Friday 30 December 2011

I love UNGU

ILU ( i love UNGU)

cuba layan lagu2 ungu...tentu jatuh cinta dengan lirik n lagu2nya.
Orang nak kata jiwang ke apa ada aku kesah.. Dah memang aku dengar lagunya sedap untuk santapan halwa telingaku dan jiwa aku huhuhu.
terutama lagu yang aku letak kat entry di bawah nie:


Kuingin selamanya...mencintai dirimu
sampai saatku akan menutup mata dan hidupku


Dirimu Satu


Bukan setakat UNGU..kaler2  ungu pun aku suka
kat bawah ni ada playlist lagu2 UNGU tp xtahuler aktif ke tak ahakssss




Camana best tak lagu UNGU nie????


Tuesday 27 December 2011

Ombak Rindu

lagu "ombak rindu" best...memang berombak

slot2 dalam ombak rindu

Hehehe... Orang dah masuk cite lain aku baru nak tulis entry pasal nie. Dah ini masa yg aku dapat mengadap huhu kat sini. Saja je nak bagi tau aku pun tengok cite Ombak Rindu ni tau. Ombak Rindu merupakan satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Menurut kengkawan baca novelnya lagi best daripada pegi menonton cite tersebut di pawagam. Ekkk....!!. So aku adalah antara orang yg turut teruja nak tengok cite ombak rindu. Apa taknya hari2 aku baca komen kat FB dok bercerita pasal Ombak Rindu. Siap ada yang pesan jangan lupa bawa tisuler, sapu tangan ler, tuala ler...hehehe sedih bebeno ke citernya. Apa lagi bila heronya Aaron Aziz plak. Memang x kelip mata menengoknya kehensemanya n lakonannya. Ahaks! Yang xhensem tapi berbakat pun i loike tau!

So aku dh pelan ajak kawan2 nak g, ajak cik abe pun dah tapi baru sebut "OM..." oh terus reject. Kuciwa hatiku. Cik Abe kata g lah tengok ngan sesapa. Sesape???.  Akhirnya  dapat gak aku pegi tengok. Lepas jer jaga paper akhir SPM (8 Disember 2011), hari tu pun kul 12.30 paper dah habis, aku terus chow tengok Ombak Rindu kat Sumway Pyramid.

mmmm bagi aku oklah cite percintaan kan kan kan...cuma aku tertunggu2 jugak sampai the end bilalah ayak mata aku nak jatuh2 nie hehehe. Risau gak sbb tisu sekeping pun tak ada. Jenuhler ngelap ngan tudung plak hehehehe. Namun Ombak Rindu terus berombak dengan pemujanya.

Saturday 24 December 2011

Sampai jua aku ke I-City

mmmm dah lama sangat2 aku teringin nak ke I-City Shah Alam. Selama ni doklah menengok gambar2 kengkawan dok posing kat tempat yg berlatarkan lampu2 yang cantik dan berwarna-warni. Hati manalah yang tak teruja nak pergi kan kan kan. Akhirnya hajat aku kesampaian...sebaik sahaja keje marking aku habis setelah 2 minggu terperap tak serupa orang, kononnya nak g menghilangkan stres lah hehehe. So aku pun mencadangkan anak buah aku ajak cik abe g sana. Budak2 tu sukalah...apa lagi mak budak terlebihlah sukanya. Tapi tak tahulah cik abe pegi sbb ajakan anak buahnya atau sbb nk meraikan kemerdekaan aku menanda. Lantaklah janji pegiiiiiiii....




Tapi memang cantik...tak sabau2 aku dari dalam keta dh snap beberapa gambo. Orang pun boleh tahan ramai. Walaupun tak luas n tak banyak aktiviti boleh dibuat tp oklah bawa family jalan2 bersama2. Bayar pun RM 10 hinggit jer utk sekali masuk parking. Tapi jiwa manusia ni tak sama ada yg suka ada yang tak suka tempat2 macam nie....kalau yg tak suka tu better pergi dgn kawan2 yg suka, barulah enjoy. Elok2 nak ilang stres jadi stres lak hehehehe.





adam takut kena elektrik katanya

adam dah masuk angin

Bila masing-masing dok teringat benda lain inilah jadinya...mulalah buat muka poyo. Adam dok mabuk teringat nak main PS2, yang lain ingat apa tak tahulah. Last-lastnya pegi makan. Sedap gak kuey teow kat situ. Lepas makan, budak dua orang nie mainlah jap 'kapal terbang lastik' dibeli kat situ.


