Tuesday 1 March 2011

"Kerusi Panas"

"Kerusi Panas"? Apa tuh? heheheh...yang kutahu hari2 masuk kelas aku yang selalu panas :). Kerusi Panas ni  salah satu teknik mengajar KOMSAS di dalam kelas. 2 Minggu sebelumnya aku g kursus Pendedahan Teknik PNP KOMSAS. Salah satunya ada teknik kerusi panas. Apa yang panasnya hehehhe.  Pelajar yang duduk di kerusi tulah akan panas sebab kena tanya pelbagai soalan berkaitan dengan konten bahan komsas dipilih. Biasanya pelakon atau pelajar di kerusi panas akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip atau improvisasi), dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya dan seumpamanya semasa menjawab soalan. Seolah-olah dialah watak dalam cerita yang ditanyai dengan pelbagai soalan. Ikutlah cerpen ker, prosa tradisional ke atau drama..hantam sajalah labu hehehhe.

So hari Isnin 28 Februari 2011..aku tryle buat dengan salah satu kelas yang aku ajar. Okeylah tak berapa nak panas je hehehehe. Tapi xpe baru 1st time buatkan..budak2 pun segan silu n blurrr lagi apa yang nak dibuat. Cikgunya pun sama haru biru hehehehe. Kerusi tak berapa nak panas sebab pelajar di kerusi tak berapa menghayati watak n kawan2 yang menyoal pun tak berapa nak serius. Depa tanya depa ketawa...xpe masih nak cover malu. Belum sempat panas dah habis soalan hehehhee.....anyway cikgu berterima kasih dengan anak2 ku kerana naklah juga mencuba kan kan kan...Len kali buat lagi best ek!!!!






Ada yang nak try ke...cubalah. Mudah je!


1. Permainan ini boleh dibuat dalam kumpulan antara 8-10 orang
2. Setiap kumpulan berbincang soalan-soalan yang akan dikemukakan beserta jawapan. Kalau
kelas lemah cikgu kenalah sediakan soalan n jawapan. Kalau tak jenuhlah sampai sudah tak
berbuat-buat hehehe. 
3. setiap kumpulan leh pilih seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu
watak.
4. Murid berkenan diminta duduk di kerusi di hadapan kelas
5. Murid-murid lain akan mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan
6. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
7. Murid lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik yang
disediakan.
8. Selepas persembahan setiap kumpulan boleh menilai dan menyatakan perwatakan yang
terdapat pada watak tadi
9. akhir sekali guru boleh membuat rumusan tentang watak dan perwatakan atau nilai yang
terkandung

Kalau tak berjaya..janganler cikgu-cikgu berhati panas plak heheheh...inilah

cabaran dan dugaan menjadi guru sekarang. Sabar jelaaaaa...!!!!!!
             

No comments:

Post a Comment