Monday 24 June 2013

ala-ala retro

Cuaca hari ini panas betul...kepala pun naik penin dengan jerubu-jerubu ni. Intai kat luar 2-3 kali keluar masuk, kelihatan jerubu semakin menebal (Mmmm ada chance ke nak tambah cuti lagi esok huhuhu). Nak tido nak baring rasa tak senang hati. Apa lagi nak buat kerja...ahaksss alasanlah tu hehehe. Masak pun jadi malas jugak. Nasib en somi pelawa lunch sama-sama kat luar walaupun aku yang bayar. Disebabkan hari ini cuti jerubu, aku teringat plak nak update satu entry mengenai Majlis Sanjungan Budi yang diadakan sempena menyambut Hari Guru bulan Mei yang lalu. Pada kali ini majlis diadakan di Hotel Royale Bintang, The Curve...memandangkan aku turut jadi AJK Kelab Guru, akupun ikutlah sama sibuk. Tak jadi AJK pun memang suka menyibuk hehehe. Bukan apa dah orang minta tolong...nak menolak tu tak sampai ati je.


Pada awalnya cadang tema majlis kali ini ala-ala bollywood gitu. Sekali pengerusi kelab kata buatnya petang dalam pukul 2.30 gitu...aku rasa macam tak sesuwey je time tu nak berbollywod. Yelah, panas2 lepas sekolah nak pakai kembang2 bergeban2 dengan kring2 kaki ke apa. So aku cadangkan supaya tema bollywood ditukar kepada RETRO 70's, lebih2 lagi sekarang tengah mabuk pesen peplum mcm saloma tu. Hehehe masing-masingpun berpikirlah apa baju yang dipakai nanti....tapi biasalah tema2 gini bukan semua orang nak ikut. So aku yang ajk ni suka tak suka kenalah berpakaian mengikut tema. Sebenonya memang suka pun hehehe dapat melaram. Kalau ada geng2 menyengal dulu memang lagi meletop retronya. Aku siap ikut cikgu sorang ni (datin kartika) ke satu wordrope yg boleh sewa2 baju. Macam2 baju ada di sana dari baju rupa mayat idup sampailah baju seorang puteri. Pilih n bayar je mana berkenan. Tapi nasib tak de saiz yg ngam ngn  aku. Selamat..kalu tak mahu terjebak. Last-last inilah pilihan gaya ala retro aku...gaya2 Doris Day pun ada. Lantaklah janji rupa org zaman dulu hehehe. Konon nak touch-up sikit2 sekali mak datin sorang ni tonyoh blusher kat pipi aku naik rupa badut pula jadinya hehehe

Bersama pengerusi Kelab Guru - mengalahkan rupa badut...merah pipi
Perasan macam artist hollywood plak ahakss
samalah plak kita ya mazeni....
bersama adam arumugam hehehe


acara meneka nama-nama filem (film tamil pun ada)
Pertandingan makeOVER...memang terover dah ni
start ada yg nak poco2...nasib aku keje amik gambo. Kalu tak
ada yg kena tarik
ratu n raja retro 2013

Pada kali ini kami telah memilih ratu n raja retro yang tak disangka-sangka. Cayalah ravi n nora. Penampilan yang menyerlah sekali pada petang itu. Tahun depan pandai2lah ajk baru nak pikirkan idea apa plak ek...aku dah 2x jadi ajk kelab guru....teman mohon mengundur diri ahaksssss :)


Wednesday 19 June 2013

mininya REUNION66 ni :)

Hi salam...masuk minggu ni  kerja-kerja sekolah bagai tak bermasa aku dibuatnya. Rasanya hari-hari balik lewat. Fuhhhh penat tatau nak kataler. Lebih-lebih lagi pemantau ujian lisan datang...memang dari hari isnin sibuk menyiapkan fail dan laporan. Hari ini saja aku buat kerja 2 in 1 (cemerlang sungguh hehehe) sambil kena pantau, sambil aku memantau sesi fotografi utk majalah. Alhamdulillah settle jugak keje aku. So malam ni barulah berkesempatan nak update satu entry tentang mini REUNION66 .

