Monday 8 August 2011

Epi Besday Adam..Muahhzzz!!!!

Akhirnya adam berjaya menyambut besdaynya yang ke 7 tahun. Dia ni doklah menghitung bulan dan hari  besdaynya sejak dari bulan Februari lagi hehehe. Sampaikan mama dia punya besday bulan mac pun dia membebel n merungut.  Mengapa besday mama cepat, besday dia lambat. Aku dapat kata sapa suruh kuar lambat sangat hehehe. Besday adam sebenarnya jatuh 5 Ogos 2011 Jumaat memandangkan hari tu puasa n sekolah plak...alamat lemau ler mamanya nak buat. Paham2 jelah lepas sekolah tenaga batin dh tgh ciput. Malam pulak dh sah-sah letih n membadak awal. So aku plan buat hari Sabtu lepas waktu berbuka.

Meriahnya kek adam. kaler-kaler gitu
Majlis adam aku buat simple jer. Xler sampai ajak sedara-mara. Maaf yer abang2 kakak2 semua huhu...yg pasti hari tu dia nak ada cake, nak ada pizza n nak hadiah kereta kontrol. So aku sekadar ajak kawan2 anak jiran2 berdekatan. Dah kawan2nya datang tahu-tahu ajerlah...keknya sentuh sikit jer yang lain2 startler 'bersilat' dengan kawan2nya. Hehhe itu je citer kita...maklumlah bukan hari ni setakat kering tekak, idea pun kering sama.

inilah kawan-kawan adam. Ada 2 orang lagi..lambat sampai tak
adalah gambonya.
adam tiup lilin tp tak ada lagu. Penyanyi semua dh semput hehe
adam potong kek

Happy besday adam...mama sayang adam sangat2



Tuesday 2 August 2011

Sistem analisa peperiksaan



Huh...dah berapa hari n malam aku try masuk untuk key-in markah dalam Sistem Analisa Peperiksaan ini asyiklah diselenggara. Dari minggu2 lepas lagi.  Nasib subuh yang hening ni ahaks!...dapat gak aku masukkan satu kelas setengah. Makan tahun dibuatnya. Baru 1 kelas berjaya, aku ada 4 kelas lagi. Maklomlah semua cikgu seMalaysia pakat mengisi markah secara berjemaah mahu tak sesak, senak n sengal server dibuatnya. Nasiblah kawan ku yg baik budi sanggup tolon kemaskini pelajar dalam kelas aku...kalau tak ada yg keje dok tanya 'kakmin dah kemaskini kelas? Kami nak isi markah". Nak buat camana dah setiap kali buka sedang diselenggara jer.
Pentadbir2 harap bersabar ek...janganlah buat statement macam kitaorang ni tak nak isi markah plak. Hanginlah juga mendengarnya. Kenalah paham situasi yang kami hadapi...lagipun sistem ni baru 1st time digunakan n dalam proses percubaan. Mestilah macam2 masalah ada. 
Walau apapun...
kami guru Malaysia, sedia berkhidmat n menjalankan tugas. Ahaks. Poyo jerk!

PICC Putra Jaya

Lamanya aku tak bercerita-ceriti huhu...sbb tak banyak aktiviti n perkara nk aku sampaikan. Lagipun keadaan aku tak mengizinkan dengan bz dengan mood kejap pasang kejap surut. Kadang-kadang hanyut pun ye hehehe. K lah 29 Julai 2011 lepas aku menghadiri Program Pementoran Warga Pendidik bersama-sama Timbalan PM YAB Tan Sri Muhyideen Yassin di PICC Putra Jaya. Aku g pun sebab menggantikan tempat orang. Kebetulan teman GBS aku pergi, so aku merelakan diri untuk pergi sama dengan hasrat nak berfoya-foya dan 'melarikan' diri daripada jadual hari Jumaat aku yg padat, sarat n sendat. Hehehe buka selalu nk mengelat lg pun kalau tak ada yg merelakan diri mengganti siapa nak ganti kawan2 kan kan kan.

inilah kawan GBS yg aku itut. Pakat kebaya kaler sama tu
Hah! itupun PICC yang dicari-cari huhu
Sebenarnya nak ke sana, PPD Petaling Utama ada menyediakan bas untuk cikgu2 tapi memandangkan 'kawan'ku tu ada plan n ke SOGO lepas tu maka kitaorang pergi naik kereta. Lagipun kalau ikutkan nak ngelat naik kenderaan sendiri ler senang nak cabut hehehe. Aku dengan 'confident' ingat kawan aku tu tahulah camana nk menuju ke PICC. Aku jangan ditanya memang buta jalan punya hehehe. Bantainya kitaorang sesat larat ntah mana hala hehehe...sampai terpaksa dapatkan bantuan talian hayat n tawaf 2x Putra Jaya barulah kami sampai. Alhamdulillah.

Alaaaa...lambat2 sampaipun, majlis belum mula pun. Masih sempatlah 'kita minum dulu" huhuhu. Nasib baik tak borink kat sana.  Penceramah yang pertama tu best...memang bestlah...tak bosan mendengarnya tu yg rasa kejap banget. Time org sibuk break nak minum...kami sibuk berposing2 kat depan hehehe. Yang penting ada bukti kami sampai tak melencong punya. Kat sana aku jumpalah X pengetua sekolah aku dulu. Hehehe lemaunya sama jer mcm dulu. Kawan aku lagi 2 orang (depa naik keta lain) plak bertembung dengan 'boss' hehehe malang ler korang.

hehehe tak tipu...kat PICC nie
bersama 2 kawan yg lain pegi sama
Dah selesai bergambo kami kalut ke toilet hehehe. Masa tu masing2 plan nk 'chow' jer tapi pk2 bukan selalu nak jumpa TPM. Maka kami pun insap ler kejap nk cabut lari n barulah teringat tadi break ada satay. Tapi sayang sampai sana satay tinggal lidi jer hehehe. Lepas bersoal jawab dgn TPM, dalam kul 1 cam tu majlis habis, kawan aku buru-buru nak bergambo dgn TPM. Aku terpaksa ler melayan kehendak kawan2 ni mengalahkan  paparazi berkejar2 nk amik gambo. Nasib tak berlanggar meja kt depa sbb mata dok ke lain. Dapat tu dapatlah cuma sipi2 tang bajunya hehehe.



Lepas tu kami tarak buang masa...terus turun kat parking keta...tukau baju dalam keta je n meluncur menghala ke SOGO, KL. Kengkawan kat sekolah dh pakat jumpa di sana bersama anak-anak kami sebab ada SALE. Gila kan...diaorang le hehehe aku tak, aku keje mengekor jerk huhu.