Thursday 3 March 2011

Di mana kau suara!

Terseksa aku rasakan bila kehilangan suara lebih2 lagi bila masuk kelas. Sakit dada n penat aku dibuatnya sebab dah jenuh bercakap tiba2 budak kata tak faham apa cikgu cakap hehehehe. Budak-budak kata diaorang leh dengar perkataan awal dan akhir jer. Hampeh betoiii!!!!! tapi dalam hati geli hati pun ada. Nasibler korang dapat cikgu sengal macam aku nie....buat muka poyo jerlah. 


Sebenarnya Hari isnin 28 Feb 2011 lagi aku rasa dah lain macam. Masa dalam kelas aku rasa suara aku macam tak bertenaga n semakin tenggelam. Kalau tak setakat suara Ziana Zain tu aku boleh challenge lagi kelantangannya. Ini suara Pak Malau pun kuat lagi hehehhe. Nak kata aku demam tak plak rasa panas atau sejuk2. Nak kata sakit tekak tak plak tekak aku perit atau pedih. 


Kemudian barulah aku teringat malam Ahad tu aku ada makan sesuatu yang mungkin menyebabkan dalam badan aku panas. Cuba teka....aku jawabler hehehe malam tu aku ngan adam  makan lamb chop kat Uptown Damansara, lepas tu kita orang g tibai makan durian plak tapi tak banyak sebijik jer. Malam tu memang ler kepanasan...siap2 alih tidur kat hall. Adam plak tido tak pakai baju. Masalahnya adam rilex jer tak apa2 lepas tu aku pulak yg semakin seksi bunyi suara dan malam tu dh bunyi semakin ke laut hehehhe n subuh suara aku dah tak kuar. So terpaksalah aku amik MC...nak datang sekolah buat apa sbb kena jugak masuk kelas. Kalau cikgu duduk senyap budak2 bleh diam kematu oklah. Baik amik MC jer...dapatlah cuti hari Selasa tuh. Doc yg check tu pakat gelak dengar aku bercakap.




inilah ubat2 yang diberi doktor n asam jawa tu made sendirilah

Hari Rabu takkan nak cuti lagi sebab aku rasa suara dah ada sikit2. Masuk2 jer kelas aku terus tulis di papan hitam "CIKGU X LEH CAKAP...SUARA TAK DE" hehehehe. So aku bagi kerja n latihan jerlah tapi dorang nie time2 nilah banyak ramah n banyak tanya plak. Bila aku bercakap....depa pakat gelak dengar suara aku. Siap kata dah rupa speaker pecah hehehe. Nasib baiklah korang dpt cikgu mcm aku nie...ada aku kesah? So hari tu masuk kelas dah macam orang bisu....tapi dah nama cikgu kan nak jugak bercakap. Lantaklah korang dengar ke paham ke...aku tengok diam je semua hehehehe. Diam menghayati apa cikgu cakap kut :).

Hari ini alhamdulillah suara aku semakin pulih walaupun tak betul2 ok...cuma bunyi macam  seksi n seksa pun ada. Dalam gitu2 pun masa taklimat n perkembangan staff hari ini...aku plak yang banyak cakap n mengusik orang. Itu yang Cikgu Siva cakap...ini tak padan tak de suara banyak cakap plak hehehe. Nak wat cmana aku n the geng kan macam pelajar2 kelas hujung jer duk belakang buat kecoh n bising je hehehhe. Mmmm harap2 suara aku cepat ok balik...tadi dalam tenggelam timbul pun aku tetap cuba mengajar n menerangkan di depan.

U.P: anyway TQVM kawan2 sebab  banyak memberi pelbagai untuk aku cuba kat rumah. Ada yg suh perah air limau minum, ada yang suh makan air asam jawa yang telah diembun dan ada yang suh makan madu. Ini antara petua2 lain yang aku temui:
1.  Banyakkan minum air suam
2.  Minum air nasi yang telah diembunkan
3.  Madu lebah original yang diminum dengan memerah limau ke dalamnya
4.  makan atau hisap strepsil (moden punya)
5.  makan kismis 21 biji setiap hari

2 comments:

  1. harap dah beransur sembuh ye,
    mmg musim dmam ni..huhu

    ReplyDelete
  2. insyaallah...tp ella pun tergugat dengar suara sy ni huhu

    ReplyDelete