Redzuan (mat), zul jamari, kassim BFM, Ana Sidi, Masdira,
Halimah Bahari, Akuler dan Jalilah Jaafar (zah)

Rasanya sebulan lebih jugak merancang utk berjumpa kawan2 sekolah ni. Dengan perasaan sekejap rindu yang menggebu, sekejap lemau, surut dan suram pun ada hehehe bila tarikh terpaksa ditunda...akhirnya bertemu jugak kami pada 6 June 2013 (ahad) di Restaurant Pine38, Shah Alam. Reunion ni kecil-kecilan je...hanya ajak kawan2 yang sama batch je. Dari yang kecil-kecilan (mini) tu memang kecil jadinya hehehe bila daripada 15 orang yg bercadang nak datang, hanya 8 orang sahaja yang muncul. Okeylah daripada jadi 10 budak hitam lama2 tinggal sorang ahaksss. Tapi apakan daya masing-masing ada hal n urusan yang tak dapat dielakkan...maka yg datangpun terkilan and yang tak datang berganda2lah terkilannya sbb bestttt wooooo dapat jumpa kawan yang dh 30 tahun tak jumpa. Memang terujalah sebab kali ini jumpa semua dah lain-lain. Bahkan ada yang masih lupa-lupa ayam dan tak dapat mengingati yang mana satulah ek?. Sudah pasti banyaklah cerita diimbau n dibuka kembali..dah mengalahkan rancangan Galaxy. Dengan kiah propa, chomeynya kakton...semua masuklah dalam rancangan ini hehehe...Apapun biarlah rahsia...esklusif untuk  yang datang2 saja tahu ceritanya. Hehehe saja je nak buat provokasi. Jangan maraaaaaa.

Ini adalah antara gambar2 yang dapat dirakamkan pada hari pertemuan tersebut










Maapler ye...memandangkan matapun dah layu,  kepala pun dah jam nak tulis apa hehehe. Cukuplah sekadar aku mencatat pertemuan ini sebagai kenang2an ku...ntah bila dapat jumpa macam ni lagi tatau ler pun. Apa yg diharapkan persahabatan ini terus berpanjangan walaupun dari jarak jauh je. Insya Allah.

Wednesday 5 June 2013

Siput Sedut Lagiiiiiii: Masak Oyster Sos

Salam semua. Time cuti-cuti ni banyak plak entri mengenai masakan aku buat. Ikutkan hari-hari aku uploadkan pic masakan kat FB...lepas tu akupun jadilah mangsa serangan komen-komen kawan yang pakat dengki belaka hehehe. Tak de yang membina, semuanya nak menyengat aku. Sebab tu dorang tak berani upload pic masakan masing2 sebab takut kena serangan mental macam aku hehehe. Kebetulan aku hari ini masak siput sedut lagi sebab ada balance dua bungkus hari tu. Kali ini aku masak Siput Sedut Masak Oyster Sos Mudah kata Goreng Bercili tapi taruk sos tiram je...saja2 je mengevougekan nama tu ahaks. Itupun setelah bermenung n berpikir lama2 nak masak apalah hari ini. Lepas je masak aku terus whatsapp pic siput sedut oyster sos ni pada en somi....dan dan tulah dia nak balik lunch kat rumah. Kan dh kukata...fanatik SIPUT SEDUT. Masaknya mudah n simple je...yang deranya nak memotong bontot siput tu je. Jenuh terpelanting sana sini bontot yg dh kena cantas. Tapi ada kawan aku sorang ni bagi petua yg macam tak boleh dipakai je hehehe..adakah dia kata siput ni elok direbus dulu untuk memudahkan masa memotong bontot siput. ermmm????? 


