Thursday 28 April 2011

Hangin lagi :(

Huh..dari semalam hangin aku tak habis lagi dengan 'meah' sorang ni. Macam nilah manusia, Bila susah 2-3 kali datang menjengah kita. Bila dah ditolong buat poyor je. Hampeh!! Geramnya aku...buat hangin satu badan je pandang dia. Buat kerja macam tu pun berkira macam ler dia yang kena jadi 'spiderman' kena panjat ragang dinding. Padahal budak2 yang buat.
ada nampak tak 'meah' ni kat mana2?
Tapi xpe...akupun leh buat poyo kalu nak berkira sangat..aku buat bahagian aku yg bukan susahpun pastu blah ler. Hmmm...wp aku bukan spesis macam tu tapi kdg2 orang2 macam ni kena ajo cara poyo jugak. Sapa setuju? Buat tangan macam saya..soley! soley!!! hehehehe.

eeeee....geramnyer aku!!!!!
Dahler semalam masuk mitin membosankan jer. Hati ni dhler tengah marah..so perasaan nk balik rumah tu terus membuak2. Depa plak dok layan mitin panjang sangat. Fenin aku..dhler aku tak berapa nak mendengar, banyak plak pertanyaan. Sampai pengetua tanya aku pasal budak utk shoot gambar majlis anugerah cemerlangpun aku buat poyo jer...Maleh nak amik tahu bukan tugas aku kat situ. Tp yang bestnya ramai plak yg jadi wakil aku tolon jawabkan hehehhe. TQ kawan2 ku..aku tahu dorang prihatin kat aku.


Biasalah bila buat program melibatkan duit...tentulah banyak perkara nak disoal jawab. So masing2 nak cakap berlapik...akupun tak tahu mana satu nak ikut. Hehehe..dah lama2 sangat mitin apa yg di cakap kuar tinge kiri masuk tinge kanan hehehhe terbalikler plak. masing2 mulalah buat aktiviti2 yg menghibukan. Cik abang plak dk dok sms kata dh sampai huh! Kawan2 kt belakang masing dh lemau nak tunggu time mitin habis...startler aktiviti meregangkan tulang masing2 hehehhe




Tolong kami bantu kami...kami nak balik awal hari ini hehehhe

Monday 25 April 2011

Koleksi 2011

huhu..rasa dh naik muntah plak buat backdrop, banner bila dah banyak n kerap sangat. Yang minat pun naik jadi hampeh.. Kepala otak pun dh naik kematu dan biul nk create idea2 yang datang bertimpa2. Apatak nya bila macam2 program dibuat dalam masa2 yg berdekatan..langsung tak de masa utk bernafas plak. Tahun nie jer  dh banyak dibuat.
















Friday 22 April 2011

4 hari aku hilang

Ada tak sapa2 cari aku? Hehehhe 4 hari aku missing in action tak datang2 sekolah. Lama tuh! Nak kata kena kidnap, besar sesangat. Lagipun rugi n tak berbaloi nk tebus bukan bini jutawanpun hehehe. Namun aku bersyukur kerana aku dapat balik di sini dan menjalan hidup seperti semula huhu tapi jangan takut aku balik bukanlah seperti "Antu Mak Limah Balik Rumah" tu hehehe.'

Rasanya inilah cuti sakit paling lama aku ambik. Start malam Ahad hingga Khamis aku sakit bahagian bawah perut  sampailah ke pinggang. Aku risau gak kalau sakit buah pinggang. Maklomlah aku ni banyak sangat menelan ponstan, pil killer n panadol bila time PMS. Dari siang aku dok mengelisat kesakitan sampailah malam aku tak dapat tidur dibuatnya. Hanya ayo mata jer berjurai2 menahan sakitnya dan Tuhan je tahu. Isnin aku pergi klinik...doktor check katanya kencing aku kotor sbb tu effectnya sampai ke perut. Malam tu perut aku sakit semakin kuat. Aku pergi lagi klinik yg sama esoknya. Kelako le plak masa doc tekan2 perut aku, dia suh pandang hidung dia hehehe pekehal pulak. Pandang jelah hidungnya yg mcm hidung Ahmad Nisfu tu. Doc kasi MC lagi n minta aku habiskan ubat dahulu. Tak jalan jugak. Dah macam2 gaya aku menahan sakit...terlangkup, terlentang, menonggeng, baring kat lantai n mana2 tempat yg sempat...tak leh jadi. Esok aku minta hb aku hantar ke PPUM. 

