Friday 1 April 2011

APA LAGI CIKGU NI!

Khamis lepas aku masuk kelas 4 Matahari...selalu budak kelas pertama ni lebih suka serius jer time belajar. So aku tak pastilah sama ada cara yang aku ajar ni akan dapat respon yang ok ke tak. Redah jerlah. Masuk2 kelas je aku suruh dia orang bentuk kumpulan. Baru bentuk kumpulan dh mengeluh n tertanya2 "cikgu nak buat apa ni?". Jawapan mudah jer "Bentuk kumpulan lah..buat apa lagi!" hehehehe. Masing2 mula buat muka pelik. Aku jer sorang tak pelik :). Lepas tu aku suh dorang buka buku teks page 18 kut n dari situ aku soal beberapa soalan yang tak mencabar.

Apa tajuk sajak page tersebut?...Di perpustakaan
Nak pergi perpustakaan?... ........Nak (tapi tak boleh huhu)
Apa yang awak tahu?.................banyak buku, membaca, sejuk, aircon dll
Berapa rangkap sajak tersebut?..3 rangkap
Bagaimana bentuknya................bla! bla! bla! (panjang ayatnya x kuasa nk tulis)

1. So pastu setiap kumpulan kena amik 1 rangkap dan dikehendaki mengkaji dan membedah bahagian rangkap yang ditugaskan.
2. Dalam tempoh 15-20 minit mereka berbincang dan mencatatkan maksud, gaya bahasa, nilai dan pengajaran pada kertas majung yg diberi.

Perbincangan kumpulan
Menulis di kertas majung dan berlatih nyanyi
3.  Dia orang juga diminta menggunakan bait2 dalam rangkap tersebut sebagai lirik lagu untuk dipersembahkan semasa pembentangan nanti huhuhu.

4.   Persembahan pelajar. Tapi biasalah mula2 nk present, group pertama tu memanglah payah sebab malu tapi mau. Lepas tu masuk group ke 2 dah ok n seterusnya. Group yang tak nak nyanyi2 tadi pun on the spot latih jap dh boleh present. Kan senang....kalau semuanya sporting

persembahan group 1...jenuh memujuk. macam2 ganjaran bagi
hehehehe. Yang penting yg 1st mesti gerakkan
Nabil the rappers huhuhu
Penerangan hasil pembedahan karya yg dibuat
Time persembahan dah pasti kelas agak bisinglah sebab tengok gelagat kawan2 semua pakat gelak lah. Aku gelak sikit2 jer..cikgu kenalah kontrol ayu sebab nak kawal budak kang 'terlebih gelak' payahler plak.


antara persembahan  yang sempat dirakam oleh 'mamarazi'. Kena amik sorok2 kang budak2 tu tak nak present plak. Malu! Dah rakam baru tunjuk...



5.    Akhir sekali......pelajar2 mengeluh sebab cikgu bagi latihan hari ini. Hehehe sorry!

TQVM 4 MATAHARI sbb SANGAT SPORTING!!!

No comments:

Post a Comment