Wednesday 27 February 2013

Mengisi Koleksi 2013

Minggu nie (26 dan 27 Februari 2013)  aku ada kursus KKRSV untuk Kertas 3 SPM  kat sekolah SMK Seksyen 10 KD. Aku ke sana car pool dengan kawan aku (Datin Nor Azah ahaksss)...so pagi2 aku singgah dulu ke sekolah sementara menunggu si datin ni sampai. Hari kedua tu aku cepat2 naik bilik guru sebab nak tengok video pertandingan puisi dan lagu yang dirakam oleh kawanku (Datin Nora..hehehe datin2 belaka) dan nak pulangkan berukband yang aku pinjam daripada kak Leow ku. Sampai di meja aku ternampak satu bungkusan plastik atas meja...bungkus apalah pulak. Saspen jugak.  Siap ada nota lagi hehehe...rupa2 pemberian daripada Pn. Leow Hoay Suan. TQ Pn. Leow...kembang kincup hati aku dibuatnya hehehehe :)


Aku takler sehebat manapun cuma alhamdulillah bolehlah create2 sikit-sikit. Okaylah untuk tahun ini, sebelum kerja-kerja aku hilang dan tidak dapat dikesan di mana simpannya, lebih baik aku upload siap2 kat sini. Setakat ini...inilah saja yang terkumpul and akan ada coming soon hehehe masih awal tahun lagi 2013nya.
buku program
kad jemputan
banner
backdrop MTQSS
Buku Program
banner program FROG

Saturday 23 February 2013

Koleksi 2012

Tahun ini nak kira banyak juga hasil2 kerja design aku utk program2 kat sekolah tapi semuanya dah bertaburan. Ntah mana-mana file aku simpan. Bila teringat nak menyimpan balik barulah kalut tercari-cari kat mana aku simpan. Al maklomlah aku bab filing nie memang fail banyak hehehehe...buat2 pastu SAVE ntah mana2 folder hehehe. Rasanya ini jer yang sempat n dapat aku jumpa. Rasanya yang lain dah 'arwah' lah tu kena delete kut akupun tatau.










































Saturday 9 February 2013

Ajari aku

Huhuhu tetiba plak petang ni berjiwang-jiwang layan lagu anuar zain ni. Yang aku mampu hanyalah sekadar dengar lagu n menghayati liriknya tapi nak ikut rasanya macam payah je lagu ni. Sah-sah nada aku ke laut jer kerjanya ahakssss. Namun bila dengar je lagu ni makin lama main sedaplak n makin menusuk kalbu uuuuuuu. Jadilah. Kalu nak g konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari (hambik ko punyalah panjang tajuk konsert sebanyak harga tiketnya ahaks)16 februari 2013 ni memang tak mampu rasanya. Buat yang tak mampu tu huhu jom ikut aku layan AJARI AKU kat sini ahaks.


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar kubisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Kuharap engkau mengerti
Akan semua yang kupinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalanku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku


Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Saturday 2 February 2013

Kuih kesukaan anakku

Hie selamat pagi malaysia. Tengah rajinler ni nak berblog. Pagi2 dah mengadap kat sini ahaks. Bukan apa en hb tengah tak de ni...so masa yg ada ni takkan kupersiakan ahaks.  Macam biasa tengah mabuk ni nak cite pasal masakan tapi aku bukanlah terer memasakpun. Setakat masakan yang biasa kulihat emak memasak dulu2 jer. Itu jer pusing-pusing masak setiap minggu hehehe. Lebih-lebih lagi bab masak kuih lagilah hangusss...memang tak berbakat. Apa lagi buat kek atau biskut jauhlah sekali hehehe. So entri aku hari ini nak sambung kisah bubur kacang hari tu sebab aku dengan adam bekfes kuih rengas dan maggie goreng hari ini.

kudapan bersama adam pagi ini
maggie goreng...takyah ler cite lebih2 masaknya
Bangun2 je...adam terus ke meja. Hehehe macam nampak pizza je bila dia ternampak kuih rengas. Adam memang sukakan kuih ini. Sampai merajuk2lah kalau babahnya rembat kuih dia mengalahkan cite Batu Belah Batu Bertangkup je. Nasib baiklah buatnya senang. Kuih rengas ni orang sebut jugak kuih kasturi. Lekir, jebat, lekiu dan tuah aku pun tatau nape tak terpilih hehehe. Biasanya kalau buat bubur kacang aku mesti rebus kacang hijau lebih2 supaya aku boleh buat kuih rengas. Masuk dalam bekas kedap udara simpan dalam peti ais. Nak masak kuarkan je sebab dah ada. Kan senang???

