Sunday 22 May 2011

Ya Habibi Ali Baba!

Eeee..rindunya aku sbb lama tak menyengih kat sini huhu. Dah dapat ni tiba2 terbantut plak idea nk cite hehehhe. Okaylah aku nk share pasai Staff Appretiation Hi-tea kat Hotel Holiday Villa Subang Jaya. Best sbb kita orang dapat menyakan n meroyan sekejap kat sana. Apa tak meroyannya kami datang nganto perut jer..lain2 semua PIBG yang arrange kan untuk meraikan "hari guru". Tema kali ni arabian hi-tea...tambah2 sakan ler terutama bagi GBS yang senget n ISA (ikut suka ati) tu. Masing2 dok pk nak pakai baju arab apa lah hehehhe...GBS biasa aaaa majlis apa n majlis siapa kami maintain memeriahkan suasana. Huhuhu bukan selalu nak enjoy n meriah2 macam ni selalu duk mengadap buku kat meja stress lerrrr...time2 nilah nk melaram. Siap jenuhlah aku dengan pakai bulu mata yg terlentik2nya. Geli hatiler plak sebab tak pernah pakai..pastu pakai cermin mata. Dok tersangkut ler bulu mata yg panjang tu kat cermin mata. Tak pakai cermin mata kang ke longkang plak aku perginya huhu.

Dari rumah pakai tudung biasa2 je maluler plak orang nampak hehehhe. So dah sampai sana ginilah gaya aku in full dress. Cmana ada ke gaya arab tapi arab hidung kembang ler hahahahha! Tapi yang pasti adam memang dok memandanglah mata mamanya sambil tersenyum2 n bertanya 'sapa buat mata mama ni?"



Sampai tempat dituju walllaaaa tempatnya simple tp disusun dengan suasana ala ala....arab lah dengan aromanya sekali tunggu tak der unta je lagi huhu..Kalau ada mahu unta pengsan sebab semua dok pakat nk bergambo dengan dia. Yang ni pun tak termenang tangan dok bergambo je hahahha.



Kami GBS duduk semeja. Orang kasi number utk duduk meja ditentukan tp kitaorang ada kesah apa hehehhe mesti nk duk ngan geng jugak nnt tak kecoh hehehehe. Hish mana boleh aku dapat duduk semeja dengan pengetua n PKHem...alamat mati kutulah aku. Elok2 nk release langsung stressss wakakakakka! Adalah beberapa acara yang PIBG buat:

1. Acara bergambar: itu wajib hahahahha
Acara 2:  Makan-makan. Itu sudah semestinya. Perut masing2 keroncong. Balik sekolah
balik umah siap bak lipas kudung terus zoom ke subang
Acara 3:  Time makan sambil bergaya2. Hensem plak pak arab sorang ni.
Tak tahulah jual minyak ke, unta ke..ntah2 orang hahahha. Yang pasti jual tupperware wakakaka
Acara 4:  Permainan meneka lagu n penyanyi. Nasib ada Pn Gan@guru muzik.
Sebab tu kitaorang leh menang. Bijak! Bijak!
Acara 5:  Pertandingan pakaian tercantik untuk lelaki n perempuan
Aku termasuk dalam 'short list' pakaian tercantik...hehehe dapatlah coklat  10 jongkong
heehhe macam dpt ems 'poh kong' buat tambak lemak cuti 2 minggu nnt



akhir sekali majlis ditamatkan dengan acara syok sendiri...dok pakat berposing kat luar sebelum chow balik umah. Dekat kul 6 pm gak majlis habis. TQVM..kami enjoyed. Tahun depan buat best-best lagi huhu

Sunday 8 May 2011

Sayang Mama

8 MEI 2011...bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe. 
Hehehe...sebenarnya info kat atas tu aku cilok daripada blog orang lain...sebagai maklumat rakan2 dan aku sama hehehe. Seperti ibu2 yang lain aku juga tidak ketinggalan menerima sesuatu daripada anak mama yang tersayang..sapa lagi dari sayang mamaler MUHAMMAD ADAM DANIAL 



Sampai2 di rumah, babahnya cakap slow2..beritahu yang adam ada beli sesuatu untuk mamanya. Chewah mamanya pun buat2 poyolah bila nampak adam melangkah masuk rumah. Buat macam selalu akupun sambut adam dengan kata2 'anak mama dh balik?'. "Tak sayang mama ke?" "Mama rindu adam" huhu. tapi dia plak menonong terus masuk bilik hik! hik! hik! Pastu dia kuar dengan membawa 'sesuatu' untuk mamanya sambil beritahu ini  untuk mama...adam beli sendiri kat sekolah.

inilah hadiah yang dibelikan oleh adam.

