Monday 15 March 2010

Indahnya Pertemuan

Wei!..sapa nak join message FB aku. 
Malam ni kita 'conference'...
hangin betoi line malam ni asyik terlepas kandang je. 
Mana Anis? Mana Jaa? Mana Jie? Mana Shidot?
Terlepas kandang lah tu hehehehe...
Macam tulah kita orang masa berbincang  nak buat reunion . Tapi setiap kali berconference...asyikler masing2 sibuk nak mengena sesama sendiri hehehe. Dengan virus Jaa masuk sekali (made from Vietnam plak tu hehehe). Mmmm masing-masing dah tak sabau-sabau nak berjumpa, dalam conference YM pun jadi. Last2 aku gak yang FENIN. Anis tolong aku!!! Hehehe dialah mangsa tempat aku mengadu ke FENINan aku. Ternyata perangai masing2 macam 20 tahun dahulu. Perangai jerlah yang lain tungguuuuuu.....jumpa nanti sah baru tahu. kan? kan? kan?


Bagai tak dijangka-jangka aku dapat bertemu kembali kawan-kawan yang telah 20 tahun tidak bertemu. Pertemuan yang sekadar dirancang  melalui Facebook akhir dapat dilaksanakan..20 orang je yg join tapi cukup bermakna buat kami. Itulah pertemuan Anak Ibu Kandung 87/89. Memandangkan semua mai jauh n tempat pertemuan pun jauh so reunion kami takler vogue sangat. Simple tapi syahdu hehehe. Ntah apa2. Lokasi pilihan kami, apa lagi di Tanjung Malimlah. Tempat yang meninggalkan 1001 kenangan manis yang menggamit perasaan rindu kami untuk bertemu kembali. Di sana kami menginap di kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI kat Proton City. Bila tiba hari yang dinanti bukan setakat  Tanjung Malim dan IPSI sendiri dah berubah wajah tapi kawan2ku pun sama...dah top-up sana top-up sini.

semua ngaku maintain hehehhe..maintain ke?
chit chat chit chat jugak...makan2 jugak
Ni je yg mantain..sengalnya je hehehe (siap bawak kitab pantun
nak buat skrip pengerusi majlis malam nanti) hehehe
Sebelah malam acara kita orang hanya makan2 dan bertukar-tukar hadiah. Sambil tu adalah sesi memperkenalkan diri hehehe mcm kena orientasi plak sambil mengenang kisah silam. Tu yang syahdu auwww!!  Pastu balik bilik sambung cerita n gossip. Siang tadi punya tak habis lagi. Tapi aku tak tahulah dia orang berchit chat sampai kul berapa sebab aku dah padam awal...nak wat cmana time tulah 'sakit' aku melanda. Sori ekkkkk...kalau aku jaga kang lagi lama plak ceritanya hehehe. Alasan!

Pasagan romatika de amour mengimbau kisah silam

Bersama teman tapi mesraku..JIE
Bersama teman tapi sengal huhu - ANIS@HANNA

Keesokkan plan kita orang plak pergi melawat ke tempat yang meninggalkan banyak nostalgia buat kami semua - dulu IPSI kini UPSI

di depan Kolej Kediaman Aminuddin Baki, UPSI
bergambar beramai2 di depan DRT


Gaya tetap maintain macam dolu-dolu
Setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Ntah kapan tak tahulah dapat ketemu lagi.




Lepas ni pandai2 ler sapa2 nak buat REUNION lagi...aku dh PENCEN hehehe. Acah je!