Monday 24 June 2013

ala-ala retro

Cuaca hari ini panas betul...kepala pun naik penin dengan jerubu-jerubu ni. Intai kat luar 2-3 kali keluar masuk, kelihatan jerubu semakin menebal (Mmmm ada chance ke nak tambah cuti lagi esok huhuhu). Nak tido nak baring rasa tak senang hati. Apa lagi nak buat kerja...ahaksss alasanlah tu hehehe. Masak pun jadi malas jugak. Nasib en somi pelawa lunch sama-sama kat luar walaupun aku yang bayar. Disebabkan hari ini cuti jerubu, aku teringat plak nak update satu entry mengenai Majlis Sanjungan Budi yang diadakan sempena menyambut Hari Guru bulan Mei yang lalu. Pada kali ini majlis diadakan di Hotel Royale Bintang, The Curve...memandangkan aku turut jadi AJK Kelab Guru, akupun ikutlah sama sibuk. Tak jadi AJK pun memang suka menyibuk hehehe. Bukan apa dah orang minta tolong...nak menolak tu tak sampai ati je.


Pada awalnya cadang tema majlis kali ini ala-ala bollywood gitu. Sekali pengerusi kelab kata buatnya petang dalam pukul 2.30 gitu...aku rasa macam tak sesuwey je time tu nak berbollywod. Yelah, panas2 lepas sekolah nak pakai kembang2 bergeban2 dengan kring2 kaki ke apa. So aku cadangkan supaya tema bollywood ditukar kepada RETRO 70's, lebih2 lagi sekarang tengah mabuk pesen peplum mcm saloma tu. Hehehe masing-masingpun berpikirlah apa baju yang dipakai nanti....tapi biasalah tema2 gini bukan semua orang nak ikut. So aku yang ajk ni suka tak suka kenalah berpakaian mengikut tema. Sebenonya memang suka pun hehehe dapat melaram. Kalau ada geng2 menyengal dulu memang lagi meletop retronya. Aku siap ikut cikgu sorang ni (datin kartika) ke satu wordrope yg boleh sewa2 baju. Macam2 baju ada di sana dari baju rupa mayat idup sampailah baju seorang puteri. Pilih n bayar je mana berkenan. Tapi nasib tak de saiz yg ngam ngn  aku. Selamat..kalu tak mahu terjebak. Last-last inilah pilihan gaya ala retro aku...gaya2 Doris Day pun ada. Lantaklah janji rupa org zaman dulu hehehe. Konon nak touch-up sikit2 sekali mak datin sorang ni tonyoh blusher kat pipi aku naik rupa badut pula jadinya hehehe

Bersama pengerusi Kelab Guru - mengalahkan rupa badut...merah pipi
Perasan macam artist hollywood plak ahakss
samalah plak kita ya mazeni....
bersama adam arumugam hehehe


acara meneka nama-nama filem (film tamil pun ada)
Pertandingan makeOVER...memang terover dah ni
start ada yg nak poco2...nasib aku keje amik gambo. Kalu tak
ada yg kena tarik
ratu n raja retro 2013

Pada kali ini kami telah memilih ratu n raja retro yang tak disangka-sangka. Cayalah ravi n nora. Penampilan yang menyerlah sekali pada petang itu. Tahun depan pandai2lah ajk baru nak pikirkan idea apa plak ek...aku dah 2x jadi ajk kelab guru....teman mohon mengundur diri ahaksssss :)


No comments:

Post a Comment