Bila boss datang buat muka poyo sama...kamipun beredarlah balik.
 mmmm hilang ke stres aku hahahahha

Sunday 27 November 2011

Lain macam selera aku

Ah...korang kalau lain macam selera tu mulalah pk ke laut. Tak de maknanya hehehe. Tapi memang bila kakak ipar aku bagi tempe hari tu...aku dh terbayang nak masak sambal goreng tempe dgn bilis. Mmmm dapnyerrr! Lama tak makan masak tempe. Sbb selama ni yg nak makannya aku sorang je tu yg jadi maleh nak membeli, apa lagi nak memasaknya. So hari ini tinggal aku dengan adam jer kat rumah. Selalu kalau berdua memang makan simple jer tapi hari ini aku masak beriya2...ikut selera akulah hahaha. Cadang nak masakkan ayam goreng jer utk adam, sekali anakku minta ayam masak kari plak. Hehehe ayam kari memang makanan yg adam suka. Teringat gak aku ada beli bendi, nak bubuh dalam kari ayam mcm xbesh jer. Teringin jugak aku nk makan bendi rebus. So nak tak nak kena buat sambal belacan...barulah 'kick' hehehe. Memang selera kampunglah aku hari ini.


Tengolah masaknya macam nak makan 4 orang. Aku siap sms anak sedara ajak singgah makan kt rumah....mmmm tapi sayang, dia masih di kampung plak.
Hehehe inilah menu aku hari ini makan bersama adam....
1.  Ayam kari
2.  Bendi rebus
3.  Sambal belacan
4.  Sambal goreng tempe + ikan bilis

Mmmmm berseleranya adam makan


Tapi kari ayam yang aku masak hari ini rasa kurenggggg sikit. Adam pun kata yg sama hehehe. Mungkin sebab santan yg aku guna. Dah adam nk kari...santan lak tak ada. Aku pun tak pk panjang turun bawah beli jer santan kotak apa yg ada. Oklah yer adam...adalah rasa kari jugak. ahaks!

Lepas kenyang nak buat apa lagi...membadaklerrr kami.




Package 4hari 3malam di Bayu Puteri

macam menarik jer kan package ni. Siap macam2 kursus dalaman disediakan. Package ini hanya untuk orang2 yang suka2 nak buat apa saja. Hari Jumaat kelmarin, abang aku hantar anak2nya ke rumah aku @ bayu puteri. Dorang datang sini untuk belajar melukis n mewarna...maklomlah salah sorang anak buah aku  ada peperiksaan Seni Visual SPM. So aku ajarlah apa yg mampu. Maklomlah aku nie dah lama meninggalkan dunia opsyen aku nie. Rasanya kemahiran aku dah melisut kut huhu.

inilah peserta yg mengikut package tersebut
So Jumaat n Sabtu aku adahal tak sempat buat apa2. Dorang dok bersantai jerlah, makan n tido sambil jagakan adam ahaks! Cuma pagi sabtu tu sempatlah ajar sketch kejap. So hari Ahad lepas breakfast barulah kelas mewarna bermula huhuhu. Tengoklah gaya masing2 melukis n adam plak sibuk mengadap PS2 jerlah.

Konpius: tak tahu mana satu yg nak exam


Tengah syok2 mewarna stop sekejap... latihan memasak plak. Adam nak makan maggie. Aku berhentilah masak maggie. Ingatkan masak maggie adam jer, rupanya yang lain pun ikut masak maggie sama. Dah habis makan, sambung balik aktiviti mewarna tadi.  Baru menonggeng sekejap mewarna...dah buat aktiviti lain plak. Ada tutorial pakai tudung ala Tajima plak. Mmmm lantak ler korang. Aku layan jerrr...
Tutorial memakai tudung ala Tajima bermula
Gaya macam dah hebat hehehe
 
Hasil akhir:  Ini tajima ke taliban?

Mmmm berapa kali break dahhhhh...
Lepas tu sambung balik menyiapkan kerja mewarna yang tak selesai tadi. Aku tunjuk sikit anak buah aku siapkan yg selebihnya. Dah hujung-hujung main redah-redah jer touch-upnya sebab dah lama sangat naik lemau jugak aku mewarnanya hehehhe.



Inilah hasil akhirnya...hehehhe...

