Wednesday 30 March 2011

Bedah Karya

Saja nak cite..hari ini aku try guna satu teknik mengajar KOMSAS kat dalam kelas. Kadang2 masuk 'chalk n talk" memang borink. Sekali sekala tukar angin sikit. Teknik ni dinamakan Teknik Bedah Karya. Sebenarnya teknik ni cikgu2 pun pernah buat cuma maybe tak der nama special sikit. Bila dinamakan Teknik Bedah Karya macam wow jer kan. Tapi teknik bedah karya yang aku gunakan ni telah aku ubahsuai dari yang asal mengikut masa dan pelajarnya. Janji bedah hehehhe.

Apa yang aku lakukan memandangkan hari tu aku ajar pantun 4 kerat (sindiran dan jenaka):
1.  Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan ikut jumlah rangkap dalam pantun 
2.  Kumpulan 1 buat rangkap 1, kumpulan 2 rangkap 2 dan seterusnya.
2.  Edarkan kertas majung, marker dan kertas edaran (arahan)
3.  Pelajar membaca arahan pada kertas diberikan - kandungannya meminta pelajar melakukan pembedahan karya dengan cara memberi gaya bahasa, nilai dan pengajaran yg ada dalam rangkap itu sahaja. Rangkap lain kumpulan lain ler buat. Jangan tamak nak banyak2. Andai tak ada gaya bahasa di situ..biarkanlah saja.
4.  Pelajar akan tuliskan maklumat tersebut mengikut kreativiti masing2...
5. Pelajar akan berbincang sesama sendiri dan membuat peta minda pada kertas majung. Guru pantaulah..jangan nak rileks kat kerusi plak hehehe..tapi memang tak dan nk bersantai..kejap2 ada je yang melambai.
6.  Akhir sekali setiap kumpulan buat pembentangan di hadapan kelas.
7.  Pastu ikut cikgu2lah nak kasi latihan ke apa.
** Refleksi yg aku dapat: 
Sebelum pembentangan sepatutnya edarkan bahan grafik yang lain untuk pelajar isi. Sambil mendengar tersebut. takler dia orang ternganga je atau buat hal2 sendiri. Tapi hari tu aku x dan nak sediakan. So pakat nganga ramai2lah hehehe

Membincangkan bahagian rangkap yang diberi
Menulis hasil pembedahan pada kertas majung
Pembentangan kumpulan
Membaca pantun dan menerangkan rangkap tersebut
Seronok tu memangler seronok tapi biasalah budak2 ni...dia orang ni nak main-main jer lebih. So kenalah jaga n sabar jelah supaya dia orang jangan terlebih gelak n banyak cakap je tapi kerja tak siap.  Tengoklah hasilnya macamana..maklumatnya cinonit jer tp ilsutrasi jer yang lebih. Ada group yang boleh sampai dengan baik. Apapun ok lah...sbb kelas ni pun dh nk sampai ujung hehehhe kira dapatlah mereka buat n sampaikan. Lain kali cikgu ajar cara lain plak ek..yang penting kamu semua mesti SPORTING!


Saturday 26 March 2011

Sehari Bersama YB (ii)

hehehe..ada siri-siri ler plak. Tengah rajin n kemaruk mcm nilah. Bukan apa biasa aaaa buat kerja 2 in 1, sambil2 tunggu kain berguling2 dalam mesin basuh aku mengadapler kat sini. Kalau tak gitu aku berguling2 tak bangun lg :) 

Pagi Ahad:
Hari ni bekfes kat umah ler plak. Hari2 kat luar. Kopakler. Duit sapa? duit aku jugak hehehe. Dalam kul 6 pagi, hb balik pasar...n pesan suh masak nasi lemak. So itulah sarapan kitaorang hari ini.


Menunya: sambal tumis udang, ikan bilis goreng n telur rebus je. Timun tarak. Tak beli n tak dak dalam stok :). Air bikin teh O je. Hantam sajalah labu..janji boleh!


