Saturday 27 July 2013

Bubur Candil: Pembuka Selera

Minggu ni cuti 3 hari...kesempatan ini aku gunakan untuk mengemaskan rumah aku yang umpama tongkang pecah dan diibaratkan rumah sewaan bangla. Kain-kain pun dah menggunung tinggi sampai tak muat bakul bagaikan gunung berapi melimpahkan laharnya  hehehe. Punyalah teruk. Time begini-beginilah aku dapat bersantai dengan tenang mengadap laptop bagi menyiapkan kerja2 sekolah yang perlu diselesaikan. Sambil menyelam sambil minum air (mmm batal plak puasa aku hehehe), sambil itulah aku menyelak2 website mencari sesuatu yang dapat aku buat untuk berbuka nanti. Kepingin nak makan yang manis-manis sikit sebab dalam stok dah ada karipap yang aku sengaja buat banyak untuk aku simpan. So tak pikir panjang aku terus buka "Buku Resepi FB". Dah lama aku tak tengok apa resepi baru yang ada kat sini. Sekali nampaklah gambar bubur yang berwarna-warni membuat aku tertarik nak cuba. Itulah bubur candil...

bubur candil yang dah aku makeover
Ikutkan resepi asal bubur candil ni hanya menggunakan butiran tepung pulut yang berwarna-warni campur sagu je. Memandangkan akupun malas nak menggentelnya tepung pulut tu banyak2 dan sagupun tak ada, akupun redahlah campurkan dengan jagung dalam tin. Tu yang nampak kombinasi warna hijau dan kuning...mmmm cantiklah plak hehehe. Nak buat bubur ni memang senang...macam yang aku copy paste ni.

Tpg pulut letak garam bancuh dgn air..uli sampai tk lekat di tgn. 
Bagi kan 2/3 warna,.pastu buat bulat2. 
Jerang air. Setelah menidih masukan tpg pulut tu
bila dh timbul angkat letakkan dlm air sejuk supaya tk melekat. 
pastu jerang air lg msk sagu hingga menjadi jernih
(yang kat sinilah aku gantikan dengan memasukkan biji2 jagung dalam tin)
letak gula dan daun pandan
setelah tu masukan santan dan tepung pulut td.. Dh menidih mati kn api..siap..

gambar bubur candil yang asal




adam ready nak raya

lebih kurang 2 minggu lagi, Syawal akan menjelma. Radio dan TV dah mula kedengaran lagu raya berkumandang...seolah2 menggamit perasaan kita untuk balik beraya ke kampung.  Macamana kawan2 di sana...dah tentu sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya. Buat biskut raya dan shoppin baju raya. Aku...macam biasa biskut tunjuk2 jelah hehehe. Tahun ni tak banyak tunjuk pun sebab cadangnya nak try buat sendiri biskut yang mudah2 (hehehe tataulah masin ke tidak mulut aku ni). Lagipun rumah aku ni kureng org yang datang. Beli biskut untuk tekak sendiri je. Dari segi persiapan...tiap2 tahun tak pernah beriya pun. Nak cite, lepas berbuka hari jumaat tu, aku, en somi n adam pergi ke One Utama. Tengok decorate Hari Raya kat OU punyalah cantik serupa ente di negara arablah. Sempatlah aku dan adam bergaya di situ.




Motif asal ke OU nak bayar duit langganan wifi...dah sampai tu teruslah melencong masuk ke Parkson tengok2 baju. Sempatlah mengintai baju2 si adam mana yang berkenan. Sekali mood nk bershoppin jadi 'spoil' bila adam mula masuk angin. Dia merengek nakkan roti auntie anne, dah takleh dengar kata beli masa nak balik nanti. Dah tak dapat apa yg dia hendak mulalah dia buat perangai yg menghangin satu badan babahnya. Masing2 dah masuk angin telinga berasap...babahnya terus ajak balik rumah. Keesokkannya kami pergi ke OU lagi untuk beli baju adam. Hehehe kali ini siap pesan n pujuk adam, jangan buat perangai lagi nanti buat penat je bersiap dan ulang alik. Dah keluar awal, kami bertiga beranak pun berbuka sekali kat Penang Style, OU.