naik wilcha hehehehe..laju!!!
Sampai sana aku dh mcm tenggiling...bergulung2 badan menunggu nama dipanggil. Berdisiplin ler plak sakit2 ni hehehe. Nasib ada budak India sorang tu suruh aku masuk je terus. Pukul 10.00 pagi aku masuk bilik konsultasi dan diperiksa oleh doc (Jepun kut..len macam bunyinya hehehe). Doc kasi satu cucuk ubat tahan sakit. Mmmmm kejap jer diamnya pastu aku mengeletek sakit lagi. Doc amik sample darah untuk check darah. Suh amik air kencing...terencat nak kuar plak hehehe. Pastu g x-ray plak...dh rupa Usop Wilcha plak aku...disorong naik wilchair ke sana huhu. Soley! soley! ler aku kena sorong laju.

Akhirnya aku ditempatkan plak ke wad kecemasan sementara menunggu result doktor. Aku dimasukkan air n ubat penahan sekali lagi, barulah dapat aku melenakan diri. Kena cucuk ubat penahan kali ke-3 baru sakitnya diam lama sikit. Akupun kat wad tu kerja 'padam' ler 2-3 kali huhuhu. Nak jer tido sbb baru rasa dapat tido. 
\

ni muka dh nk dekat balik...segar sikit
hie...penjaga aku ni LEMAS..tak diam-diam
Hai! adam untuk mama ke untuk sapa tu?
Daripada result darah...semua ok. Ginjal ok (alhamdulillah). Cuma result kencing belum lg sbb hilang otw hehehehe. Itupun jadik hilang mmmm ntahler. Kenalah buat lagi sekali. Sampai jam 10 malam baru aku dapat keluar wad. Doc kasi cuti sehari lagi n buat appointment kat bahagian Ginekologi. Rabu 27hb April ni kena dtg lagi.

Begitulah kesahnya aku menghilangkan diri

Sunday 17 April 2011

Adam n Skateboard II

hehehehe...dah beli kenalah adam praktis plak guna skateboard. So petang Ahad kita orang kuar bawa adam main skateboard. Mula2 nak ajak kawan dia "Kishen" tapi tengok pintu rumahnya tutup jer. Nak wat cmana mainlah adam sorang2 hehehhe. Mula-mula g main kat taman Bandar Utama yang dekat sekolah tu. Sampai2 sana punyalah ngeri aku tengok tempatnya. Mau koyak kepala lutut anak aku dibuatnya kalau terjatuh. Mmmm babahnya pun macamlah anaknya pro sangat nk main kat situ. Buat jenuh aku mengejokan adam je...adam tahulah nak je meluncur kat tempat yang tinggi tu. Huh! jangan cari pasal.



So akhirnya kita orang pergi ke tempat riadah TTDI....sana ok sikit. Boleh cuci2 mata n cuci2 perut sekali hehehhe (ada jual2 air sehhh!). Masa nak sampai tempat tu semua mata memandang ke adam..apa taknya  mula2 jer dia meluncur sendiri pastu satu keje aku n babahnya mengheret dia. Dia plak dok menyengeh senang hati berdiri atas skateboard yg ditarik. Hampeh!!



Inilah tempat main skateboard...taklah sekasar permukaan tempat tadi n lapanglah jugak. Tengoklah gaya-gaya adam yang tak berapa nak pro  hehehhe. Kira bolehlah jugak..maklomlah 1st time main kan. Dalam masa tu ada jugak budak2 yang ter"hingin" sama nak tumpang main skateboard adam. Mula2 aku saja2 buat poyo hehehe lama2 sianler plak sbb jenuh budak2 tu nak menyusun ayat nak minta main sama hehehe. Dapat test sekali nak lagi plak...sabor jelah.





so minggu depan bolehlah ajak kishen plak kalau dia ada di rumah...barulah bersemangat sikit. Kalau tak masa mula2 sampai sana adam dah tukar fikiran plak...dia nak pergi main permainan yg panjat2 yg ada kat situ. Babahnya mula keluar asap kat telinga hehehe. Budak2 biasalah mudah terpengaruh n tukar fikiran. Hilang tujuan asal dia.

