Monday 25 July 2011

cheer

Rasanya hampir setiap tahun aku mengikuti pertandingan Cheer di Stadium Bukit Jalil kecuali tahun lepas jer sbb sikit jugak ada sakit. Kalau tak melompat sama gak ke sana hehehe. Dah kawan2 minta tolon...kita tolonglah apa yang patut.  Eh balik pada cheer tadi...24 Julai lalu, Ahad (Eh betul ke tarikh aku ni hehehe) aku pergi sekali lagi ke CHEER2011. Itupun sebab geng GBS aku call petang sabtu tu ajak jadi guru pengiring supporter sekolah sbb xada cikgulah tuuuu. Ikutkan memang dh ada cikgu2 yang disenarai sebagai guru pengiring tp al-maklumlah mayb masing2 ada hal. Aku no hal je hehehe kalau tak sakit atau tak ke tempat lain. Dah jadi guru pengiring kenalah naik bas bersama murid2 hehehhe. 

naik..naik..mana tiket?
sebelah tu bukan pasukan sorak tp pasukan memekak hehehe
Biasalah g tengok cheer...namanya lagi bersorak, kalau tak bising n memekak, bukanlah tempatnya. Siapa yang tak tahan boleh pitam kejap bergendang kejap menjerit ikut suka doranglah nk bunyi apapun. Kalau yang bawa anak-anak n tak biasa dengan kebisingan..alamat tak lama lah nk balik. Aku mana-manapun boleh asalkan tak buat aku lemau n mengantuk dah hehehe. Lebih2 lagi dapat g ngan kawan2 lagilah suka.
inilah pasukan cheer sekolah - BLITZERS
permulaan persembahan
Namun nasib tak menyebelahi pasukan sekolah SMKBUD4 (Blitzers) pada tahun ini. Seingat aku tahun 2009 pasukan Blitzers menjadi juara. Tahun lepas sbb tak g tak pasti...tp still dalam top 3. Tahun ini pasukan sekolah hanya dapat menang make-up terbaik tempat ke-3 jer. Kesian budak2 yg terlibat kecewa n menangis sebab tak dapat present dengan baik wp telah berlatih bersungguh2 setiap hari. Nak watcmana bila sorang ahli cheer terjatuh n terhentak kakinya. So dh tentu situasi mcm ni menganggu pergerakan dan emosi yang lain n persembahan pun jadi tak lancar. Memang cedera budak tu sampai ligamen di pahanya putus eeee ngeri aku n terpaksa menjalan ops.
kesedihan n kekecewaan yang tak dapat dibendung
Aku xlah rasa ralat sangat sbb bukan kita tak bagus cuma tapi dah berlaku kemalangan nak buat macamanakan. Apa2pun inilah kerja kita orang dari pukul 8pagi - 6ptg kat sana:

1.  Sampai-sampai sana cari pot letak beg semua...pastu melantakler. Lapor apa..kuar rumah kul 6.00. Bekfespun belum

puan-puan inilah resipi kita hari ini hehehe
2.  Balik ke lokasi...biasa aaaa  menyembang n bergambo sampai penat





3.  Bersorak bagai nak gila


4.  Dah penat makan balik hehehhe.
Makan kat sana memang meriah sekali...ikutkan memang makan tak berhenti2. Ada aje makanan yg datang 'menyerah diri' utk dimakan. Parents memang support habis. Dia orang berbondong2 bawa makanan untuk cheer n supporter sama. Lepas satu...satu. Apa lagi ngap lerrrr huhuhu.


6. Kul 6 pm...acara tamat. Masing2 dah penat. Maka tunggulah bas Seri Nandi yang ntah mana sangkutnya

Gitulah alkisahnya...apapun tahun depan ada lagi, kita akan cuba merampas kembali takhta yg dimiliki supaya menjadi milik kita semula hehehe..tiba2 lak bersemangat.

Saturday 16 July 2011

Di kala keBORINGan!

Bila rasa bosan mencengkam jiwa...apa yg selalu korang buat ek? Aku tahu mesti buat 'bodo' je ek hehehe. Tak mau aku buat gitu jer. Hari-hari buat 'bodo' jer tak jadi jugak sbb bosan tetap bosan. Kalau aku bila dah bosan mengadap sinilah. Facebook ke...apa2 saja yg boleh aku buat tapi hari-hari mengadap bosan jugak hehehe. Payah jugak penyakit bosan nie. Sama seperti yang aku buat untuk hilang kebosanan sekarang. Nak tahu aku buat apa? Hehehe make over muka sendiri. Dengan kata lain buat sendiri...perasan sendiri. Mula-mula memang asyik aku membuatnya sebab dh perasaan cantik bila dapat make over dengan pelbagai gaya dan rupa.