Banyak-banyak latihan...sesi fotografi jer tak sempat. Berenang dapat berendam jer..pastu kena perambat sekuriti hehehe sbb tak pakai baju renang. Tunjuk kat abang aku hasilnya...dia suka nampaknya sebab anaknya dapat buat. Apa2pun aku harap anak buah aku tu dapat buat masa exam nanti dengan lebih baik. Jangan lemau sama dah hehehe.

So cmana berbaloi tak kursus secara berpackage di Bayu Puteri???? Ada sesapa nak join???



Saturday 19 November 2011

macam2 risau

Aku dh ler time tu kalut menyettlekan keje2 akhir kat sekolah. Apa taknya seminggu tak ada jaga SPM. Jumaat tu baru dapat peluang balik sekolah. Memang mencungapler jugak. Memang melekat kat kerusi je tak bergerak...sambil tu sempat jugak on9 FB tru hp (hp baru dapat tu huhu) n terbacalah aku  komen2 babahnya kat wall FB dia. Katanya dh 2 minggu kepingin minum coke...n cokelah minuman terakhir arwah abahnya. Dahler aku buat telenovela. Buat keje sambil meleleh ayak mata Memang 2-3 hari tu dia macam x sihat, demam, sakit kepala, sakit dada tapi dlm sakit2 tu keje nak marah jer plak. Geram n hangin gak aku mendengarnya :)
Risau gak aku...so akupun sms kalau sakit tak henti pergi hospital@PPUM jerlah. Check apa halnya. Nasib baik aku tak ikut kawan aku g jumpa 'apek'...sbb time nk habis sek babahnya sms suh cepat balik sbb tak tahan sakit. Sampai umah letak beg semua aku terus ajak babahnya ke spital. Nasib baik ada adik ipar kat rumah...bolehlah dia drive kan.

dirawat oleh Doc. Adam...macam afrika mari jer.
sempat gak suh aku snap gambo tapi aku terlepas
 time wayar penuh kat badan
Lepas check semua jantung, darah, xray kita orang balik. Tak kuasa nunggu lama2. Biasalah kat hospital kerajaan, orang yg berdarah meleleh pun naik kering menunggunya.  Pukul 9 mlm baru g spital semula tengok result n amik ubat...Alhamdulillah tak ada apa2. Cuma doc kata ada infection n gastrik. Mmmm aku dah agak tapi malas nk jadi macam doc  sbb seminggu aku jaga SPM, pagi n lunch pandai2 sendirilah nk makan. Lagipun aku selalu kena 3 in 1:  gastrik n migrain time2 period pain sbb tu aku tahu macamana. So kerisauan pasal tu dh reda tapi biasalah kalau angin dh masuk dlm badan, memang payah nak menguraikan balik.
Tapi ada kerisauan aku yang lain juga....itu aku tak tahu apa kesahnya.
 Biarlah RAHSIA. 
Hope nothing serious n will be OK

Thursday 3 November 2011

rezeki jangan ditolak

Sebenarnya cite nie dah lama tapi x kira nak cite jugak sebab penting dalam sejarah hidup aku hehehe. 3 november yang lepas ialah hari besday babahnya. So hari ini aku memang tunggu-tunggu sebab cik abe kata ada orang nak banjer makan tp kat Uptown damansara jer...yg penting dapat makan luar n makan plak kari padang kat uptown tu memang my faberet.  Aku yang kat sekolah masa tu tak sabar-sabar nak balik umah sebab aku xyah nak masak2 so bolehlah bersantai n memanja2kan diri sambil tengok tv. Masa tunggu cik abe sampai dia sms tanya ada sapa2 nak beli hp yg aku pakai ke tu. Mmm napelak n sapa plak yg nak beli huhu. Tak kuasa aku bertanya sapa nk hp aku,

Tiba kat rumah jeng! jeng! jeng!....cik abe hulur kat aku hp Samsung Galaxy ACE kat aku. Wow...tersenyum lebar sampai ke telinga ler aku menengoknya. Jangan tak caya je hp ni aku punya. Memang hari tu dah tengok tapi NOKIA punya smartphone tapi aku sekadar berangan n saja buat2 excited nak sangat hp tu hehehe mana tahu ada orang nak beli kut. Ahaks!!! Sekali dapat...rezeki namanya tu!

hp terkini aku huhuhu....
Itu pasal aku kata cite ni penting sebab  orang lain yang besday aku yang dapat hadiah. Hehehehe sudah tukar ka? Sekurang2 aku atau cik abe ingat yg dia ada kasi aku hadiah pada hari besday dia. Mmmmm lagipun bukan selalupun bagi aku hadiah huhu. Sekali sekala nak ler 'pow' jugak.

