Friday 28 January 2011

Dapat Limau lagi!

'Kong Si Kong Si Kong Si Ni'@3'''#?/\@`%  ini maknanya pandai2 ler sambung sendiri hehehehe. Raya bila plak nie. Nie cite lama. Masa sambutan CNY 2011 kat sekolah. La ni baru berpeluang nak update cite2 lama. Sebab tengah ada masa terluang n kepala pun ada fenin2 lalat. Buang hangin ler kejap. Takpe lah kan..."yang baru dirai yang lama dikenang". Lagipun ada kawan sorang tu dh bosan cite lama nak cite baru. Kejam betoiii! Macam biasa bila tahun baru cina..cikgu2 yg tak cina ni pun sama sakan raya n sama2 pakat pakai baju merah2 belaka lebih2 lagi geng GBS. Nilah semangat 1 MALAYSIA.Yang tak ikut tema tu...suka ati doranglah..dorang punya baju, punya kepala n citarasa. Sekurang-kurang yang tak baju merah..ada gak lipstiknya merah atau kasut n tali pinggangnya merah. Macam yang dipakai 'datin Kartika" hehehehhe. Tak Gitu?



Yang pasti dalam apa apa2 acara geng GBS sentiasa buat kecoh n memeriahkan suasana. Wp tak meriah kami suka buat syok2 meriah sendiri. Masa nilah nak bergumbira melepaskan segala kesesakan nafas, kesenakan dada n kepeningan kepala daripada kerja rutin seharian di sekolah. Tengok kalau bab bergambo, bab buat bising, bab makan kitaorang memang no 1 nya tapi...bab keje pun boleh tahan juga (hehehehe terangkat bakul ler plak).



Apa taknya gitu tengah2 singa buat persembahan boleh plak kitaorang interprame ajak singa tu bergambo. Ikut suka jer buat iklan sekejap tapi singa tu pun gila glemer jugak hahahha sebab nak je bergambo huhu. Lagipun masa tu pengetua tak ada kat sekolah...kamipun amik peluang ler buat perkara2 yg kami suka. Dah habis acara masing2 pun sukan hati sebab kita orang dapat buah limau balik tahun ini setelah setahun kita orang ketandusan dengan buah limau. Kenapa ek? Adalerrr...rahsia rumahtangga sekolah kita.



Hari Jumaatnya sambung balik acara sempena sambutan tahun baru cina dengan pertandingan tulisan kaligrafi.  Dah ler buatnya hari Jumaat lepas sekolah, tentu semua pakat lumba nak balik awal je hehehe. Nak tak nak aku ikutlah serta sebab syahdu plak tengok student datang ajak cikgu2 nya masuk. Tahu2 yg masuk semua geng GBS...kan aku dah kata. Geng GBS ni memang suka memeriahkan suasana hehehhe. Tapi yang best sekali tak masa assembly isnin tu aku diumumkan dapat tempat kedua hehehe rugi tak datang sekolah tak dapatler aku naik ke pentas menerima hadiah RM 15. Jadilah hehehe yg penting adooooo!!!!

sungguh2 azah n siva menulis dengan penuh kesopanan

Yang kalah cuba lagi tahun depan. 
Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi. Zassss...layan!

Monday 3 January 2011

Yeah! Adam dah Tahun 1

Sebenarnya blog ni masih baru so memandangkan banyak yg manis2, pahit n payau mama tetap nk share sini sebagai kenangan,  tatapan n syok sendiri :).

Tahun 2011 melangkahlah adam ke Tahun 1. Mama masukkan adam di SRK Bandar Utama Damansara (4). Senang sebab bersebelahan dengan sekolah mama. Lagipun sebelum ini adam belajar prasekolah kat sini  juga. 30 Disember 2010 hari tu ada hari orientasi untuk Tahun 1 kat sekolah dia. Adam penuh bersemangat bangun awal dan bersiap dengan pakaian sekolah barunya. Bangunkannya pun xpayah n tak banyak "sound effect". Yeahhh..lets go to school! 


gaya Ben10 tetap tak tinggal
Sampai sekolah 'check' nama adam kat papan kenyataan untuk pastikan dia di kelas mana. Adam di tempat di kelas 1 Zuhal sama kelas dengan anak kawan mama kat sekolah jugak. Adam pun beratur di tapak perhimpunan bersama rakan2 lain dan guru kelasnya, Cikgu Rosdiana. Pengetua memperkenalkan diri dan menyampaikan ucapan. Hehehe adam ni dengar ke tak, paham ke tak aku tak pasti. Geli hati ler plak sbb tengok dia mcm tak fokus n main ikut jer.

Bersama-sama rakan di tapak perhimpunan
sempat tengok kamera plak hehehe
Melangkah masuk ke 1 Zuhal

Beginilah keadaan adam di dalam kelasnya. Sebab masa ni babahnya yang uruskan dia di bawah. Mamanya pergi dengar taklimat yang disampaikan oleh pihak pentadbiran SRKBUD4 di dewan sekolah.
Adam di dalam kelas
Sesi memperkenalkan diri
Macam dh ok sbb ada kawan2 dari prasekolah yg sama
Akhir sekali kami ke tapak rehat terbuka untuk membuat pembayaran yuran dan sebagainya.