilsutrasi jer yang lebih. Ada group yang boleh sampai dengan baik. Apapun ok lah...sbb kelas ni pun dh nk sampai ujung hehehhe kira dapatlah mereka buat n sampaikan. Lain kali cikgu ajar cara lain plak ek..yang penting kamu semua mesti SPORTING!


No comments:

Post a Comment