Yang bestnya..adam leh tanya mamanya, "Ada orang nak datang umah kita ke ma? sebab susun cantik2 ni?" hehehhe. Cantik ke adam oiii! Memang mencabar kewibawaan mama je adam ni. Nunjuk sgt mamanya tak selalu buat begini hehehe. Bukan tak buat tapi dia yang tak perasan. K lah ek..mesin aku dh senyap jer tu. Chow dulu!

Tengah hari plak:
Tengah hari ni aku pencen memasak...bukan apa nasi lemak ada banyak lagi, Sayang plak kalau dibuang begitu jer...padahal sengaja masak lebih supaya tengah hari tak yah masak sebab ada keje lain yang dah menanti. Keje yang paling aku tak suka buat..apa lagi melipat kain. Sengal2 badan aku menengok kain-kain yang dah bertambun mengalahkan Gunung Himalaya ni. Yang ada belum berlipat, dalam mesin dah menunggu untuk disidai. Weiiii...bilalah nak habis nie!. Ini baru ada hb sorang n anak sorang cmana orang yg ramai2 tu kan?!!!
mengalahkan kedai dobi hehehe
Fuhhhh penat jugak keje melipat ni...maruku dah habis satu plastik, kain ku tak siap2 lagi hehehe. Cmana nak siap cepat..mata tengok tv, mulut mengunyah maruku n tangan dok layan sms kawan (dia pun melipat kain sama hehehe). Tapi dia siap aku tak siap2 lagi hehehhee.

menara si adam paling tinggi sekali...
ini kes pakai baju  mcm  lampin pakai buang
Akhirnya alhamdulillah selesai jugak aku menggondol "Gunung Himalaya" ni menjadi padang jarak padang tekukur. Hah, tengoklah punya banyak Menara KLCC dapat aku bina di atasnya. 

Sehari Bersama YB (i)

Hehehe macam rancangan Sehari Bersama YB plak. YB di sini maksudnya Yang Tengah Borink. Sambil merehatkan badan dan minda so aku buatlah sesuatu yang aku suka - mengarang kat blog. Sapa nak baca..bacalah. Yang pasti jangan pandang2, jangan pegang2 duduk renggang2. Eh! apa kaitan dengan cite aku plak nie. Maklomlah setelah seminggu bersekolah...hari ni aku rasa nk rileks sesakan2nya. Kalau tak asal balik sekolah aku macam "jerangkung dalam almari"...lembik. lemau n tak bermaya. Letis memanjang!!! so weekend camnilah nak bersantai2. So apa cite aku ek?

Pagi Sabtu
Pukul  6 pg aku dah bangun kemas2 n buat apa yg tak terurus. Dah penat maka tahap kemalasan pun meninggilah, so  aku ajaklah cik abang g bekfes kat Kelana Jaya. Nasi Lemak kat sana sedap tapi aku makan mee kari hehehehe. Adam yang makan nasi lemak. My hb makan kuey teow hailam. Kira semuanya sedap2. Tapi terlupa snap gambarnya hehehhe sebab dh dapat makan lupa segala2nya huhuhu.

ni muka dh lepas kenyang makan..tu hepi semacam

Dari sana terus antar adam ke kelas taekwando. Biasanya balik umah dulu salinkan baju adam tapi aku siap angkut semua dh sebab kuar bekfes pun dh lewat (9 45 pg). Kelas adam plak kul 11.15 pg. Kali ini aku je yang temankan adam kat situ..babahnya hantar depan sekolah, pastu lesap ke mana tak tahu. 