Gambar adam di bawah bukan aku sengaja make over rupa dia hehehe tapi aku nak test tudung baru yang dikirim oleh kawan. So mangsa testing aku adamler sapa lagi...nak test sendiri, tak sabar nk tunggu balik rumah nanti.
hahaha...sian adam pun kena make over. ke?
Lebih-lebih lagi bila ada kawan yang nk tumpang perasaan sama macam aku...lagilah aku rajin memake over muka dia. Sebab dia pun rasa bosan n mcm xde keje...maka buatlah sesuatu yg boleh menghiburkan hati. Pastu bila tengok hasilnya pakat kembang n gelakkan sama-sama menengoknya. Aku tang keje macam nie nak jer lebih-lebih kalu dapat tolong menggelakkan kawan hahahaha...itulah kesukaannya. Tapi kat sini aku letak muka aku jerlah. Kang letak muka kengkawan kena saman plak x pasal2 huhu






so dalam sejak dua menjak ni lah keje aku bila start borink n stress.  Nak tengok...tengoklah tp no comment ek hehehe sbb semua ni sebagai hiburan aku jer. Kalau orang lain tumpang seronok sama...lagilah ok.

hik hik hik hik...
sapa terHINGIN aku nk OVER2kan sila hubungi talian berikut:
no tel:  017 0000000
e-mel:  Takdekejapunyaorang@yahoo.com


Sunday 10 July 2011

9 Julai 2011 - Nak itut?

Hehehe saja je buat gempak. Aku bukan ajak g perhimpunan "Bersih" lah  tapi nak g tolong bersihkan makanan kenduri kahwin kat rumah kakak aku kat Jengka, Pahang. Sambil bersihkan apa yg leh ditapau bawa balik rumah hahaha. Tak senonoh aku. 3 Julai hari tu sebelah perempuan kat Kajang...9 Julai (Sabtu) plak kat rumah pihak lelaki. Aku bertolak dari rumah dalam kul 10 pagi hari sabtu tu sampai sana betoi2 time orang nk makan. Maleh nk g jumaat kononnya leh balik lambat sikit huhuhu. Kali ini katanya temanya kaler merah...so aku anak beranak pakat merah belaka huhuhu.

kan kan kan...mama, babah n adam merah 

Memang betoi2 merah kali ini...dari pelamin sampailah ke pengantin pakat merah menyala. Dah macam perhimpunan wanita UMNO ler plak. Nasibler yg nak bertema tu pakai suam-suam merah jer. Ikut suka deme (ISA) jer pakai baju merah hahahha. Asal namanya merah :)




Tapi apa yang bestnya time-time camnilah aku dapat berkumpul n berjumpa dengan mak, abang2, kakak2, anak2buah n cucu-cucu buah ahaks yg jauh-jauh dan lama xjumpa. Semua adik-beradik aku datang cuma sorang jer tercicir sebab sakit kaki. Gaut ler tu huhu. 

Bersama mak dan kakak2 aku .... serupa tak huhu
abang2 aku...yang belakang tu abang ipar (tuan tanah) n bawah
ni biasa aaaa tumpang interprame huhu
abang aku yg sulung.
Lepas kenduri biasalah...perhimpunan 'bersih' dijalankan. Maafler yer...tak dapat turut serta mem'bersih'. Dok melayan kepala yang tengah melayang jer ni (Bukan alasan sikit2 jer ngelat hik hik). Tak tahulah naper...maybe cuaca kut sebab panas sgt sampai kepanasan menyerap naik ke kepala. So keje aku membuta jerlah lepas kenduri tu. Puas dah cuba tido n telan ubat tapi tak jalan jugak. Dah balik ke rumah aku  penin lagi sampai pagi tak ilang lagi. Apa2pun sempatler merakam kempen bersih dijalankan ahaks!

gosok jangan tak gosok

Sebelum aku balik ke PJ sempatlah aku mengikuti acara keluarga sebelah malam iaitu acara membuka hadiah dan beramah mesra. Memang mesra banget ada cabutan bertuah, ada temu ramah, ada potong kek n ada yang sambut besday gak malam tu utk yg lahir bulan julai.



sambut besday ramai2- bulan 7 jer bukan 7 bukan 17 n buak 27 hb

antara yang bertuah dalam cabutan bertuah.
bergambar beramai --- ini antara yang masih single n avaiable ahaks!
Nampaknya cite aku yg tak banyak cite ni dh sampai ujungnya. Malam tu ada yg tak puas hati sebab ramai tak bertuah untuk memenangi hadiah huhu termasuklah aku. Adakah time depa nk kasi hadiah sikat yg dok pakai hari2 tu time tu nama aku n adam naik. Hahaha hampeh!!!!. Nampaknya sapa2 nak kawin lepas ni kena sediakan banyak hadiah lagi. Kalau tak habislah harta tuan rumah kena rompak utk dijadikan hadiah emergency huhuhu. Lastly sepanjang otw dalam keta...aku sambung tido n jaga2 eh dah sampai rumah rupanya. Dah kul 2 am pun.


