Sunday 25 September 2011

sukanya aku..akhirnya kita bertemu


Sukanya aku sebab akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan kawan aku sorang nie.Dialah kawan aku bak kata orang.....

 jauh di mata... dekat dihati
 hilang sementara...esok lusa aku cari
tak dapat chat...chak! chak! pun jadi (hehehehe)

Kawan-kawan yang lain jangan maraaaa...aku reunion berdua jer dengan anis buat kali kedua. Dah kebetulan dia berada di KL..so aku amik kesempatan utk pegi menjejak kasih dia kat Cheras masa tu. Nasib baik mood cik abe aku OK. Bila lampu ijo nyala...aku tak buang masa terus siap2 g ke sana sebelum moodnya expired hehehehe. Mula-mula kita orang janji nak jumpa kat Jalan TAR sebab mak cik nie nak buat kempen BERSIH harta karun dalam begnya. Berat sangat kut so nk bersih2kan kat jln TAR sebelum balik. Itulah dia kalau kaki menyoppin kan kan kan. Sekali dia call xjadi ler plak sbb kengkawannya tak jadi pegi sebab tulah aku menyusul ke tempatnya.

masuk2 terus amik gambo hehehe xmenyabo2

Sebenornya aku pun memang nak jalan2 window shopping ngan dia tp cik abe kata kejap jer kan jumpa hehehehe. Terkedu jap aku. Nasib baik dia turun2 n menonong terus masuk ke keta aku hahaha. Dalam hati aku bagai digeletek2 nk tergelak. Memang sah ko kawan aku yg sengal. So lastly en huby bawak kitaorang ke Bukit Bintang.
sorry ko pejam lak...yg penting aku lawa hahaha

tengah tunggu nasi ayam hailam

Puaslah jugak kitaorang menapak kat sana kuar masuk kedai. Last-last aku yang lebih beli daripada dia. Maklomlah baju2 kat sana memang boleh merambang mata aku dengan pesen pelik2...memang aku lah yang gila dulu hehehe. Dah penat2, haripun dh gelap..apa lagi cari tempat makan lak. Kami makan kat nasi ayam hailam yang fofular tu. Lepas tu baru anto dia balik. Apapun aku tak puashati sebab dah 2x jumpa dia tak sampai2 kat rumah aku lagi. Huh!!!

Thank you anis@hanna....aku sayang kamu

Monday 19 September 2011

LADAP LAGIIIIIII!!!!

Hie...lamanya aku tinggalkan blog aku. Dah naik bersawang rasanya. Maklumlah masuk pertengahan tahun keje semakin membukit n nak jadi gunung lak. Tu yang macam tak menyempat nak update cite kat sini. Banyak cite semuanya dah berlalu so xbesh nak tulis lagi huhuhu.  Namun dalam kesenakan n kesesakan timbunan kerja-kerja, sekolah ni tak habis-habis dengan LADAP. Aku rasa kad LADAP aku dah tak der ruang lagi nak diisi...tak cukup2 lagi ke nak berLADAPnya. Nasib baik LADAPnya buat di tempat lain hehehhe semangat ler sikit dapat melihat senario baru.

Minggu lepas 19hb Sept kitaorang adakan proram LADAP kat
Segi College Kota Damansara.


Masuk-masuk jer teruja aku dengan rekaan bangunan n landskapnya yang ala-ala di zaman Rome ler plak. Memang cantik. Kami ke sana sebab di'offer' oleh pihak SEGI utk menggunakan makmal komputer di sana. Yang menyampaikan rakan2 sendiri jer. Mmmm tuan rumah tak ada masing2 jadi macam budak kelas kekwa n mawarlah. Tambahan pulak boss2 semua duduk dalam makmal lagi satu hik! hik! hik! belajar sambil bergumbiralah kami.

hepi jer cikgu n pelajarnya
Ni lagi HEPI...xde buat apa-apa huhuhu. Sesuailer duduk kt belakang tu
Kebetulan plak Graduasi Form 5 tahun ni nak buat di SEGI College, so kesempatan ini bersama alasan nak menchilokkan diri, aku n the geng pakatler kuar awal2 utk tengok dewan yang bakal digunakan. 2 orang PK akupun ikut jd geng sama hehehe. Yang penting aku nak tengok keadaan pentas dewan tu...hehehe selamat aku. Leh guna LCD projector jer utk buat backdrop graduasi huhuhu. Sebelum sempat ke dewan sempatlah kami snap 2-3 keping kat SEGI.




Lagi satu LADAP penah buat kat Sunway Hospital.

Lain-lain LADAP semua buat kat sekolah. Masa kat Sunway, pihak sunway yang sampaikan berkaitan dengan  STRESS. Memang tak stressnya dh jumpa n duduk semeja dengan kawan-kawan hehehhe. Penceramah jer Stress tengok kita orang tak diam-diam n buat ikut suka jer. Ada saja kitaorang buatkan. Bergambo jangan kira...pantang beralih tangan kamera. Ada je yg snapkan. Dah tu ada pulak  toke tupperware..mmm buka buku katalog ler. Apapun aktiviti tetap follownya.



ah...sudah! Toke sudah keluar katalog
pantang snap...gaya jer
bosan jer....bergambo