Saturday 18 February 2012

Kukehilangan GEBUSH

17 FEB.2012 (Jumaat):
Mmmm sedey hati aku bila semalaman gebush tak balik rumah n tiba2 aku dapat tahu dia ditemui mati di luar tembok apartment aku. Tak pernah aku sesedey ini....memang malam tu air mata aku mcm tak putus2 plak ingatkan gebush dah tak ada. Bila kengkawan cakap, kucing kalau sakit n nak mati, dia akan mati jauh daripada tuannya....barulah aku redha dgn pemergian kucingku itu.

muka gebush sweet n comel sangat. Badannya gebu, bulunya lebat n ekornya kembang

gebush selalu bersantai di atas tembok ni tunggu n melihat orang lalu lalang

di mana orang baring di situlah gebush landing sama

Subuh Jumaat sebelum g sekolah aku panggil2 juga nama gebush.. Selalu bila namanya dipanggil sudah pasti gebush akan terus berlari masuk rumah kalau dia ada kat luar. Kali ini tak ada plak. Aku baru perasan gebush tak ada bila en.hb aku kata dia tak ada dari semalam. Malam sebelumnya ada lagi time hujan lebat, babahnya halau gebush masuk bilik...dia tido bersama-sama aku n adam sampai pagi.  Tapi pagi tadi memang dia tidak mengeow-ngeow. Kalu tak setiap kali nampak kitaorang dia mesti minta makanan, tak kiralah dia baru makan ke tidak mesti dia minta makan lagi. Aku tak ler pk jauh2 sebab ingat dia merayau2 kat luar ke. Selama ini pun memang gebush macam tu n aku pun tak berapa bimbang sebab semua orang tahu gebush tu kucing  kita orang.

Gambar terakhir aku ambil bersama gebush...masa ni dia diam je bila aku snap
adam bersama gebush

aku gebush n adam...masa raya tahun lepas
Balik dari sekolah tadipun keluar je lif aku terus panggil2 nama gebush lagi kut2 dia dah balik ke. Sekali ada akak cleaner tu dengar n beritahu yang diaorang ada nampak kucing mati macam gebush kat luar tembok apartment. Terkejut n mcm tak xnk percaya tapi akak kenal sangat Gebush sbb dia pernah  tolong kasikan gebush makan time kita orang balik kampung. Akak tu kata nak beritahu pagi tadi tapi tak nampak sesiapa kat rumah. Bila aku berkejar ke sana...memang sah itu gebush. Sedey aku tengok dia dah keras kaku di tutupi dengan daun2 yang berguguran. Tak ada kesan apa2 pada badan dia. Bersih n macam tido jer.  Memang dia nak tinggalkan kami. Padahal Gebush tak pernah pun turun sampai ke bawah.
Keadaan gebush ketika jasadnya ditemui. Begitu menyedihkan sekali

Macamanalah aku tak sedey...sebab gebush memang kucing yg manja. Nak jaga dia pun tak susah sangat.  Setiap kali aku balik....dari jauh dia nampak atau terdengar suara aku, dia mesti kuar dari bawah pokok bunga n datang dengan lenggang lenggok sambut aku hehehe. Pastu berlari2lah dia balik beriring dengan aku. Kalau aku berada depan rumah...aku tepuk2 tembok umah dia akan melompat n minta aku urut2 dia.  Lagi satu time aku solat....memang tak der tempat lain gebush akan duduk. Aku start takbir jer dia terus duduk kat depan sejadah tepat2 tempat aku nk sujud. Tempat tido dia kat katil akulah dengan pelbagai gaya ikut suka dia nak tido. Lucu n comel sangat. Itulah gebush...sapa yang tak suka tengok badannya yg gebu. Orang yang lalu lalang depan umah aku mesti berhenti utk bermain dengan gebush. Dia pun memang saja tunggu peluang orang usap2kan dia hehehhe






gebush tido dalam pelbagai gaya yg seksi dan seksa hehehe

Terasa sunyi sebab tak melihat keletah gebush melompat n berkejo ke sana sini. Kadang2 saja je gebush membuat aku menjerit bila dia suka2 mencakar sofa n katil aku....bila di marah dia lari...pastu pandang2 aku dia cakar lagi. Sabor jerlah. Sekarang gebush dah tak ada...yang tinggal hanya kenangan bersama gebush. Terima kasih padamu Tuhan kerana menghadirkan gebush mengisi masa masa-masa sunyi aku.


we will miss u GEBUSH



Monday 6 February 2012

Menjejak Cikgu Koya

Sempena cuti Hari Maulidul Rasul 5hb Feb...abang aku (Uda) ada ajak makan2 @ BBQ kat rumahnya.... sebab bekas2 pelajarnya masa mengajar kat Kuala Kubu Bharu (KKB) datang menjejak kasih dengan cikgunya (cikgu koya). Gud idea...aku beriya balik bukan sebab kenal bekas2 student abang aku tu kecualilah student2 yang pernah ikut cikgu koya  balik kampung terutama budak dari yayasan Sarawak (abg Suut, Jau, Janny, Hambali, Salleh n yg perempuannya kak Rosla, kak norashikin n kak jamiah) tapi dorang tak adapun.  Lebih menyemarakkkan hati aku  bila kakak aku yg kat semenyih dan abang kat shah alam pun balik sama n mak pun ada untuk memeriahkan suasana kat sana. Seronoknya dapat berkumpul sekali sekala. lagipun aku bukan selalu balik kampungpun...so kesempatan macam ni memang aku tunggu n cari-cari. Kalau tak encik hb aku dah tentu buat plannya sendiri dulu.

tuan tanah.....CIKGU KOYA
Wah! bertuah cikgu koya kan sebab selalu orang sekarang kalut buat reunion @ perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah lama, kawan2 sama belajar tapi yang ini xstudentsnya yang berusaha menjejak kasih mencari bekas gurunya sendiri. Seramai lebih kurang 15 orang xstudent n rakan sekerjanya telah datang ke rumahnya n menginap di homestay berdekatan. Tentu cikgu koya ni 'special' di hati pelajar2nya.
waaaa...ikan bakar sempoi.

