Friday 30 December 2011

I love UNGU

ILU ( i love UNGU)

cuba layan lagu2 ungu...tentu jatuh cinta dengan lirik n lagu2nya.
Orang nak kata jiwang ke apa ada aku kesah.. Dah memang aku dengar lagunya sedap untuk santapan halwa telingaku dan jiwa aku huhuhu.
terutama lagu yang aku letak kat entry di bawah nie:


Kuingin selamanya...mencintai dirimu
sampai saatku akan menutup mata dan hidupku


Dirimu Satu


Bukan setakat UNGU..kaler2  ungu pun aku suka
kat bawah ni ada playlist lagu2 UNGU tp xtahuler aktif ke tak ahakssss




Camana best tak lagu UNGU nie????


Tuesday 27 December 2011

Ombak Rindu

lagu "ombak rindu" best...memang berombak

slot2 dalam ombak rindu

Hehehe... Orang dah masuk cite lain aku baru nak tulis entry pasal nie. Dah ini masa yg aku dapat mengadap huhu kat sini. Saja je nak bagi tau aku pun tengok cite Ombak Rindu ni tau. Ombak Rindu merupakan satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Menurut kengkawan baca novelnya lagi best daripada pegi menonton cite tersebut di pawagam. Ekkk....!!. So aku adalah antara orang yg turut teruja nak tengok cite ombak rindu. Apa taknya hari2 aku baca komen kat FB dok bercerita pasal Ombak Rindu. Siap ada yang pesan jangan lupa bawa tisuler, sapu tangan ler, tuala ler...hehehe sedih bebeno ke citernya. Apa lagi bila heronya Aaron Aziz plak. Memang x kelip mata menengoknya kehensemanya n lakonannya. Ahaks! Yang xhensem tapi berbakat pun i loike tau!

So aku dh pelan ajak kawan2 nak g, ajak cik abe pun dah tapi baru sebut "OM..." oh terus reject. Kuciwa hatiku. Cik Abe kata g lah tengok ngan sesapa. Sesape???.  Akhirnya  dapat gak aku pegi tengok. Lepas jer jaga paper akhir SPM (8 Disember 2011), hari tu pun kul 12.30 paper dah habis, aku terus chow tengok Ombak Rindu kat Sumway Pyramid.

mmmm bagi aku oklah cite percintaan kan kan kan...cuma aku tertunggu2 jugak sampai the end bilalah ayak mata aku nak jatuh2 nie hehehe. Risau gak sbb tisu sekeping pun tak ada. Jenuhler ngelap ngan tudung plak hehehehe. Namun Ombak Rindu terus berombak dengan pemujanya.

Saturday 24 December 2011

Sampai jua aku ke I-City

mmmm dah lama sangat2 aku teringin nak ke I-City Shah Alam. Selama ni doklah menengok gambar2 kengkawan dok posing kat tempat yg berlatarkan lampu2 yang cantik dan berwarna-warni. Hati manalah yang tak teruja nak pergi kan kan kan. Akhirnya hajat aku kesampaian...sebaik sahaja keje marking aku habis setelah 2 minggu terperap tak serupa orang, kononnya nak g menghilangkan stres lah hehehe. So aku pun mencadangkan anak buah aku ajak cik abe g sana. Budak2 tu sukalah...apa lagi mak budak terlebihlah sukanya. Tapi tak tahulah cik abe pegi sbb ajakan anak buahnya atau sbb nk meraikan kemerdekaan aku menanda. Lantaklah janji pegiiiiiiii....




Tapi memang cantik...tak sabau2 aku dari dalam keta dh snap beberapa gambo. Orang pun boleh tahan ramai. Walaupun tak luas n tak banyak aktiviti boleh dibuat tp oklah bawa family jalan2 bersama2. Bayar pun RM 10 hinggit jer utk sekali masuk parking. Tapi jiwa manusia ni tak sama ada yg suka ada yang tak suka tempat2 macam nie....kalau yg tak suka tu better pergi dgn kawan2 yg suka, barulah enjoy. Elok2 nak ilang stres jadi stres lak hehehehe.





adam takut kena elektrik katanya

adam dah masuk angin

Bila masing-masing dok teringat benda lain inilah jadinya...mulalah buat muka poyo. Adam dok mabuk teringat nak main PS2, yang lain ingat apa tak tahulah. Last-lastnya pegi makan. Sedap gak kuey teow kat situ. Lepas makan, budak dua orang nie mainlah jap 'kapal terbang lastik' dibeli kat situ.


Bila boss datang buat muka poyo sama...kamipun beredarlah balik.
 mmmm hilang ke stres aku hahahahha