Friday 30 March 2012

Kezutttan besdayku

hepi besday to me hehehehe....
Besday aku dah lepas pun 12 Mac hari tu tapi saja nak berkongsi hari2 yang menggembirakan aku. Kebetulan besday aku hari tu jatuh hari en hb aku dapat keluar dari hospital (PPUM). Alhamdulillah...kira hadiah untuk akulah jugak sbb en hb aku dh ok n aku xler tersadai di spital lelama keh keh keh.....

Tapi yang paling besh bila keesokannya aku dapat kezzzzutannn bila ada yang mai hantar kek Blue berry cheesecake.  Sebelumnya memang aku dok berangan nak beli  blueberry cheesecake untuk makan2 masa besday aku tp memikirkan kek tu manis macam tak best jer nak makan beriya2 depan en hb hehehe. Apa2pun memang tak sangka ada yang telah bersusah payah beli n hantar kat aku. Thank you ya...suker bangat n mmmmm sedapppp!


Lepas tu malamnya plak aku dikejutkan lagi sekali (Ada yg sakit jantung kerja terkejut jer hehehe). Malam tu aku pergi ke rumah adik ipar aku untuk ambil adam kat sana. Tengah sembang2 n menunggu anak2 buah aku bersiap sebab dorang  nak ikut aku balik, tiba2 dorang  keluar dari dapur bersama kek hehehe. Kelakarlah rasanya...banyak plak kejutan untuk aku kali ini. Dah tua2 disambut begitu malu tapi mahu pun ada hehehe.

yeayyyyy kek untuk maklong



Adrianna...beriya2 menyanyikan malam tu

tak tahu nama kek ni...tapi rasanya ranggup2 n sedap
Sempena hari kejutan sedunia untuk hari jadi aku itu...keesokannya aku buat kejutan untuk diri aku sendiri hahahaha. Aku beli jam untuk mengingati hari bertuah aku yg penuh kejutan, ucapan n sms yang buat aku tersenyum sendirian. Memang satu kejutan  sbb mana ada orang beli hadiah utk diri sendiri hehehehe.

my BABY G

TQVM sebab dari malam itu aku dapat sms dan ucapan kawan2 n my student kt FB.
you all make my day.....beautiful :)

Sunday 25 March 2012

Salah dan silap

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah;
  • Saidul (penghulu) istighfar*
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)*
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)*
  • Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
  Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah ;
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif ;
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ;
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas ;
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah : -
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak---* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang ;
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak ;
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton ;
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak;
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-

Saturday 10 March 2012

Tahu takutttt...!!!

Selama 3 hari 4 malam aku menemani en hb aku kat PPUM. Hehehe kira isteri mithali jugak aku ni ek. Adam plak aku tinggalkan kat umah adik ipar aku. Nasib biras aku free...dapatlah dia tolong aku ke sana sini.  En.hb aku start masuk wad malam Rabu (7 Mac 2012), masa dia ajak aku g PPUM untuk periksa bahunya. Sebelum tu bahunya kena cakar kucing yg kita orang baru ambil...ingat xde apa2...dibiarnya lama2 infection n merebak mcm bisul.  Sekali doktor kata dia kena masuk wad n kena lakukan pembedahan esoknya. Malam tu en hb hantar aku balik umah dulu pastu baru dia pegi ke sana balik. Tidurlah aku ngan adam d rumah berdua malam tu.

Hb aku patut operate pagi Khamis tapi tiba2 tekanan darah naik mendadak. Takutlah tuuuu hehehe. Yelah orang tak rajin nak ke hospital macam tulah...kena injectpun takut apalagi dengar kena operate.  So  operasinya tunda Jumaat - dari kul 10.15 mcm tu sampai kul 3 lebih. Lama jugak naik kematu aku duduk kat seat luar bilik operasi. Lepas tu en.hb ku dihantar ke wad 7e Menara Timur. Wad tu wad mata sebab tak cukup tempat so ditumpangkanlah di sana. Jumpalah ada yang rupa 'jack sparrow' berpalang2 kat mata hehehe. Aku dh syok tengok bilik tu ada 4 katil. 2 katil tu kosong...aku dah berangan dh nak landing atas katil tu hehehe. Sekali kena pindah bilik lain plak. Hampeh toiiii

sakit pun on9 fb tuuuuu
Tapi tulah jaga orang sakit ni...aku plak yang lebih daripada orang sakit. Aku yang terlebih tidurnya hehehe. Apa taknya dh malam2 tido atas kerusi jer. Sakit badan n tak lena tido dibuatnya. Malam plak sejuk giler... dah rupa tenggiling kesejukkan. Siang pun aku bantai membuta juga...nak buat apa lagi, lebih2 lagi sejuk mcm tu rasa kat hotel lak. Hari Ahad tu aku suh biras aku bawa kertas ujian student aku...dapatlah aku tanda sikit2  tp tido tetap banyak jugak hehehe.

landing kat mana2 pun...aku leh lelap tp kejap2 je

marking paper utk mengisi ruang2 tidurku hehehe
Masa pertama kali en.hb aku cuci lukanya...masa tu barulah aku dapat tengok keadaannya. Alamak besarnya...ingatkan kecik jer sekali habis macam kena tarah bahunya. Nurse2 tu siap panggil aku suruh tengok n belajo cara mencucinya. Tapi sekadar tengok jelah. Kalau macam ni gayanya akupun tak beranilah nak jadi doc sementara untuk cucikannya. Bukan setakat abang melompat ngan aku aku sekali melompat. Kenalah abang g PPUM utk cuci sendiri. Lebih selamat n tahu progressnya nnt.

sekejap2 cucuk...check kandungan gula yg kejap naik n turun

Hari pertama dibuka pembalut untuk cuci...aku intai dari jauh jer
dekat sikit snap. Ada gambar yg tepat...tapi ngeri nak upload kat sini
Petang ahad tu kakak aku n anak2nya datang melawat. Mmm xler borink sgt...kalau tak aku keje bangun tido pastu turun g cari makanan hehehe. Makanlah aku sorang2 wp tak berteman tapi aku makan tetap macam2.

pantang...kat spital pun peace!
Akhirnya..alhamdulillah kandungan gula hb ku dh stabil n menurun. Dapatlah en hb keluar petang Isnin tu. Balik tu memang balas dendamler aku...tido sepuas2nya di katil empuk ku ermmmmmm beshnyerrr jumpa bantal n tilam busyukkkku :)