Wednesday 29 June 2011

Sabtu lagi!!!!

Sabtu 23 Julai lepas aku kena datang sekolah. Ada perkembangan staf. Lemah gemalai aku dibuatnya sebab satu hari cuti santaiku dicuri. Dahler minggu tu rasanya dah berapa kali balik petang jer. Aku kuar rumah pun rasa dah lewat. LADAP start kul 8.00 pagi. Aku baru terhegeh2 nk kuar jam 7.50 pagi tu. Dengan gaya ala-ala org jabatan mana ntah aku kalut naik ke bilik muzik di tingkat 2. Hik hik hik rupanya sampai tingkat 1 ada ramai yang baru sampai. Fuh! lega adalah geng-geng seangkatan lewat dengan aku. Tengok2 kat sana, rupanya masih ada yang tak mai lagi n bengkelnya pun belum start lagi.


Apa yang kitaorang buat hari tu? Membetul dan menampalkan bahagian teks yang sensitif dan hangat dalam novel INTERLOK. Biasalah keje macam ni ada yang suka rela n ada yang mengomen...apa2pun bagi aku orait je daripada duduk melangut dengar orang kasi ceramah ke apa ke memang tak jalan buat aku. Alamat tak lama je..sama ada aku padam atau buat aktiviti sorang2.



pekerja gigih dan ketagih ke atau lakonan semata2 hehehe
Apapun sambil menampal sambil makan sama
tengok dah siap tampal huhuhu
lepas tu dengar plak penerangan tentang PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) memandangkan tahun depan PMR dah tak ada so sebagai gantinya kenalah cikgu2 sekolah berpening-pening pulak untuk melaksanakan program baru ni. Memangler pening sebab banyak melibatkan dokumentasi dan projek pelajar. Nak mengumpulkan kerja budak-budak ni pun bukan senang. Nasib aku tak ajo menengah rendah...kalau tak aku lagilah double trouble feninnya.


Dalam 20 minit mendengar antara ya dan tidak, diteruskan acara melantak ler plak kat kantin. Dapatle lapik perut dengan nasi lemak n ayam goreng berempah sebelum ke program panitia masing2.

makan time...tak kasi peluangnya
Dalam program panitia, sepatutnya aku kena sama sampaikan salah satu slot tu tapi cancel hehehehe sebab bahan yang aku nk sampaikan tu aku dah tinggalkan meja kat staf room. Sekali Jumaat tu excited sangat nak balik...tanpa disedari kuangkut semuanya balik bersama slip keputusan n report card budak. Jenuhler aku mencari kat meja tak ada. Nasiblah masa yang diberikan sampai 12.30 tgh so slot yang diisikan oleh cikgu2 lain ngam2 sampai 12.30...kalau aku interupt sama tentu balik lewat lagi kan! kan! kan! Kira bahan yg aku tertinggal tu penyelamat ler kepada guru2 supaya tak balik lewat wakakakaka....alasannnnnnn!!!!!!!



Habis jer LADAP aku g ke TESCO plak beli barang dapur n singgap lunch dulu kat  "Q" Bistro. Restoran mamak asalnya tapi  dah direnovate jadilah bistro macam2 ado. Tu yang leh order nasi goreng cina, ABC n fench fries. Tempatnya cantiklah jugak. ABC nya pun sedap hikhikhik apa kena mengena ABC dengan tempat.



sikit tul n perencah ada ayam je beberapa potong.

Tapi memang penat giler hari tu...kuar dari pagi balik nk dekat petang. Menapak2 lagi kat dalam Tesco lagilah bertambah2 tahap kelemauan aku. Cik abe pun nak kuar malam tu..so aku masakler yang mudah-mudah jer sbb tenaga tu dah tinggal 1 bar je hehehe.


Friday 10 June 2011

cuti-cuti Kota Singa

Mmmm..dah lama rasa aku tak cuti2 malaysia. Kalau ada cuti2 pun cuti di rumah je wakakaka.  Bercutilah jugak tp duk membesarkan badan jerlah. Makan n tido. Mula2 memang cik abe ajak g kota singa sebab adalah someone ajak bercuti ke sana...mendengar budgetnya macam out of budget, rasa sayang ler plak. So aku pun cadangkan pd cik abe ke tempat faberet kitaorang iaitu ke Pulau Mutiara. Last2 setelah dicuci, dibersih, dikaji, dihitung n diklorox hehehehe kami akur pada plan asal bercuti2 ke KOTA SINGA. Hehehe kelam kabutlah jugak aku n adam buat passport. Maklumlah xpernah ke luar negara. Kebetulan keta kosong...aku offerlah anak buah aku sorang follow sama.

JUMAAT - 3JUN 2011:
Aummmm!!!!...petang, kita orang bertolak ke JB. Menginap kat Hotel Thistle satu malam kat sana. Wow hotelnya cantik banget. Tapi bilik airnya hehehhe bikin nak mandi susah hati jer. Dahler tak berkunci, tempat showernya transparent. Nak mandi kena tunggu adam menyibukkan dirinya. Kalau tak, tak senang mandi...dia keje skodeng jer huhuhu. Malam tu kita orang makan seafood kat Stulang Laut. 

