Friday 18 March 2011

Jom Banting!

Jom g Banting esok! Dengar je cik abang ajak g Banting...dah agak tentu nak bekfes nasi lemak kat Kedai Pak Musa. Sanggup tu g jauh2 ke sana semata-mata nak makan nasi lemak kat situ. Memang kalau pagi2 terutama waktu cuti mesti kedai tu penuh dengan orang. Tak tahu nak kata bagi aku rasa sambal sotongnya memang sedap..lain daripada sambal2 nasi lemak yang pernah dirasai. Nasi lemaknya pun tak sama rasa lemak nasi2 lemak yang lain (Apa yg aku cakap ni hehehehe). Tapi kali ni aku rasa KUCIWA sikit sebab nasinya tidak seperti yg selalu aku rasa. Makan pun slow jer tadi hehehhe. Tak tahulah sebab aku dah makan junk food n minum dalam kereta tadi ke...tp yang pasti rasanya memang tak sama.



Lepas tu g bawa adam gunting rambut plak. Dah nak sekolah ni, rambut adam pun dah panjang. Biasalah bawa g kedai india lah..senang n murah. Kat Banting potong rm5 je..kat sini rm8. Dah kebetulan g Banting, guntinglah rambut sekali.


Sebelum balik pergi cari ikan...tapi tak pasti plak aku apa nama tempat kupergi ni. Padahal dh pergi beberapa kali. Kelanang kut. Ikan kat situ fresh2 lagi, baru naik laut punya. Harga pun okeylah kut hehehe...sebenarnya bab harga2 ikan ni lemah sikit. Babahnya yang lebih arif sebab dia yang rajin g pasar. Aku usahkan nak tahu harga, nama ikan pun belum tentu betul. Yang ku tahu sampai rumah simpan dalam peti ais n masak je huhu.


On the way balik ke PJ..singgah jap  kat pekan Banting. Beli baju sekolah agama adam. Baru sekolah 3 bulan bajunya dah koyak kat leher n hujung tangannya. Nak jahit pun payah. Babahnya pulak singgah sana singgah sini mencari aksesori kereta....aku n adam dalam kereta dah naik lemau. So untuk menghilangkan boring...kami pun buat aktiviti masing2 dan adam dengan aksi 'stunt'nya hehehhe. Biasalah anakku superboy..mana reti duduk diam.


Pastu aku singgah ke sekolah jap amik buku. Barulah sampai rumah. Hehehe ingatkan bolehler rilex...rupanya kena ler plak masak. Nak wat cmano, ikan dah beli. Tak reti-reti nak masak lagi..mmm@#!?FA#**&%!KH














No comments:

Post a Comment