Alhamdulillah, bahagian Adam sudah pun selesai. Bahagian mama tataulah lagi ada ke tak. Semua baju ni kita orang yang pilih tapi mengikut taste dialah. Kali ini dia yang pilih nak pakai kasut kanvas. Agaknya dia ada nampak sorang budak pakai mcm tu hehehe. Okaylah ya adam...mamapun bukan selalu beli baju untuk adam pun. Beli sekali time raya je hehehe.



Sampai rumah mamanya yang sibuk untuk adam mengetest n menggayakan baju2 yang dibeli. Kalau tak OK masih boleh ditukar sebelum segala resitnya kena buang.





chewah..mengalahkan model ler plak..ahakssss.

Friday 26 July 2013

Alhamdulillah LEGAAAA!!!!

Sebelum ini selepas mendapatkan rawatan di PPUM, doktor beri aku cuti seminggu. Seronoknya bila dengar cuti seminggu tapi apa makna cuti kalu dalam kepala aku dok merisau folio n produk seni SPM budak2 ni. Balik saja aku ke sekolah....dalam tempoh seminggu tu, memang aku tak senang duduk dibuatnya. Sabo jelah dalam2 bulan ramadhan ni. Bolehlah budak-budak ni buat dek n lagi kita kata masa dah makin singkat makin plak slow n hilang plak tak datang sekolah. Haru betoi. Aku plak dah tak nampak bayang kat staff room. Apa jadi meja akupun tatau  bila seharian duduk di bilik seni. Balik ke rumah...masa tu baru rasa letih yang amat sangat. Nasiblah masih larat nak memasak untuk berbuka puasa...keadaan rumah hehehe en somi pun dh bising dah rupa rumah bangla katanya. mmmm aku mampu diam jelah sebab aku dah tak mampu nak kelolakan semua. Beginilah hasilnya setelah jenuh dimarah dibebel...ermmm memanglah dorang ni memang suka dengar aku melalak tiap2 hari kut.





Akhirnya hari ini aku dah mampu tarik nafas lega. Alhamdulillah tugas aku dah selesai n markah pun not bad jugaklah yang diperoleh oleh budak2. Tapi yang tak penah dibuat pun ada, bila pada hari pentaksir datang pun masih ada budak yang tengah siapkan folio mereka. Dah hari tu baru nak munculnya...aku kerahkan buat jugak. Nasiblah pentaksir yang datang tu bertimbang rasa. Dapatlah jugak budak tu markah yang lebih baik. Namun apa yg ralat tahun ini, seramai 4 orang calon aku gagal menghantar kerja kursus mereka. Nak buat camana dah ditanya kerja kursus macam2 alasan n menipu lagi plak tu...akhir2 tak hantar, tak datang sekolah. Bila jumpa kita...buat muka tak bersalah n tak de perasaan apa2pun.




Beginilah payahnya nak menyuruh n menyedarkan budak2 ni akan tanggungjawab pd diri sendiri wp untuk masa depan mereka. Anyway TQVM pada En Abu Zarin (baru pindah ke sekolah aku)...kehadirannya dalam saat begini banyak membantu aku.

Friday 12 July 2013

menu-menuku

Hari ini dah hari keempat kita berpuasa. Memandangkan aku dah 4 hari tak ke sekolah, mulalah aku memikirkan sesuatu untuk dibuat. Aku buka laptop aku, dah melambak2 gambar yg disimpan. Rasanya drive C dan D dah nak full dengan gambar2 sekolah dan gambar2 yg aku upload kat FB. Mulalah kerja2 mendelete gambar2 yang aku rasa dah tak diperlukan...tapi banyak jugak yg aku tak buang sebab rasa sayang ler plak. Gambar2 sekolah memang lah tak boleh buang tp kenalah transfer ke tempat lain sebagai back up. Kalau dibuang jenuh aku nak mencari sebab kat sekolah tu apa2 nak gambar utk dokumentasi semua mata menghala aku. Oh tidakkkkkkk!!!!! Dalam menelek2 gambar-gambar yg ada aku nampak ada banyak gambar2 menu yang aku masak. Mmmm nak buang rasa sayang plak...so jalan paling mudah, lebih baik aku upload kat sini sebagai entri blog aku sambil mencuci mata kan kan kan kan???