Saturday 16 April 2011

Bakat Pelajar Bakat Guru!

Fuhhhh...lega! Dah selamat satu tugas. Apa2pun kerja cikgu ni tak pernahnya habis. Usah beranganler nak habis...tunggu pencen barulah habis. Inilah namanya perjuangan masih belum tamat. Hehehe tapi tuan-tuan dan puan-puan tunggu ye cite aku ni belum lagi tamat. Aku nak cite pasal Malam Bakat je  15 April 2011 hari tu telah pun selesai. Kali ini Malam Bakat diadakan di KDU Internastional College. Persembahan malam tu oklah tp tak semeriah tahun sebelumnya. Student yang datang pun tak berapa ramai. Apa sebabnya tak tahulah. Maybe persembahannya macam sama je seperti tahun2 sebelumnya. Nampaknya kenalah buat sesuatu yang baru...buat terbang2 macam Faizal Tahir  ke...soley-soley ker. Best gak huhu


Akupun tak banyak amik gambar pun malam tu sebab tugas2 ni telah kuserahkan kepada 'anak2 buah' ku untuk dilaksanakan hehehe. So amik ala kadar je. Lagipun tempat duduk cikgu ni jauh banget. Kamera tak cukup zoom nak shoot. So aku zoom ler muka kengkawan yang depan mata je sebagai bahan bukti dia orang ada mai malam itu  hehehe. Bukan apa aku tengok macam tak cukup wajah jer cikgu malam tu. Tapi ada aku kesah hehehe janji aku mai wp tak tandatangan kedatangan. Hehehe bukan apa...terlebih semut kut. LUPA! n terexcited. 
Inilah antara kengkawan yang ada. En. Talib pun geng kita huhu!
Siva ni ngan budak2 kecik pun nak inteprame

Tapi yang bestnya, nak buat cmana kawan-kawan aku ni semuanya lawak-lawak belaka. Orang sibuk menengok bakat..kita orang kat belakang sibuk tunjuk bakat jugak hehehehe. Kat mana-mana pun makan mesti no.1 punya. Tengokler bakat2 dorang yg hebat dengan muka2 sekali menikmati sambil menghayati 'bakat' di depan mata hehehehe, Layannnnn!!!!!

cover line dulu
mmm dah start angkat sudu huhu
Apapun yang penting hepiiiiiii...!!!!!!!!

adam n skateboard

Huhuhu...akhirnya adam dapat jugak impian dia untuk memiliki skateboard. Kali ini babahnya belanja. Dah lama dia menuntut nakkan skateboard tapi setiap kali adam buka mulut ...setiap kali itulah mamanya beri alasan macam2 hehehehe..kalau nak ni adam kena itu, adam kena ini tapi macam mama dia, adampun sama... ada dia kesah apa mamanya cakap. Nak tetap nak :). Hahaha tak berjaya aku punya teori behaviorisme rangsangan dan gerak balas.

kebetulan babahnya tengah "ada". Ada duitlah tu..ada orang tak de duit nk watpe cite hehehehe. Akupun mulalah pasang jarum n benang suh adam bodek babahnya belikan dia skateboard.  Kebetulan babahnya petang tu ajak makan kat luar. Mamanya siap bagi hp kat adam suh call kat babah dia tanya nk keluar tu nk beli adam skateboard ke? Bukan apa sebelum tu babahnya call ajak makan kat luar huhu apa lagi kita orang berdua terus melompat kat rumah n bersiap macam lipas kudung.

yeahhhhh.....kami dh siap nk kuar!
Dah siap2 tu kitaorang terus turun sebab babahnya dh tunggu depan guard house. So perjalanan kamii menghala ke OU untuk cari skateboard tu. Sambil tu babahnya biasalah pantang lalu kedai jam diapun singgah. Aku ngan adam buat hal kita orang berdua le hehehhe.