Kad ucapan ni dia yang buat masa kat sekolah.
Huhuhu...macam banyak je lagi hadiahnya

Apa yang menyedihkan aku, bila adam cakap dia tak makan hari ini kat sekolah sebab nak belikan hadiah Hari Ibu untuk mamanya. Ya Allah!....semoga adam menjadi anak yang baik buatku untuk selama-lamanya. Lepas tu aku tak jadi sedey panjang2 tapi geli hatiler plak sebab tengok gaya adam yang berjalan melengkung2 dengan muka yang sadis sambil membuka peti ais. Mama adam lapar laaaaa.....!!!!!

Esoknya dia sambung lagi buat khidmat bakti buat mamanya bila tiba2 nak buat pedicure kat kaki mamanya. Hehehe mamanya pasrah je...terus hulur kaki.

Monday 2 May 2011

Jejak2 Orang Kaya huhu

Mmmm best kan jadi orang yang 'beruang'. Tunjuk je nak apa mesti dapat punya. Hari sabtu tu kelas taekwando adam tak jadi...master sifunya kawin ler plak. Aku dah berangan ajak cik abang ajak makan kat Sekinchan Ikan Bakar. Nak test sedap ke idak.  Sekali tak jadi sebab ada seseorang ajak makan nasi daun pisang.  Lepas makan, akupun  mengekorlah "seseorang"  dari satu tempat ke satu tempat. Mula-mula kita orang g ke tempat pameran kereta BMW (Auto Bavaria). Tempat ni memang tak layakpun aku masuk  tapi  layak tengok je ahahhaha... Masuk2 jer aku mampu kata 'wow" ini keta orang kaya n bergaya hehehe.....pusing2 jap tengok keta ala kadar dalam tu akupun duduklah melepak kat satu sudut rehat di sana. Nak tengok lama2 pun nak wat pe. Aku bukan minat sangat bab keta2 ni...lagipun buat penat berangan je hehehhe. Baik aku duduk layan sms. Layan adam and ariq yang duk bermain berkejar-kejar  kat dalam tu dah macam padang bola pulak dibuatnya.


Hantiknyerrrrr!!!!!!!!

Dari Auto Bavaria, kita orang ke NAZA WORLD plak. Memang world kat sana.  Huh! apa taknya kat sana lagi banyak keta...bersusun2 keta sport macam-macam bentuk dan warna. Itu jerlah yang aku tahu..kalau ditanya namanya tentu FAIL hehehe. adam lagi tahu daripada aku. Aku tahu masuk keta duduk belakang macam 'mem' hehehe. Biasalahkan bila ada anak...keje  berebut dengan dia je nak duduk depan.



Macam biasalah aku...habis menapak dari hujung ke hujung. Penat jugak sebab luas...akupun melepak hehehehe sementara cik abang dengan orang tu berkira-kira pasal kereta. Adam pun sama. Apa taknya budak2 ni kepenatan, bantainya berlari n berkejar2 kat dalam tu. Risau plak aku ada keta yang tercalar atau spoiler tercabut kang hehehehe. Dah puas bekejar2..depa ber'shuffle' plah. Hehehe memang budak2 ni tak reti-reti diam...ada je yang dibuatnya. Last2 aku maleh nak jaga. Ikut suka korang ler.



Sebenarnya seseorang yang aku maksudkan tadi inilah orangnya...sapa tak kenal pemain badminton negara kita dahulu Datuk Razif Sidek, Khalidah dan anaknya yang gebu tu!!!!. Sebaya ngan adam tapi adam duduk bawah ketiak dia je :). Mesti ada tertanya2 nape aku leh membontoti dia orang ni. Sebenarnya Razif ni dah lama kenal hb aku. Lagipun dorang dari sekolah yang sama dan datang dari tempat yang sama - Banting ler huhu.


Dah habis cuci mata (itu akulah)...big boss tu tak tahulah cuci apa hehehhe sbb dalam begnya aku tengok duit berbuku-buku :). Sempatlah aku cuci mata memandangnya. Dari situ  kami balik ke TTDI, gi cuci perut  plak kat Secret Recipe. Mmmm sedapnya cake yang aku order "blueberry cheese cake". Pastu makan spaghety. Memang sedap sebab adam yg tak pernah rasa spagheti pun laju jer makan. Kalau tak adm ni memang payah nak makan benda2 yang pelik2 baginya.





Bagitulah kesahnya aku ke sana sini hari itu tapi sorrylah ek...tak  ada idea nak jadi tukang karut hari ini..otak tengah serabut sbb baru lepas habis buat soklan Sejarah Pertengahan Tahun Tingkatan 4.  Pasni nak pk pasal presentation ICT  untuk Malam amal pulak. Soklan BM kertas 1 tingkatan 5 lagi.
huh...minggu2 yang STRESS...ada sapa2 nak banjer kat secret recipe lagi :). Aku nak je...!!!!!