Sunday 5 August 2012

Hepi Besday Sayang Mama

Macam tahun-tahun dulu, sejak dari awal tahun adam start bertanya dan menghitung bila besday dia...maka 5 OGOS 2011 genaplah sudah hari lahir adam yang ke-8 tahun. Memandangkan besdaynya jatuh bulan puasa...akupun jemputlah biras-biras aku n familnyat untuk meraikannya sambil berbuka puasa sekali. Adam pun ada ajaklah kawan baiknya dekat rumah (Kishen, Kirtiga dan david). Bukanlah buat majlis besar sgtpun...simple jer sebab yang nak mengerjakan di dapur sorang je ahakssss.


Untuk hari jadinya kali ini..adam hendak kek angry birds yang tengah main lastik. Alamak! So aku merekalah rupa kek yang adam nak pada rozi, cikgu kat sekolah aku yang memang pakar bab buat kek ni. Sapa berminat, leh tempah kat dia. Macam2 kek adooo. Kek sampai, adam kata nak kek angry space plak. Huh...macam2.

Inilah kawan-kawannya yang datang malam tu meraikan adam. Budak-budak ngan mak-mak sibuk melayan besday adam. Yang bapa-bapa dok bersorak n memekak-memekak tengok perlawanan badminton antara Dato LCW dengan Len Dan di Sukan Olimpik London. Aku tengok2 gak tapi buat sesak dada je kesengitannya huhuhu.




sudah pasti hati adam berbunga kembang tak kuncup2 dapat hadiah...2-3 kali dia cakap seronok hari jadi adam. Apataknya dapat hadiah yang dia suka. Nama budak lelaki..kereta kontrol jer yg dia minat. Anyway tq mak andak, pak andak n kakak liya kasi skyline n mak ngah kasi duit ermmm ermmm.



Adam tengok babanya bawa balik kereta kontrol...so dia kata mama tak kasi adam pun huahuahua..mama share ngan babahlah sayang. Utk sedapkan hati dia aku cakap aku hadiah little kitty yang akan kuambil kat umah adik ipar ku nanti. Nampaknya dia suka ahaksss.
Anyway adam hepi mama pun hepi sama huhuhu. Mama sayang adam..muah! muah!