Tuesday 24 July 2012

Period pain - PMS - Senggugut sama je

Maklumat ini aku perolehi daripada blog seseorang (norzurainik.blogspot.com). So aku copy n paste di sini sebagai maklumat bagi diri aku n sesiapa mengalami masalah penyakit senggugut. Penyakit ini memang aku alami sejak dari zaman remaja aku sehinggalah kini keadaannya semakin teruk dan menyakitkan. Setiap bulan memang trauma dibuatnya n mc tu dh rutin bulanan aku. Akupun dah buat rawatan kat hospital so banyaklah alternatif yang dicadangkan...n alternatif terakhir seperti yang dicatat dalam maklumat di bawah 'buang rahim'. Itu buat aku pk 2,3,4,5...10 kali hehehe bukan apa takut ada sakit sampingan yang muncul.



Anda sering didatangi senggugut setiap kali datang haid???


rasanya semua wanita tahu apa itu senggugut...
ada wanita yg mengalami sakit yg teramat sgt sebelum dan semasa haid tetapi ada juga yg tidak mengalami apa2 simptom....
tetapi...
pernahkah anda sedar bahawa ada senggugut yg normal dan ada juga senggugut yg disebabkan oleh penyakit ENDOMETRIOSIS...



Apa itu Endometriosis?



Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.



Gambar menunjukkan lokasi endometriosis selalu tumbuh


Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?



Bagaimana hal ini berlaku masih tidak diketahui dengan jelas. Tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.



Apakah tanda-tanda atau gangguan?



Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.



Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.



Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.




Apakah kesan Endometriosis kepada wanita?



Kesan yg paling ketara kepada wanita ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.



Bagaimana pengidap Endometriosis boleh menjadi mandul?



Sebenarnya ada beberapa penjelasan kenapa kemandulan boleh berlaku. Antaranya:

  1. penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh mengeluarkan ovum (benih).
  2. kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
  3. kemungkinan endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang mematikan ovum atau embryo.
  4. endometriosis mungkin juga menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.



Keguguran juga mungkin berlaku kepada penghidap endometriosis...
Bagaimana ia berlaku masih tidak diketahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan toksik yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Hal ini menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal (trimester pertama). Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.



Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.




Pengesahan penyakit endometriosis



Endometriosis dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan adalah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.




Rawatan penyakit endometriosis



Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya, pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan hirisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.


Gambar rahim semasa pembedahan laparoscopy


Pembedahan untuk membuang rahim(hysterectomy) dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.Tetapi,pembedahan ini hanya dilakukan kepada wanita berusia 40 tahun atau lebih. Jika penyakit itu sangat teruk, pembedahan mungkin juga dilakukan kepada wanita diperingkat usia tiga puluhan.


Gambar menunujukkan jenis2 hysterectomy yg akan dilakukan


Gambar rahim yg telah dibuang


Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.




Bolehkah penyakit ini berulang?



Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan penyakit berulang adalah besar.
Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.



Bagaimana cara utk mengelak Endometriosis?


  • Amalan mengawal makanan, iaitu dengan mengelakkan makan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing.
  • Banyakkan makan sayur- sayuran dan buah-buahan.
  • Banyakkan makan makanan dari sumber protein seperti ikan dan kacang soya.
  • Latih diri untuk menenangkan fikiran ketika mengalami gangguan emosi.
  • Gunakan berbagai kaedah untuk mengatasi stress.


Oleh itu, kita semua sebagai org perempuan mestilah sentiasa aware dgn kesihatan diri kita. Kalau terdapat simptom2 seperti di atas, cepat2lah berjumpa dgn doktor..
Apa yg kita kena igt..."PREVENTION IS BETTER THAN CURE"




Wednesday 18 July 2012

Meroyan balik!!!

Dalam keadaan yang mengalutkan begini, aku mulalah sesak nafas n rasa tak nak keje pun ada mengingatkan keje yang tataulah bilalah  akan selesai. Satu-satu kerja menanti. Baru je lepas sediakan file pentaksiran untuk ULBS BM, lawatan pengarah JPNS n pemantauan nazir. Ni nak mengadapkan kerja PSV SPM budak plak...naik mual aku dah mengingat dan mengejarkan kerja kursus dorang yang tak siap2. Belum lagi produknya. Kenapalah korang nie dah tingkatan lima tak leh pk dengan kekangan masa yang cikgu ada. Tak terdaya aku nak kejar n duduk depan korang....barulah nak bergerak umpama pahat dengan penukul je. Kang ku tukul betul2 baru tau hehehe. Mmmmm sabar jelah. Nasiblah cikgu  ni marah-marah sayang. ahakssss!!!