Sementara adam menjalani latihan, aku sempatler berlari menyeberang padang n merentas sempadan...hehehe gi sekolah aku jap. Sekolah mama ngan sekolah adam sebelah je. Sebab  ada orang kat pejabat, tu aku berlari ke sana mencari 'flyers' untuk malam kutipan dana. Actually flyers tu PIBG dh buat..PK aku tak berkenan ler plak, nak yang lebih vogue gitu. Dia pesan time aku dh balik hari Jumaat tu n biasalah tak menyempat2 nak tengok hari Isnin katanya. Tak sengal otak dibuatnya. Hanginlah jugak sebab aku mana ada flyers asal untuk rujukan. Tu yg aku meredah ke sekolah n menceroboh bilik dia untuk dapatkan flyers tu. Payah tul kerja dengan orang tak sabor2 nie...SABO jerlah!

nampak..biru tu sekolah adam n yang bawah ni sekolah aku

adam berlatih taekwando
Parent tengah tunggu anak masing2
break time..
Kita minum duluuuuuu..!!!!
Dah habis..apa lagi BALIK ler!
12.30 tgh kelas adam habis...balik ler jd surirumah tangga semula hehehehe. Nasib aku teringat kuarkan ikan sebelum aku kuar pagi tadi. Dapatlah aku memasak untuk makan tengah hari.

Petang Sabtu:
Petangnya plak..aku teringat nk gi jumpa mak aku kat umah abang kat Shah Alam. Hari tu dok teringat2 kan mak..so aku gilah sana. Hehehe aku buat2 terkejut tengok emak ada kat sana. Kononnya aku tak tahu dia ada di situ...mak aku tersenyum2. Biasa aaaa aku kan suka mengusik2 mak aku.  Mak pun start cite "mak hari tu ada tanya Putih (cucu dia)..no tipun wancu ko ada ke? Beritahulah opah ada sini". Macam tulah mak...setiap kali sampai di rumah abang aku.

Malam Sabtu:
Kuar dari umah abang pun dah lewat...so malam tu kita orang g UPTOWN Damansara isi perut untuk malam plak. Makan sesaja hehehehe. Makan ni jer....hik hik hik. Simple tapi berat. Camana tuh? Pikir2kan...Selamat Beramal!

gerai yang selalu kita orang duduk. Duduk jer order tempat lain hehe
aku sudah pasti teh tarik..sbb tu selalu HANGIN satu badan :)
Menunggu makanan sampai
mmmm yong tau fu. sedap! makan sementara tunggu masing2 punya
mee hailam..hb punya

Lamb Chop - aku n adam share punya
CERITA TAMAT DI SINI

Kebetulan malam tu EARTH HOUR..kempen padam lampu..
apa nak cite lagi
pakat 'padam' sama-samalah hehehehe

Hadoi Malangnya!

Satu hari di hari raya. Eh Silap hari sekolah ler...iaitu hari pertama selepas cuti sekolah sem ke-2 dengan 45% semangat,  aku melangkah kaki ke sekolah (Asyik tak bersemangat je kerjanya). Macam biasalah aku berbondong-bondong dengan beg yg selagi boleh disangkut. Apa taknya dengan handbag, dengan beg laptop, dengan beg kerja dan beg buku latihan budak (mak eh banyaknya)..semua diangkut :)

Pagi tu sambil menapak naik tangga, aku terlebih ramah ler plak menegur dua orang guru praktikal bertanyakan kerja mural mereka. Ntah cmana tiba2  'TOINGGGG'  aku tersungkur di kaki tangga dengan beg2 aku. Hadoi, malang betoi nasib aku! Nasib baik student tak ada lalu ikut tangga tu. Hehehe ingat2 balik geli hati lah plak...apa taknya mulut ke lain, mata ke lain n kaki pun pijak lain. Tengokler kaki aku yang tercedera...tapi gambo time tersungkur tu tak adalah ek ehehhehe. Minta maap jelah...sensored!