kuih rengas@kasturi made my tangan ahaks
Cara nak buatnya kuih rengas:
1. Kacang hijau tu direbus sampai kembang atau lembut dan  pastikan airnya kering juga. Sebab tu masa rebus tu kalau boleh jangan terjun terus satu baldi hehehe nanti mengembangler sesangat. Senang masukkan sikit2..agak2 keras masukkan air lagi. Itu cara akulah...sbb aku memang xde sukat2 masaknya.
2. Bila air dah nak mengering n kacang kembang, masukkan gula pasir kacau sampai gulanya larut.
3. Pastu masukkan tepung dan gaulkan.Agaklah bila diuli tak berapa melekat sgt kat tangan.  Ada setengah orang suka masukkan kelapa parut sekali...tapi aku suka yang simple je...so kelapa tu x penting bagi aku hehehe.
4. Dah siap tu tunggulah sejuk kejap....lepas tu barulah ditempa buat bulat2 dan tekankan sikit kasi leper sikit. Kalau masih melekat..taburlah tepung kat tempat nak letak adunan yang dh dibentuk tadi.
5. Sementara tu .kena buatkan tepung celup untuk menggorengkan kuih ni. Ambil tepung bubuh dalam mangkuk pun ok..masukkan garam sikit, kunyit sikit n air. Kacau sebati dan jangan terlalu cair nanti time menggoreng kuih ni akan melekat kat kuali.
6. Nak goreng tu, kuih yg dibentuk tadi celupkan dalam adunan tepung tadi n bolehlah goreng.
Dah siap!!!!! Hari ni kuihnya tak berapa nak cantik sebab tepung celup aku buat cair sikit...time goreng keje melekat2 jer kat kuali tapi rasanya maintain sedap hahahaha.

U.P Norazalawati Atan: 
kakmeen tau ko suka kuih ni...kalau kat kantin berketul2 nora beli hehehe. apa lagi cubalah.

Makan-makan bersama adam

Menu malam:
Time-time berdua tinggal ngan adam ni aku terajinlah sikit nak masak memasak ahaksss. Siap tanya2 adam lagi nak makan apa malam ni? Bukan apa...dah berdua ni aku nak lah masak apa yang dia nak makan saja. Kang aku penat-penat masak ikut suka aku je, dia tamau makan plak..aku jugak yang meroyan. Kalu tidak aku main order je roti canai hehehe...Lagipun adam ni bab makan2 ni payah sikit lebih2 lagi makan nasi ermmmm jenuh berperang barulah nak makan. So kenalah masak ikut citarasa dia kalau nak dia makan nasi. Akupun tanyalah, "adam malam ni adam nak makan apa?". Terus je mulut dia menjawab "Nasi ayam". Terkedu mamanya kejap memikirkan ada tak bahan-bahannya. Maka menu kita orang malam tu ialah nasi ayam yang paling sempoi huhuhu. Tak de sambal tak de tomato tak de daun sup hehehe...sebab adam yang makan. Ada dia kesah benda2 tu xde hehehe, Janji rasa nasi ayam oklah



resipi nasi ayam aku sonang je. Macam ni bahan-bahannya hehehe:
ada ayam, beras utk masak nasi, timun, tomato, daun sup, cili merah, halia, bawang putih, majerin

1. mula-mula rebus air, masukkan halia n bawang putih...bila mendidih masukkkan ayam yang telah dipotong2 (ikutlah size nak di potong. Janganler terjun seekor plak..jenuh nak memotong nanti hehehe). Last sekali masukkan garam. Rasalah ok ke tak garamnnya. Air rebusan biarlah banyak sebab nak guna masak nasi nanti
2. Sementara tu basuhlah beras utk masak nasi. Panaskan periuk n masukkan majerin. Bila panas tumiskan bawang putih n halia di dalamnya. Kemudian masukkan beras n tuangkan air rebusan ayam dalam periuk yg sama jugak. So tutup periuk n biarkan sampai nasi masak.
3. Ayam yg direbus tadi angkat n gaulkan dengan kicap manis. Biarkan dalam 20 minit. Lepas itu digoreng macam biasa. Lebihan kicap ayam yg diperap tadi jangan buang...ambil n masukkan dalam mangkuk.
4. Lebihan air rebusan tadi jugak diambil masuk dalam mangkuk dan letakkan daun sup...settle.
5. Sementara itu timun, tomato dipotong...dan disusun kat tepi bekas utk meletak ayam goreng tadi.
6. Untuk sambalnya...blend je cili merah + tomato + halia + bawang putih + gula + cuka....dah halus angkat n panaskan supaya takler sakit perut kalau makan.
Jengggggg...dah siap. Bolehlah hidang atas meja ikut cara masing-masing ahaks.

Menu pagi:
Celik2 terus pikir nak bekfes apalah pulak. Ahaaa...intai2 dalam periuk ada lebihan nasi ayam malam tadi. Apa lagi buat nasi goreng ayamlah hehehe. Masa goreng tu aku masukkan sikit cili blend...mmm pedasler plak. Bubuh hujung sudu je pun pedas. Sure adam tanak makan. Buka peti ais ada karipap ready made yang belum dibuka. So itulah bekfes adam kalau dia tanak makan nasi goreng nanti.



Masa adam tengok hidangan di meja...dia bertanya aku, "nape mama masak sedap-sedap macam ni? Mama tanak kasi adam tido kat rumah aiman ye!!!?". Hehehe..ikutkan jumaat tu dia nak pergi rumah mak ngah nya tapi balik sekolah aku pujuk adam supaya tak pergi sebab sunyi plak dua hari dia tak ada. Kalau di rumah makngahnya dorang kata dia makan banyak. Aku selalu buat2 merajuk kata mama masak tak sedap bibik je yang sedap. Dia kata dia makan banyak sebab dia takutkan Pak Ngahnya hehehe. Tau takpe. Budak2 sekarang macam tulah....makan pun macam kena paksa