Monday 5 August 2013

Batu Karang dalam hempedu


Pagi ini aku teringat pertanyaan adam pada babahnya masa otw balik semalam, "Babah, macamana nak dapat pembantu rumah?" Hehehe..babanya cakap nak buat apa? "Nak tolong mamalah. Mamakan selalu sakit". Alahai...sayu hati aku mendengarnya. Memang adam yang selalu tengok aku sakit itu sakit ini. Dalam simpatinya, dia selalu merungut sebab aku selalu tak pegi sekolah sedangkan dia tak dapat cuti sama. Nak cite 2 Ogos lalu aku gi PPUM untuk tahu keputusan rawatan yang aku buat 12 Julai hari tu...alhamdulillah hasil tisu diambil, aku disahkan tak ada kanser. InsyaAllah cuma katanya dalam hempedu aku ada batu karang yang bersaiz 0.7cm. Aku pun tanya apa simpton2 bila ada batu karang tu...mmmmm tapi memang sama apa yang aku alami

PERNAHKAH ANDA MENGALAMI GEJALA-GEJALA INI?

KESAKITAN BAHAGIAN ABDOMEN DAN SUDUHATI
PERASAAN RESAH DAN SANGAT TIDAK SELESA
RASA LOYA, MUNTAH KEKUNINGAN PADA MATA DAN 
PERMUKAAN KULIT, BERANGIN, PERUT SEMAKIN MEMBESAR,
RASA SESAK NAFAS, SAKIT PERUT,
WARNA NAJIS AGAK GELAP DAN KERAS

Itulah antara gejala batu karang dalam hempedu.


Kebetulan aku terbaca satu tulisan Dr. Hamid Arshad tentang penyakit batu karang dalam hempedu ni dan petua rawatan penyakit ini selain dilakukan secara pembedahan. Sebelum aku membuat keputusan, nak jugaklah cuba petua diberikan

petua batu karang
  1. Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  2. Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
  3. Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
  4. Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi 
  5. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom 
  6. Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum. 
  7. Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Sebenarnya ada banyak info yang kita boleh perolehi daripada tulisan Dr. Hamid Arshat terutamanya berkaitan sakit puan ni. Siapa-siapa yang hendak tahu lebih banyak maklumat boleh ikuti facebook beliau di 

https://www.facebook.com/hamidarshat45