Eh mana plak cite orang nak banjer makan nie....inilah  mamat bangla (Mitu) yg banjer kita orang makan. Kebetulan dia bawa sekali...tetamu dari bangla jugak. Tengok gaya orang tu macam payah nak makan makanan kita. Order macam2 tapi xkena gak taste dia tapi kitaorang kat sebelah laju jer makan hehehe.
adam ngan babah makan bersungguh2

Inilah orang yg banjer kitaorang: Mitu, Abdullah n tetamu yg aku maksudkan

Yang best kebetulan ada plak penyanyi jalanan dok bergitar kat situ. So si Mitu pun minta  budak tu nyanyikan lagu hepi besday utk cik abe aku. Budak tu datang kat meja tanya siapa punya n nama yg sambut besday tu. Hehehe cik hb aku terus tunjuk adam hahahaha...malu nak mengaku.

ngapa aku yang perasaan mcm sambut besday ahaks!
gitulah kesahnya!!!!!!

Tuesday 25 October 2011

koleksi gedik n perasanku

Jeng! Jeng! Jengggg!!!... inilah koleksi yang aku maksudkan. Daripada aku delete, terpikir plak untuk aku simpan sebagai koleksi aku. Boleh jugak buat syok-syok sendiri...yang penting i LIKE  n tak menyusahkan orang lain bila time aku tak tahu nak buat apa-apa ahaks! Ada gak keje tak berfaedah nak aku buat hehehe! Kalau ada yang tak LIKE, tengok sekali jelah, kalau yang LIKE...masuk 10 kali pun tak pe...bukan bayo pun hehehehe.














Bukan gedik manapun..semua gaya muslimah n ayu2 gitu. Ahaks!!!!

Makan Lagi!

hehehe kali ini aktiviti aku kejenya makan jer. Dah itu jer aktiviti kita orang kat sekolah. Kalau macam xde keje jer kitaorang start ler plan buat potlak. Samalah hari isnin (24 Okt 2011) lepas, kawan-kawan dok pakat buat potlak kat rumah aku. Mmmm menarik tu...lagipun masa raya puasa hari tu aku tak buat open house, so apa salahnya buat potlak jerlah. Ikutkan plan...kawan aku nk masak2 kat rumahnya cuti deepavali ni n yg nak diangkut memasaknya akulah hehehe. Sekarang plan sudah tukar hehehe xperlah sbb yang nak memasaknya orang yg sama.



Ikutkan kiraan adalah dalam 8 orang yang diajak bersama 'tentera' masing2...tapi yang tak dapat datang 2 orang je dengan surat tunjuk sebab. Tinggallah 6 budak hitam hehehe. Lagipun cuti-cuti sekolah nie, aku menggalakkan jer dorang datang sini bawa anak-anak main n swimming kat depan umah aku tu. Dah kolam depan mata, senang ler nk terjun. Anak2 enjoy, mak2pun kenyang. Aku pun tak de masak banyak pun sekadar masak mee kari, yang lain ada bawa pasta, nasi dagang, pulut kuning, kek and kerepek. Okeylah..bukan nak makan sangat pun, saja suka berkumpul bersama2.



Memang besh...sbb umah aku ni selalu sunyi sepi jer sebab aku ngan adam jer selalu ada. Walaupun aku hari tu tak berapa nk sihat, namun demi kawan2 kugagahkan jugak masak. Sekali-sekala kawan2 datang seronoklah, memekak mengalahkan budak kelas hujung jer. Semuanya bercakap, mana satu yang didengar aku pun tak tahu...main selit jer hehehe. Tambah kecohler bila kawan aku mai bawa berita mengatakan pengetua sekolah dapat tukar ke damansara jaya. Hehehe semua pakat berjoget lerrrrr....huru hara ler kejap umah aku.



Tapi....lagi best wo..oooooo...lagi bestt wo ...ooooo
bila ada yang datang bukan setakat nak melantak tapi siap mengelap lantai kat umah ku hehehe...tulah akibatnya kalau mulut mengata tangan merata. Hehehe kelako ler ko anje!!!!


best! best!...len kali kita buat lagi!