Sunday 3 July 2011

cite orang kawin

Tengah terlebih masa n cerita ni aku rajinlah nak mengupdate story kat blog aku nie. Rasa ni musim-musim orang kawin kut start dari cuti sekolah 2 minggu hari tu sampai lah ni ramai yg menamatkan zaman bujang masing2. Samalah hari ini aku g menghantar anak buah aku kahwin. Anak kakak aku yang last sekali. Lepas ni dh boleh simpanler kawah n periuk2 besar semua hehehehe. Tapi yang aku pergi ni sebelah perempuannya kat Kajang. Kenduri di rumah kakak aku minggu berikutnya (9hb Julai 2011).


Kata depa pihak lelaki pakat pakai baju purple...aku pun pakailer baju purple yang mana ada nak sama tema hehehehe. Sampai sana yang pakai purple adalah 2-3 kerat. Yang lain macam2 kaler hehehe. Mana aci bunga sekuntum kaler purple kira tema purple jugak huhuhu. Xperlah janji g umah kawin, kenyang kan kan kan. Ni snap sebelum bergerak ke sana...nak harap aku bergambo kat sana...alamat tak adalah yang mengambilnya.


ahaks...ada gaya datin xde anugerah tak?
Sampai sana anak buah aku suh aku amik gambo pengantin. Hish maleh ler aku kat tempat orang lagipun ramai plak jurugambarnya yg berkerumum. Datangler plak rasa segan aku ahaks!!!!. Bek cari tempat dulu isi perut kan. Lebih-lebih lagi aku nampak ada kuih2 fav aku - lepat pisang, lepat ubi n siap ada cendol lak hehehe. Membuat aku tak sabo2 nak makan...beratur amik cendol pun xpe.

Inilah kakak sulung aku dengan anak-anaknya. Abang Ipar aku ntah mana...biasa aaa
lone ranger buat hal sendiri hehehehe

Hishhh tak tahu nak kata apa orang sibuk amik gambo pengantin...yang di bawah plak terlebih posing mautnya. Tak paham betoiii hehehe
Hehehe adam tertekan. 
Hehehe sian adam. Dahler kena bergambo. Dia dari rumah dah kata tak nak g umah Kimi kat Putrajaya sebab ada 'abang' dia yang suka mengusik n menyakat dia. Aku kata hari ini dia tak usik adamnya sebab dia jadi pengantin. Pengantin kena jaga kelaku. Rupanya andaian aku salah....pengantin tetap macam 'hantu' jugak hahahaha. Tak caya tengoklah pengantinnya tak reti duduk diam...

Friday 1 July 2011

bertemu tp tak mesra


hehehehe..lain macam jer title aku. Jangan saspen huhu. Saja nak cite Hari Temu Mesra kat sekolah aku tadi (Jumaat/1Julai 2011). Time ni lah nak jumpa dengan parents anak-anak kelas aku. Memang pertemuan yang tak mesra...parents yang datang kat kelas 4R aku adalah beberapa kerat. Usahkan parent, yang anak-anaknya pun separuh lesap hehehe. Tinggal ini jer spesis yang datang huhuhu. Yang ni datang jer tapi ibu bapanya belum tentu datang...maklomlah sibuk keje. 



Sian juga ada ibu bapa datang nak tengok anak-anak ke sekolah tu belajar ke buat masalah. Sekurang-kurang semua lulus. Aku nak cite banyak2 pun tak sampai hati menengokkan kepoyoan muka masing2 bila dipersoal oleh ibu bapa di depan kita. Walaupun cikgu berjiwa batu hehehe tapi ada lembutnya auwww! Lagipun dah tingkatan 4 kan kan kan...dah besar panjang kena marah depan cikgu n kawan-kawan maluler plak. Apapun cikgu tetap beritahu apa yang tak patut 'anak-anakku' buat kat sekolah.  Tapi sebagai guru aku gelabah jugak dibuatnya bila ada parents yang datang dengan muka serius semacam marah-marahkan anaknya. Alamak aku plak yang ngeri n takut jadi tragedi tak diingini di depan mata aku.

awal lagi...sebelum tahap kelemau meninggi hehehe


Kad laporan disiplin pelajar
Dalam kul 9.30 lebih...kelas aku semakin sunyi dengan kehadiran ibu bapa. Mulalah budak-budak buat konsert sure heboh kat belakang. Habis dah ada yg bawa gitar n hp...ikut suka dia orang ler. Yang layan lagu dangdut pun ada.  Aku plak layan amik gambau dorang hehehehe.  Yang hilang pun hilang beraya pergi ntah kelas manalah.


mmmmm apa nak buat lagi ni? Buku rekod pun dah siap tapi tak der pun tetamu yang datang nie. Budak-budak pun dh semakin susut nilai dalam kelas hehehhe. Ntah mana-mana hala buat lawatan muhibbah ke kelas-kelas lain lah tu.

yeayyyyy siap gak buku rekod aku.

Last-last dalam kul 10.30 aku pun bungkus barang-barang balik ke staff room. Sempatler buat pesanan penaja kat budak2 yang ada, kalau parents datang suh jer jumpa cikgu kat staff room. Panas punggung aku jer duduk lama-lama dalam kelas sebab bayangan yang nak datang tu dah macam tak ada. Lagipun aku nak tengok buku program untuk Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 malaysia tak tahu apa citenya.