proses melakar reka corak kat kasut:
balik-balik muka nilah yg beriya2 nak buat...yg lain tataulah nk kata
proses mewarna kasut kanvas
Apa taknya yang tunjuk kerja  kat aku muka budak yang sama je...yang lain buat poyo jer. Masuk bilik seni je macam pergi "Coffee Bean"...melepak n boleh menyembang dalam 2 masa tu. Berbulu gak mata menengoknya. Tanya je mana kerja, masing2...alasan dah buat tp tinggal kat rumah. Kalau betul xpe ni ada yang hampehhhh. Bila aku dah sampai tahap godzila...minta tunjuk ada banyak yang tak siap n tak betul pulak tu. Tak sakit jiwa aku dibuatnya. Dahler aku baru tahun ni meng'handle'kan PSV SPM tingkatan 5...memang betul2 kalutlah n terkial2. Nak bagi markah pun kena take time n belajar2 dari cikgu berpengalaman. File pentaksiran belum buat apa2 lagi. 


antara kasut yang dah siap...lelong! lelong!
Arrrrrghhhhhhh please lah anak2ku 5 Jasmin n Seroja....janganlah buat saya tua sebelum waktunya kalau dok merisau n meroyan memikirkan awak semua :( . 
Setelah dikuarantin alhamdulillah...tinggallah beberapa kerat yang masih belum siap n hantar lagi. Terima kasih kerana awak semua terpaksa n sudi menadah telinga mendengar cikgu meroyan 2-3 minggu nie. Nak watcmana itu cara yang awak nak kan kan kan hehehe namun ada gak yang masih kebal n tegar. Telinga dah berkarat kut.










setakat inilah yang mampu dikejar, dibuat, ditegur n dinasihati.

Sunday 15 July 2012

Mini Reunion: Teman tapi Mesra

Mini reunion ni dah lepaspun tapi saja nak story buat kenangan bersama teman2 tapi mesra aku. Macam biasa kita orang dh pakat  kat FB nak kuar makan2. So tarikh dipilih jumaat 6 Julai 2012 tak silap akulah. Almaklomlah minggu2 yg menyibukkan aku asyik tak betul kira tarikh jer.


Hari tu cik wan yang amik aku ngan anje kat sekolah. Ravi lambat so dia ikut azah. Perjumpaan kita orang kali ini di Seoul Garden, kat 1 Utama. Inilah kengkawan yang datang pada hari tu...walaupun tak ramai tapi mcm biasa kat mana-mana buat macam rumah sendiri hehehe

aku anje siva azah adilah cikwan n ravi

Apa makan best kat Seoul Garden??? Tempat ni macam makan steamboatlah jugak...rebus2 dalam sup atau kuah tom yam. Pas tu kalau nak bakar pun boleh jugak. Lain-lain pun ada jugak disediakan mi goreng, nasi goreng, ABC ada, ais cream, kuih muih...rasa nak makan apa boleh g amik. Makan selagi larat sebab masa kedai operasi sampai kul 4 ptg. Dewasa makan plus minum dalam rm 40 sorang n budak rm 16. orang yang datang pun ramai jugak. Penuh jer aku tengok. Aku ni makan tempat2 macam ni tak berapa pandai sangat so aku serahkan segalanya pada si anje untuk buat2 untuk aku hehehe. Tataulah sapa yang anje di sini. Anje bukan kesah pun janji aku snap muka dia :). Bakar pun anje bakarkan...aku ngapppp je dalam mulut. Untung badan.



sambil makan-makan tu biasa aaaaa sesi bergosip n meluahkan perasaan pun berselang seli. Tajuknya mesti tak lari pasal hal2 sekolah. Apapun best sebab hubungan kawan2 tu penting walaupun terpisah-pisah kita sentiasa bersama.


lain kali kita buat tempat lain plak ek huhuhu

Sedapnya d'Cengkih

Hari ini kat sekolah ada sukan tahunan. Lepas balik ni sure tak makan kat rumahnya sebab habis pun dah pukul 12 lebih. Tapi aku ada bawa balik satu plastik nasi lemak. Memang banyaklah...cadangnya itulah habuan aku tengahari ni kat rumah hehehehe. Dari sekolah aku tengok en.hb aku menghala ke TTDI...tertanya gak nak pi makan mana ni sebab jarang makan area2 sana. Sekali lokasi jalan2 cari makan kita orang hari ni di restoran d' Cengkih....mmmm memang aku tak penah makan kat sinipun.




Masuk jer memang terujalah jugak tengok suasana tempat makannya sempoi n santai.  Makanannya pun pelbagai n macam2 pilihan. Lauk pauknya macam-macam ada. Bubur, kuih-muih, pulut n kuah durian pun ada....memang rambang mata aku dibuatnya. Rasa nak makan semuanya hehehehe. Aku ambil bubur pengat pisang bersagu dengan kuih jer makan ngan adam. Pandang orang sebelah ternampak pulak ada pecal...alamak ni mengidam nak datang lagi hehehe sbb nak makan lagi rasa perutku dah takleh isi. Orang yang datang pun tak putus-putus...kebanyakkan bawa family n parent masing2. Makan pun rilex sambil dengar alunan lagu2 yang disampaikan secara live bagi sapa2 yg nak menyanyilah kut. Ni kalau bulan puasa mesti meriah makan kat sini ahaksss! 
Nasi lemak yang aku bawa tadi akhirnya aku sedekahkan pada sekuriti2 kat rumah .