Akhirnya kami singgah ada satu kedai menjual produk sukan. Kat situlah beli skateboard adam. Nasiblah tak menapak n cari jauh2 hehehehe...kalau tak lelah jugak sebab perut masa tu memang dah kriukkk! kriaaakkk! dh macam pintu rumah nenek kebayan bunyinya. 

alaaa gaya dah ada...spoil pakai seliper. buruk plak tu!
Adam pun terkembang terkincup hidungnya suka hati bila terpandang je skateboard yang babahnya turunkan ke bawah. Suh ler dia 'test' n pilih yang mana satu. Biasalah malu-malu ayam plak dia (maap ye simpulan bahasa malu2 ayam tu rekaan semata2). Memang bergaya anakku dgn skateboardnya. Sekali tengok atas nampak mcm pro lah adam tapi pandang bawah hahahaha buruknya selipar anak aku huhuhu! Tak pe adam...janji dapat skateboard, babah belikan n selamatlah duit mama hik hik hik.

TQ babah..selamatlah duit mama


Sampai umah semuanya pakat test bukan adam je, mama pun teringin n babah yg size cam tu pun nk sama.
Inilah gaya adam bila dapat skateboard....tengok gayanya macam nk jadi pomen tak profesional je. 
mmmm tak tahulah sejauhmana jangka hayat SKATEBOARD tu hehehehe.

Saturday 9 April 2011

Sakit Kepala

Saat2 paling aku tak suka...penin kepala
si kenit ni pun sakit kepala hehehe
(tambah penin aku dibuatnya)
Saat yang paling trauma bagi aku apa bila diserang sakit kepala dan PMS (sindrom sebelum haid)...alamak ngeri n tak sukanya. Masa itu aku rasa tak tentu hala, semuanya jadi tak senang. Duduk tak senang baring tak senang. Apa lagi nak pandang orang. Rasa dah jadi zombie, singa atau monster nak telan2 n makan2 semua orang. Selagi muntah hijau tak dikeluarkan selagi itulah ntah apa benda dok adalah kat kepala aku. Telanlah berapa biji ubat sekalipun 'dia' tetap menyengal kat kepala aku huhuhu.....Bersempena sakit kepala sedunia aku...akupun cubalah mengintai2 dalam website ni tentang sakit kepala yang aku alami. Rasanya dua nilah kut yang sering melanda:


ketegangan. 
•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. 
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah. 
•  Menyerang pada bila-bila masa. 

Sakit Kepala Migrain 
•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu  satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 
•  Sakitnya berdenyut denyut dan selalunya berlaku secara perlahan lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama. 
•  Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. 
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala 
jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.


Punca-punca migrain:

1. Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.

2. Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.

3. Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.

4. Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.

5. Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.



6. Perubahan hormon (PMS = Sindrom sebelum haid)

Petua : Mengurangkan Sakit Kepala


Ini adalah petua tradisional mengurangkan sakit kepala yang aku jumpa. Manalah tahukan dengan cara macam ni dapat mengurangkan kesakitan dialami. Perubatan moden semua dah tahu..kalau tak panadol, ponstant yang dah tentu ada effect bagi jangka masa panjang jika terlalu kerap diambil...tp dh nak cepat telan jugak.


1.  Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi, basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. insya-Allah kita tidak di serang sakit kepala. Mencegah lebih baik dari mengubati.
2.  Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 
3.  Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja)lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.
4.  Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi 

5.  Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit 

6. Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari 

7.  Makanlah daun pokok Peria atau · Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbu
8.  Minum campuran 1 glass 100Plus + 1 atau 2 glass air

9.  Rendam kaki di dalam besen yang berisi air suam untuk menurunkan tekanan darah dari kepala yg berdenyut2

Selamat mencuba.....

Friday 8 April 2011

Aku n Siva.......berkursus!