sapa-sapa nak mencuba masaknya begini ye makcik makcik (gaya cakap chef wan)
Bahan-bahannya
2 bungkus Siput sedut (jangan siput lain)
2 sudu Cili kering yang diblend 
1 biji Bawang besar 
4 ulas Bawang putih 
6 batang cili kerang yang dikerat dua je
sos tomato
sos tiram
kicap manis
daun kari dan garam

Siput sedut tu siap-siap potong dan basuhlah hingga bersihkan 
Bawang besar dan bawang putih dihiris halus-halus (aku masak semuanya guna bawang besar. sapa nak guna bawang merah biasa tu agak2lah berapa ek)
Panaskan minyak...tumiskan bawang2 yang dihiris tadi bersama daun kari dan cili kering batang.  Lagi banyak daun kari lagi beshhhh baunya.
Bila dah nampak agak garing n berbau...masukkan cili blend n kacau sampai cili tu garing
Lepas tu barulah masukkan cili sos (dlm 2 sudut besar ok kot), sos tiram dan kicap manis
kacau rata-rata dalam 2 minit ke...masukkan air sedikit. Lepas mengelegak barulah masukkan siput sedut tadi. 
Kacaulah siput sedut tu biar kuahnya rata dan tunggulah sampai masak.
Kalau tanak nampak kering sangat boleh tambah air. Biasanya masakan ini kuahnya sikit n nampak pekat2. ada orang masukkan tepung jagung.



Begitulah lebih kurang cara memasaknya ikut cara akulah...
selamat mencuba hehehe


Tuesday 4 June 2013

Jom Puteri2...kita berendam

Sejak keluar artikel tentang orang suka upload gambo makanan ni sakit mental, makin menjadi plak mental aku nak memasak n mengupload gambar huhuhu. Ada aku kesah..janji aku tak mengupload gambo yang bukan-bukan dan tak menganggu orang lain, tetapi sekadar mengusik hati kawan2 senda gurauan aku je ahaksss. Kawan2 suka mengomen masakan aku...apa yang penting aku terhibur dengan komen merapu dorang yang ceritanya dari darat jadi ke laut. Eh aku plak yang melalut kat sini... Time2 coti2 Malaysia nie mak akan bercuti di rumahku. So nak kata time mak datang aku terajin sangat taklah sbb dh memang rajin hahaha...cuma kenalah juga memikirkan makanan kesukaan emak aku. Kang dia tamau makan...sesak dada jugak aku. Sambil  mengadap paper budak2 ni. TING!!!!! dapat idea. Aku nak masak kuih yang mak aku suka ni. 



Inilah kuih buah gorah atau orang sebut puteri mandi jugak. Masa kecik2 dulu kuih nilah yang mak selalu buat dengan begitu beradun sekali. Berbagai bentuk dan lekuk. Berpinggan-pinggan emak kukus sebab nak kasi anaknya hadap satu pinggan sorang. Yang tamak tu siap sorok2 satu pinggan lagi hehehe (yg pasti itu bukan aku). Aku pun mencubalah membuat kuih tu kali ini....sekejap2 masuk bilik tanya emak ok tak macam ni, santannya, pekatnya...lama2 emak aku pun maleh nak melayan. BUAT LE KO CMANA2. keh keh keh....sifu penat nak menjawab ler tu. Ahakssss. So beginilah resepi kuih gorah ikut suka hati aku hehehe. 

Bahan-bahannya:
1 cawan Tepung pulut kut (buhlah ikut banyak mana nak buat)
1 mangkuk santan
sesudu besar tepung gandum
gula merah atau gula kabung
pewarna / daun pandan
Secubit garam

1. Bancuh tepung pulut dengan air dan masukkan pewarna (kalu nak warnalah). Uli hingga tak melekat kat jari (nak bancuh dengan santan pun boleh)
2. Buatkan bulat2 macam buat kuih melaka tu dan isi inti ditengah2nya.
3. susunkan adunan yang telah dibulat2kan itu dalam loyang hingga penuh
4. Panaskan pengukus dan sebelum masukkan loyang taburkan gula di dalam loyang.
5. Lepas tu, tuangkan santan yang dibancuh dgn sedikit garam ke dalam loyang tadi
6. Santan tadi perlu dibancuh dengan tepung gandum untuk memekatkanya (kalau nak pekat lagi tambah tepung gandum lagi) sbb ada orang suka pekat n ada yang suka cair.
7. Kukus dalam 10 minit je...pastu sejukkan barulah boleh makan.





