Wednesday 24 October 2012

hebatnya adam :)

Lepas PMR, sekolah adam mengadakan sukan tahunan. Adam dah berpulun2 kali mengingatkan mamanya supaya datang melihat kehebatannya bersukan ahaks. Sebelum hari sukan maybe ada saringan ke apa akupun tak pasti sebab dia kata tanak pakai kasut sekolah yang ada. Kasut tu memang longgar n sah-sah kalau berlari sama ada dia keciciran di belakang atau kasutnya yag tercicir di tengah jalan hehehe. So babahnya suruh dia spare bawa kasut nike. Yang penting sokongan n semangat kesukanan perlu dipupuk dalam diri anak2 sejak kecil lagi (Macam karangan 1 sukan 1 Malaysialah pulak). Tiba hari sukan, kita orang dah bangun awal. Aku pun sibukler calling2 kawan2 mana yang akan datang sukan tu..leh ler duduk berlonggok satu 'pot'. Bergelak ketawa, bergurau senda n yg penting dapat melantak sama2 hehehe.




Sampai sekolah adam berkumpul di tapak perhimpunan dulu. Cikgu2nya doklah tampal sticker ikut kaler2...mungkin nak tentu kelas n acara yang diambillah kut. Kemudian mereka di bawa ke khemah peserta. Sementara itu lama juga aku nak menunggu giliran adam bertanding. Rasa dah 3-4 acara balapan dah berlangsung. Akupun tatau apa acara yang adam masuk...ikut cara praktis macam berlari jer dengan kasut bagai. Peserta bawa khemah dh macam huru-hara tak duduk diam. Hehehe cikgunya pun dh naik pusing kepala. Nak marah, cikgu2nya mcm kontrol macho je sebab mak bapa ada kan kan kan. Aku pula yg menyibuk suruh budak2 tu duduk diam tapi memang payah jugak jaga budak sekolah rendah. Macam ulat...kita jaga sini, sana bergerak hehehe. Sabor jelahhh...lama2 budak2 nilah jgk yg akan berhijrah ke sekolah aku nanti.





Saat ditunggu2 pun tiba....aku ghairah nk melihat adam berlumba...sekali dia bukan masuk acara larian, tapi dia dibawa ke kawasan acara sukaneka. Hehehe adam masuk larian kasut gergasi. Adam! Adam!...xperlah...tapi mama nampak adam memang ada semangat kesukanan yang tinggi. Tapi dia nampak bengang jer sebab geng2nya lain tak bleh bergerak dgn terompah gergasi tu. Aku tengok adam memang boleh kontrol n bawa kakinya ikut pergerakan. Tak kisahlah janji adam tak mengaku kalah n dapatlah no 3 walapun kawan2 lain dok menonggeng n terbalik nk sampai ke tempatnya. Mama bangga sebab ada boleh lakukan dengan baik.





Majulah Sukan untuk Negara :)



Sunday 21 October 2012

Hepi-hepi holiday

ni cite dah lama hehehe. Cuti minggu bila ntah...aku balik kampung dengan anak buah aku. Yang lain-lain pun ada balik sama sebab nak tengok mak aku yang tak berapa sihat n tak boleh berjalan. Memikirkan tanak menyusahkan abangku melayan kita orang yang ramai ni...so anak buah aku sorang ni ajak aku menginap di Swiss Garden Damai Laut  sebab dia ada dapat bilik free kat situ. Ermmm memang tak penah sampai ke sana...pergi pun sesat sampai jalan mati. Dahler malam masa tu...aku pejam mataler. Seram!!! Sampai2 sana memang kelaparan tahap gaban...so melantakler dulu. Lepas tu kita orang ke pantai...barbeku pulak.


Wow pagi tu barulah nampak panorama kat swiss garden ni. Memang cantik. Cuma satu jer...payah nak makan je sebab jauh. Nak makan kat tempat situ bolehlah tp kenalah bawa berkepuk duitnya hehehe.


Pagi itu kita orang bersarapan di tepi pantai...sebab kupon utk makan kat hotel terhad ahaks. Tak kisahlah bila perut dah lapar makan kat mana pun besh. barulah trill masak sendiri. Makan maggie pun rasa spagheti hehehe.


Lepas tu kami pun buatlah aktiviti riadah..dah macam family day ler plak. Kalau family day mesti programnya terancang. Ni main aci mana dan jerlah.



Begitulah semalaman di Swiss Garden Damai Laut. Tengah harinya kami chow ke rumah abang semula...menjengok mak di sana. Thank youlah yang blanje kita menginap di sana.