Sekali sekala dapat g kursus ok jugak...bukan setakat dapat menambah apa yang kurang tp dapat jugak tukar2 angin. Asyik tsunami je  kat sekolah tukarlah angin plak huhu. Khamis 7 April 2011 aku g Bengkel Pemeriksaan Sejarah SPM bersama dengan Cikgu Siva. Tak jauh mana pun PPD Petaling Utama je. Aku bertolak dari sekolah naik kereta dia. Wow!..merasa gak naik keta baru Siva hehehhe. Masih ada bau2 kedai lagi :). Dalam keta, baru aku baca surat panggilan kursus..."laaaa Siva kena bawa laptop le plak. Aku tak bawa hari ni sbb nk kursus kan". Last2 aku suh Siva g balik umah aku jap amik laptop.  Alamak taklimat start kul 8.00 pagi...kita orang masih terhegeh2 kat tengah jalan. Hehehe dah ler pakat pegi pakai baju batik sama2..lambat ler pulak. Ada kami kesah. Janji kami glam!!!! Tapi laptop tu tak diguna pun kat sana. Hampeh!!! Buat orang kalut je balik ambil.


Orang berkursus. Kitaorang sibuk bergambo. Janji GLAM!
Baju sama plak tuh!!!
Wow..masuk2 jer bilik conferencenya - Bilik Wacana Minda -canggih!. Rasa macam bapak2 menteri berkonperen ler plak. Baru best n ada gaya. Skrin ada depan belakang. Kerusi buleh pusing2 dunia punya n kat meja tu ada beberapa mic untuk bertanya ke apa. Nyanyi jer tak buleh hik hik hik. So xyahlah nk pasing2 mic sana sini.
cantik and selesa
Bahan yang diterima dgn bayaran 40 hinggit untuk 2 guru
Penceramah hari tu Pengetua SMK Bandar Utama Damansara (3), Pn Azizah. Dah nak pencen tak lama lagi sbb tu dia nak memperturunkan ilmunya. Bukan menurun tau. Kira penyampaiannya ok bagi aku sbb aku taklah sampai tahap tunduk ke bumi (zzzzzz) mendengarnya. Sampai sudah aku ikut. Siva jer kalah hehehehe...aku tengok mula2 angguk2 lama2 dia diam hahahha. Kenapa? Tak percaya ke? ...tengok gambo kat bawah hehehe

time ni tengah ok n senyumler lagi
Siva tak dapat diselamatkan lagi huhu
Hari tu kami diajar tentang cara penandaan kertas sejarah SPM dan skop2 penting dalam peperiksaan mengikut pembahagian topik. So adalah bengkel penandaan dibuat...Setiap sekolah kena beri markah penandaan yang telah dibuat. Nasib kena turn SMKBUD(4)...markah kita orang beri sama dengan lembaga peperiksaan tetapkan. Bangga giler...biasalah cikgu2 SMKBUD4 kan...



Tapi yang buat aku tak boleh lupa, geli hati n pecah perut dibuatnya..Sivalah sengal. Masa time break kita orang duduk minum bersama2 dgn cikgu SMK Taman SEA. Berkenalan lah konon, tanya dari sekolah mana. Lepas tu time beratur untuk lunch Siva buat2 mesra tegurlah cikgu depan dia dari mana? Sekali cikgu tu jawab SMK Taman SEA. Lepas tu kita orang berdua pakat gelak tak henti2 sebab bertanya dgn cikgu yang sama tadi hahahaha! Teruklah kau Siva. Sampai la ni aku dok gelak ingatkan hal ni.

Lepas lunch, perut pun kenyang....matapun dh start melambai-lambai. So masing-masing mulalah buat aktiviti masing-masing untuk menghilangkan kemengantukan dan kebushanan sebab hati dah ingat nak balik :). Siva plak ingatkan parking keretanya kena berapalah nanti hehehhee.
aku dengan kamera akulah
Siva dengan hp nya...sms tak henti2
Gitulah kisah aku g kursus Sejarah dengan En Siva. Lain kali kalau ada...ajak aku lagi. Yeahhh!!!