Monday 3 June 2013

Masak Lemak Siput Sedut

Masak siput sedut ni memang peberet kami sekeluarga. Kalau kitaorang g area Taman Tun lepas balik sekolah, adam mesti ajak pegi makan  siput sedut. Memang menyedut gila-gila adam kat sana walapun masak lemak siput sedut tu pedaslah jugak. siap disudu2nya kuah lemak tu dan sama bergelen-gelenlah air yang diteguknya. Dahler kunyit n kuahnya pekat...habis baju sekolah adam ikut berlemak sama. Kebetulan en somi balik memancing hari tu, lalu kat sungai besar...dibellinya 4 bungkus siput sedut. Siput sedut itu dah siap dibersihkan...senanglah hati. Kalau tak jenuh nak membersih kalau yg jual selemoih ngan tanah liat lagi.  Siput sedut ni aku tau masak dua je - masak lemak cili api dan siput sedut masak sos tiram. So tengah hari tu dh tentu menu utama kami masak lemak siput sedut hehehe. Selalu menyedut kat kedai je...bila masak, adam tanya mama tahu masak ke macam kat kedai tu. Huh..mencabar betoi soklan anakku ini.


Masak Lemak Cili  Api 
masakan ni aku tak retilah nak cite sukatan-sukatannya sebab main bubuh je. Yang penting ada bahan-bahan seperti berikut n terjunkan jelah dalam periuk hehehe.

Bahan-bahan:
mesti ada siput sedut
cili api (ikut tahap kepedasan)
santan (agak2lah kepekatannya)
bawang merah
bawah putih (tak bubuh pun ok..sbb aku tak suka bawang putih)
serai (diketuk)
daun kunyit (koyakkan je)

1. Siput sedut potong bontotnya (jgn pendek sgt..sampai subuh esok tak habis menyedutnya hehehe). Bersih dan masukkan dalam periuk
2. Cili api, bawang merah ditumbuk. Masukkan dalam periuk bersama siput tadi.
3. Masukkan santan,daun kunyi dan serai sekali.
4. Letakkan atas dapur dan masakkan atas api sederhana
5. Pastikan sentiasa kacau santan tu supaya tidak pecah minyak sehingga 2-3 minit
6. Masukkan garam...rasa dah ngam segalanya. Kalau tak ngam pandai2lah repair apa yang kurang. Lepas tu bolehlah tutup api

siput sedut yang siap dipotong dan dibersihkan
semua bahan disatukan dalam periuk
ready utk dimakan


Sunday 2 June 2013

Puding AisKrim Oreo

Sebenarnya kerja sekolah aku ni banyak tak siap tapi dengan keadaan badan, pinggang n perut aku yang tak selesa..mood nak menanda semua hilang. Tekak pulak macam nak makan sesuatu. Nak menapak keluar untuk beli goreng pisang lagilah bercinta. Aku teringat hari tu ada beli OREO...nak trylah buat puding aiscream oreo yang ada dalam FB Buku Resepi hari tu. Check2....bahan2 semua ada...cuma kena turun plak pegi beli ais cream vanilla. Buatnya taklah susah mana pun hehehe ikut je apa yang ditulis dalam resepi tu. Cuma kali ini aku ikut sebiji-sebiji apa yg tercatat...nak hambikkkk ko banyak ler plak. Sampai dua bekas jadinya. Orang dalam rumah ni adalah 3 kerat je. Kenalah sedekah kat sekuriti-sekuriti tu nanti.