Biasa aaaa ramai yang berlakon jer lebih.

Tengokler Pak Yaya tu maintain lawa nak mengipas ikan panggang. Peluk setitik pun tak jatuh hehehe. Dahler pegang kipas macam kipas badan bukan kipas ikan hehehhee.


Kaum ibu plak sibuk di dapur buat air asam. Aku biasa aaaaaa....bahagian doukumentasi jer sana sini heheheheh.Bukan banyak kerjapun...aku sampaipun dalam kul 5.30 pm...dorang tengah basuh-basuh bahan yang di bakar jer.

Orang paling sibuk malam tu (uda n abang) sebab itu rakan n student dorang yang datang. Kenalah bekerja keras sikit. Kerja jadi lebih lagi bila ada yang ambil gambar. Orang ingat angkat periuk sekali tupperware kuih je di sebalik periuk je hehehe. Apa2pun lakonan kena mantap.

sempatler aku berposing dengan gaya tak tentu arah masing-masing hehehhe

Cikgu Koya bersama member kamcengnya (cikgu mokhtar)

Cikgu Koya melayan bekas2 pelajarnya.

inilah x student cikgu koya n rakan2 sekolah abangku (SY) yang datang malam tu
Abang aku pun dah pencen sekarang...n bekas student2nya tu tahun dalam tahun 1976 kut...sebab tu bila berkumpul sekali nampak macam sebaya dengan cikgunya hehehe. Lebih-lebih lagi keakraban antara cikgu n pelajarnya nampak mesra sekali. Mesti banyak kenangan pahit manis yang tersimpan semasa cikgu koya menjadi guru dan warden kat sana kan kan kan!!!!!

Mmmmm best bila anak murid berusaha mencari  cikgunya sendiri.
Macamanlah anak2 murid aku bila aku dah pencen nanti??????
kena menuntut rahsia CIKGU KOYA ni huhuhu



Saturday 4 February 2012

Pavillion: mencari Tokyo Street

Hari terakhir cuti CNY... aku n the familyku jalan-jalan cuci mata ke Pavillion. En.hb ku n anak buah aku sorang tu biasa aaa motif utama nk tengok jam. Masing2 tengah gila G-Shock. Aku plak bila orang kata ada TOKYO STREET kat Pavillion...keinginanku untuk melihatpun membuak2 :). Kebetulan anak buahku ada...so time nielah aku nak membodek en hb aku berjalan.

Sampai2 jer perkarangan Pavillion alamak teruja aku tengok ada banyak patung2 bear kat sana macam2 kaler n corak ikut negara. Memang ramai ler orang kat situ masing2 dok bergambo dengan bear2 yg ada di situ. Sudah tentu akupun menyibuk sama hehehe. Nasib anak buah aku ada...adalah muka aku sama di celah2 bear tu hehehehe.



patung beruang Malaysia
Memandangkan suasana CNY masih ada...so aku berkesempatanler melihat  sambutan CNY kat Pavillion. Masa berada di sana terasa aku dh sampai ke negara China plak hehehe.




Lepas makan barulah kita orang ke TOKYO STREET...kat tingkat 6 Pavillion. Mula2 tak tahu jugak kat mana. Kebetulan masa lunch jumpa auntie en hb kita...tu tanya kat dia kat mana Tokyo Street. Hehehe dari China kami dh sampai ke Jepun plak. Memang dibuat shop lot kat sana sebijik macam kat Jepun. Jadilah berangan sampai ke Jepun jerlah. Nak tunggu betoi2...10 kali tsunamipun xsampai jugak. Aku berkesempatan ler membeli belah kat kedai DAISO....hehehe bunyi macam banyak padahal dua barang jam: jam adam n kalkulator kesayanganku. Kedai ini sama macam kedai 2 ringgit cuma harganya up sikit 5 ringgit.


chewahhhh en hb jalan mcm di Jepun

kedainya satu lorong nie jer

kedai 5 ringgit yang aku maksudkan


Sekejap jer pusing-pusing kat Tokyo Street tu....kat depannya ada macam pameran bahan2 artifak jepun tapi aku malas nak tengok sebab adam pun dah tak duduk diam hehehe. So kami meneruskan window shopping kat kedai2 lain kat Pavillion. Singgah satu tempat yang menarik...dalamnya penuh dengan produk seperti aksesori, baju n permainan watak2 animasi.

teruja aku masuk kedai ni...nasib adam tak merengek nk macam2 dalam tu




Lama jugak kita orang merayau2 lepas tu pergi Lot10 lah, Bukit Bintang Plaza...sampai kul 6 baru teringat nak balik. Bukan membelipun saja seronok berjalan bersama keluarga. Lagipun lama tak datang banyak pemandangan dah berubah.