Opss sorry...tayang kaki di sini
Mula-mula tu taklah berasa sakit sangat pun. Agaknya dok jalan sana sini, turun naik tangga n keluar masuk kelas terlupa jap pasal kaki. Tapi bila balik rumah..kaki baru rasa nk 'rest' masa ni terasa sakitnya plak. Nak pijak lantai pun rasa macam tegang. Nak solat duduk bangun tu rasa terasa payah le plak. Apa yg boleh aku buat...sapu minyak panas n 'bandage' supaya tempat yg terseliuh tu tak gerak2 sangat hehehe..pandai-pandai aku sendiri je. Ntah betoi ke tidak caranya. Zasss je! Tapi alhamdulillah...esok dh leh jalan2 macam biasa cuma takleh tertekan2 sgt tapak kaki ini...lusa aku dh leh berlari hehehehe. Kalau nak petua kaki terseliuh senang je...buat2 ler korang mcmana asal jadi hehehe. Korang nk ikut..ikut. Tak nak ikut..ada aku kesah :)

hehehe tengok balutan aku..bukan kaki aku (buruk!)

Koleksi dulu2

Koleksi ni simpanan aku semasa belajar  kat UPSI dulu2. Tak banyak hasil yang aku buat sebab kerja2 seni lain aku  tak ada gambarnya pun. Yang guna grafik komputer je senang. Buat2 sini simpan sini jer. Maklomlah zaman belajo dulu tak banyak kemudahan yang aku ada... hp pun tak der camera lagi, apa lagi nak ada kamera. Kerja menyelit je sapa yg ada. Sedihnye hehehe. Kalau ada mau aku je jadi model tak henti2 hehehe. Namun ini sahaja yang dapat aku simpan sebagai kenangan aku belajar dulu...walaupun tak ler hebat mana tapi aku buat2 hebat jugak hehehehehe...jadilah dpd tak de apa2 kan

kan aku dah kata...jadi model je hehehe pantang ada
Karya aku ni ada tersimpan lagi. Frame pun ok lagi. Tarak pecah punya
 tp ada org tu tak suka..mcm hantu katanya :(


Gambar2 di atas ni dihasilkan semasa aku di semester kedua...semasa mengikut studio seni halus yang tak berapa halus tangan aku membuatnya. Pensyarah masa tu pengarca terkenal En Zulkifli Yusof..hehehe agaknya dia pun malu nak mengaku ini hasil tunjuk ajar dia. Yang bawah ni saja-saja je nk explore guna media-media lain. Kononnya nk buat mcm pelukis jalanan tu guna soft pastel. Acctually aku memang suka buat potret...sejak zaman sekolah n maktab lagi. Tapi aku prefer guna pensil sahaja sebab bab mewarna aku lemau sikit. Tak tahulah kenapa ....buta warna ke buta kaler :).

Kira oklah ek...cuma nampak keras je muka meah ni heheh
Gambar di bawah ni plak dihasilkan semasa aku mengikut kelas studio grapic computer di bawah bimbingan En apa...laaaa lupa lak aku nama encik nie. Nanti aku ingat aku bubuhlah balik ek. Maklomlah dh terlebih semut..banyak yg lupa dpd yg diingat. Alhamdulillah dengan kelebihan inilah aku dipergunakan berlebih2 di sekolah hehehhe. Tapi tulah sejak aku kuar UPSI, aku tak der berpeluang mengajar Seni Visual langsung. So aku akui tangan2 yang dulu penuh kelembutan seni kini dah keras tangan jadinya hehehehe walaupun memang keras selalu.

my 1st graphic computer art
teknik air brush (komputer grafik)

Poster untuk cik abe...dia  yang suh buat. sekali cermin frame pecah
teruslah terkubur  ntah di mana. Jadi 'jerangkung dalam almari' lah tu

karya yg aku buatkan untuk kawan aku. 
Cmana..kalau berminat hubungi aku ek di talian berikut:

 TALIAN HAYAT 
hehehehhe!