Nak tahu cara membuatnya...nanti aku tolong copy pastekan bahan n cara-caranya daripada alamat ni ek:

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila (nk hilangkan bau hanyir telur. kalau x letak telur tak payah bubuh esen)
1) Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
2) Oreo dikisar dlm pengisar kering. Kalau xde pengisar hancurkan dengan tangan pun boleh... nak patahkan 2 pun boleh jugak... terpulang. 
3) Blend susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
4)Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sebati masukan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api...
5) bolehla disejukan dlm acuan , loyang ...dah beku bolehla dipotong2. Simpan dalam peti ais makan sejuk2 lagi sedap.


Dah cuba ni dah tahulah  camana rasanya namun  bagi sapa yang suka puding bolehlah mencuba tapi bagi aku rasanya cepat mual mungkin sebab ada susu cair dalamnya.


Ondeh_ondehku PINK

Sorry aaaa...ni cite dh lepas tapi nak jugak jadikan entry blog aku sbb ini je masa yg sempatpun. Rentetan  bershopping barang dapur kat TESCO hari tu, aku pun sibuklah mencari barang2 yg aku plan nak buat masa cuti. Senarai bahan dah dibuat tapi sebab dah kalut langsung tertinggal, maka belilah apa yang tinggal dalam kepala aku saja plus dengan lemau..memang banyak yang tak ingat hehehe. Tengah terbuntang2 mata mengingat, Cik abe pun suruh aku beli gula kabung. Balik rumah dia minta aku buatkan kuih Melaka tapi tepung pulut tak ada n kelapa parut pun tak ada. So esoknya sebelum en somi balik dari kerja aku sms bahan2 yang perlu dibeli. Malam tu jugak aku buatkan kuih Melaka. Kuih ni orang sebut jugak ondeh-ondeh. Ikutkan kuih ni memang paberet kami 3 beranak. Kalau amik adam kat sekolah agama mesti pesan beli kuih tu kat Taman Tun. Tapi kali ini kuihnya aku buat sendiri ahaks...boleh bubuh gula merah banyak2 n makan banyak2. Gigit2 pecah gula dalam mulut...yummy!!!`




Hehehe kalau sebut kuih Melaka mesti terbayang kaler nya yang hijau tapi kuih Melaka aku kalernya lain macam. Kepink-pink an. Pink lemau plak tu. Apapun kaler je lain tapi rasanya tetap sama seperti kuih Melaka tau. Nak buat camana...orang dah lama tak membuat kuih muih, main igt pewarna hijau tu ada je dalam peti ais. Time nak buat, tengok2 satu kaler pun tak ada...yang aku nampak air sirap hehehe. Hantam jerlah labu..sirappun siraplah...janji berwarna. Kuih Melaka ni senang je...aku buat tak de sukat-sukatnya. Sukat ikut suka hati aku je hehehe

Bahan-bahan:`
1 cawan tepung Pulut (ikut berapa banyak nak buat)
Tepung Gandum (1 atau 2 sudu)
Gula Merah/Gula Kabung (potong kecil`2)
kelapa parut
pewarna / air daun pandan

1. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan pewarna dalam mangkuk. Tuangkan air sikit2 n uli sehingga adunan tadi  tak melekat kat jari lagi. Jangan terjun banyak2 air...nanti dah terlembik dah tak dapat diselamatkan.
2. Tepung gandum terpulang nak campur atau tidak.`Fungsinya supaya kuih tu kalau makan takler liat sgt.`
2. Kemudian ambil adunan sikit-sikit buatkan bulat-bulat n lubangkan ditengah untuk memasukkan gula melaka. Lepas tu golek2kan balik supaya jadi bulat semula.
3. Sementara itu, panaskan air hingga mendidih. Masukkan kuih yang dibulatkan tadi dan angkat apabila kuih itu sudah terapung.
4. Golekkan kuih itu di atas kelapa parut yang telah dicampurkan dengan garam sedikit.
5. Pastu dah siap n ready untuk di ngap hehehe. Awas jangan makan tengah panas2 nanti ada yg melecur lidah.