Hotel Thistle, JB
Katil kena serang garuda hehehhe
hahahha..nak mandi pun talak sinang loooo 


SABTU - 4Jun2011:
Esok pagi barulah kita orang bertolak masuk ke KOTA SINGA. Barulah betoiiii AUMMMMnyer. Sampai2 di sana kami terus ke Zoo Singapore. Memang lenguh jugak kaki menapak dalam zoo sebab luas kawasannya.  Nasib masa tu pagi lagi n cuacapun redup. Rasanya tak semua tempat dalam tu yang dijelajahi. Pelancong hilang peta hehehe.

Hehehehe aku ke luar sempadan

adam poyo...adalah yg xdapat tu
Inilah orang yang bawa kami Cuti2 Kota Singa. TQVM
So xyahlah ek nak upload pic menatang ni semua ek...muka depa sama
je yang kat Malaysia heheheh



Kidz world ni ada macam taman tema..utk kanak2  mandi2 je
nilah tempat adam n ariq bersuka ria...memang utk kanak2 je. Ibu-ibu  bapa-bapa
duduklah kat tepi...nak makan ke apa. Mcdonald pun ada.



Time balik...naik 'train' (hehehe pandai2 aku je)...nak menapak rasanya tak mampu
Dalam kul 2 lebih baru kami keluar dari Zoo n g check-in hotel. Kat sana kami menginap kat hotel Concorde. Lepas angkut beg naik atas..turun balik, perut dah lapo nak melantak ler hehehe. Dah kenyang sambung balik jalan2 kat butik-butik n shop lots yang berdekatan dengan hotel. Dapatlah handbag satu kat sana. Orang belanja huhu. Dah gelap barulah kitaorang menapak balik ke hotel. Fuhhhhh...lega dapat merehatkan tapak kaki yg dh ketegangan. Malam kuar pulak ke Mustafa. Tempat tu kira macam Maidin tapi punyalah besar. aku tengok kasut adidas (ori tau)... main lambak jer jual kat situ. Hampeh! Kalau kat butik sah2 kasut2 tu disusun cantik. Sapa nk beli souvenir sesuailah kat situ. Kat luar dia jual 2x ganda. aku dh terjebak. Menyumpah dalam hati jer. Pastu barulah kami makan kat jalan Boon Tat...nasi goreng, mee goreng n kuey tiaw kaler merah huhuhu...sedap tau!

Hotel Concorde, Singapura
camnilah keadaan dalam bilik hotel concorde...ni baru anak garuda yang
melanda. Sat lagi mak n bapa garuda melanda hehehehe


santai kat kolam...meneman budak 2 tu swimming.
Tengok je lah aksi2 mencengkam jiwa budak2 ni...tak jaga...leh pecah kolam dibuatnya

AHAD - 7Jun2011:
Hari kedua di sana kami jalan2 cuci mata. Itu aku ler hehehe. Nak beli barang kat sana kena beli jer ikut harga dia. Kalau kita dok banding nilai tukaran matawang alamat sampai sudah tak membelinya. Memang shopping kompleks sana tak mcm jusco, sogo ke apa semua ada dalam...kat sana lebih macam butik2 gitu. Khas utk satu2 barangan saja. Ada satu butik Gucci orang nak masuk siap kena Q sebab x leh masuk ramai2 hehehe. Dah panjang barisan pun ada gak yang nak tunggu hehehhe. Aku sempatler beli suar jeans, t'shirt Harley Adam. Cik abe pun beli jeans n kemeja harley sepasang. Tapi jalan hari ini memang rasa nak tercabut tapak kaki dibuatnya. Dah naik tempang2 jalan....hahahhaha punyalah penat menapak. Dapat massage...bestnyer!!!!!

kat apa nama nya ek....macam jepun2 gak..nanti ingat baru tulis balik

isi minyak dulu kat coffee bean...sebelum meneruskan perjalanan

chewaaahhh...inilah barang yg berjaya didapatkan di sana
tapi ni orang blanjerrrrr
kasutnya tinggi hehehe membuat aku pakai pun naik ngeri
ISNIN - 8Jun2011
Hari ke tiga (Isnin)...barulah kami teringat negara asal hehehehe dan orang2 yang aku tinggalkan. Sebelum balik sempatler singgah isi perut dulu kat Hajah Maimunah Restaurant. Sedap gak makan kat situ. Hehehe tapi memang perjalanan aku kali ini kerjanya makan je. Cepat bebeno laponya. Tak lapo pun buat2 lapo jugak hahahha...tu nampak cam bulat sikit hik hik hik. Sikit ke?


sebelum balik...bergambo dulu hehehe
(adam poyo...nk tido hotel lagi. banyak kaya mama dia nk lama2 hehehe)
Makan best kat sini...masakan padang kut tapi susah parking keta.
Sambil makan dok menjeling2 kut2 ada plak penyaman yg sampai hehehhe

Masa otw nak kuar Singapura aku sempatlah snap beberapa photo.






jambatan...menghala nak balik huhu,,sayonara singapura
So..maka akupun say "hi bye-bye" ler kat kota singa...tak tahulah boleh sampai lagi ke tidak ke sana lagi ke sana huhuhuhuhu.