Thursday 24 March 2011

Kasih Ibu



Pemergian ibunda salah seorang kawan rapatku baru-baru ini telah membuat jiwa dan perasaanku turut tersentuh. Aku benar-benar terkejut, baru aku mendengar bondanya dimasukkan ke hospital tak lama lepas tu aku menerima berita 'pemergiannya'. Hati anak mana yang tidak terasa apabila kehilangan orang yang paling dekat dalam hidup kita. Kesedihan yg turut kurasai, membuatkan aku  teringatkan emak aku. Apalah khabarnya di sana (masa ni kat kampung)...sedey plak aku sbb mak dah tua n uzur pula. Kesihatannya pun kejap ok kejap tidak
Inilah bonda ku...cute kan tp kadang2 garang.
Perasaan bersalah aku sure ada sebab tak dapat menjaga mak dengan baik. Namun kasih sayang mak pada anak2nya yang lapan orang ni tak berbelah bagi. Emak aku ni ke mana pun, dia sentiasa akan sebut2 n cite2kan pasal anak2nya.  Memang aku terasa juga sbb dalam usia begini mak sekejap ke sana sekejap ke sini menjejak rumah anak2...tak tahulah nak kata macamana sebab orang tua kan tentu tidak betah tinggal lama2 walaupun di rumah anak2 sendiri. Yang diingatnya nak balik rumah kenangannya bersama suami dan anak2nya. Tapi nk wat cmana, mana bule mak tinggal di sana lagi apatah lagi seorang diri...siapalah yg nak menjaganya nanti. Aku hanya dapat ambil emak ke sini bila waktu cuti sekolah sebab tu je masa yg dapat aku jaga mak. hehehe dh macam cikgu sekolah plak mak ni...cuti sekolah baru mai. Bukan apa waktu sekolah, aku balik  tidak menentu...sekarang ni pun asyik balik lambat je (bushan btoi). Cmana makan minumnya.  Lagipun selalu sangat tinggalkan dia sorang2 kang..dh tentu hati tuanya akan terasa n kecik hati.

merenung sebuah kehidupan yang dilalui
emak bersama adam suatu hari di hari raya :)
Tengok senyum abang aku sama dengan senyum mak kan? hehehe
Bersama abang n bonda tersayang
hah..mau lari mana tu!

mak kat HUKM masa raya aidiladha
(tang ni sapa jaga sapa t tu yg tak tahulah hehehe)



Emak..kasihmu tiada duanya.


Monday 21 March 2011

KOLEKSI BAKAT TERENDAM HUHU!

Nama lagi terendam kan...so bakat yang ada hanyalah untuk aku rendam kat sekolah jer lah. Satu-satu kerja menunggu huhu..nasibler keje ni aku suka buat, Kalau tak dh lama kepala berasap.
Inilah antara koleksi-koleksi yang telah ku hasilkan sejak zaman thorndike lagi hehehe. Sebenarnya dah banyak dibuat tapi tak terpikir plak nak menggunakan semua hasil kerja ni sebagai simpanan peribadi..buat2 buang macam lampin pakai buang je. So inilah antara yang berjaya diselamatkan daripada mangsa pembuangan. Oklah ek daripada buang benda-benda yang tak sepatutnya kan! kan! kan!??

MY BLOG DESIGN

MALAM BAKAT
Backdrop 2011
Backdrop 2010
Backdrop 2009
Backdrop 2008

TIKET / BUKU PROGRAM MALAM BAKAT


Buku Program Malam Bakat 2011 - banyak kaler
Buku Program Malam Bakat 2011 - save bajet kaler punya
depan tiket

belakang  tiket

Tiket MB 2010 depan (atas) n belakang (bawah)

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5







2011 hasil tak berapa sebab guna LCD Projector
(kerja mudah n save budget)
HARI ANUGERAH CEMERLANG


Koleksi Anugerah Cemerlang yang lain missing in action - hari tu hard disk dilanda tsunami..so banyaklah yang tak dapat diselamatkan. Sayang ler plak sebab tulah hasil2 kerja aku.

BANNER MAJLIS2 LAIN













KULIT DEPAN BUKU PROGRAM / KAD 











DESIGN KULIT BUKU / MAJALAH