Wednesday 19 June 2013

mininya REUNION66 ni :)

Hi salam...masuk minggu ni  kerja-kerja sekolah bagai tak bermasa aku dibuatnya. Rasanya hari-hari balik lewat. Fuhhhh penat tatau nak kataler. Lebih-lebih lagi pemantau ujian lisan datang...memang dari hari isnin sibuk menyiapkan fail dan laporan. Hari ini saja aku buat kerja 2 in 1 (cemerlang sungguh hehehe) sambil kena pantau, sambil aku memantau sesi fotografi utk majalah. Alhamdulillah settle jugak keje aku. So malam ni barulah berkesempatan nak update satu entry tentang mini REUNION66 .

Redzuan (mat), zul jamari, kassim BFM, Ana Sidi, Masdira,
Halimah Bahari, Akuler dan Jalilah Jaafar (zah)

Rasanya sebulan lebih jugak merancang utk berjumpa kawan2 sekolah ni. Dengan perasaan sekejap rindu yang menggebu, sekejap lemau, surut dan suram pun ada hehehe bila tarikh terpaksa ditunda...akhirnya bertemu jugak kami pada 6 June 2013 (ahad) di Restaurant Pine38, Shah Alam. Reunion ni kecil-kecilan je...hanya ajak kawan2 yang sama batch je. Dari yang kecil-kecilan (mini) tu memang kecil jadinya hehehe bila daripada 15 orang yg bercadang nak datang, hanya 8 orang sahaja yang muncul. Okeylah daripada jadi 10 budak hitam lama2 tinggal sorang ahaksss. Tapi apakan daya masing-masing ada hal n urusan yang tak dapat dielakkan...maka yg datangpun terkilan and yang tak datang berganda2lah terkilannya sbb bestttt wooooo dapat jumpa kawan yang dh 30 tahun tak jumpa. Memang terujalah sebab kali ini jumpa semua dah lain-lain. Bahkan ada yang masih lupa-lupa ayam dan tak dapat mengingati yang mana satulah ek?. Sudah pasti banyaklah cerita diimbau n dibuka kembali..dah mengalahkan rancangan Galaxy. Dengan kiah propa, chomeynya kakton...semua masuklah dalam rancangan ini hehehe...Apapun biarlah rahsia...esklusif untuk  yang datang2 saja tahu ceritanya. Hehehe saja je nak buat provokasi. Jangan maraaaaaa.

Ini adalah antara gambar2 yang dapat dirakamkan pada hari pertemuan tersebut










Maapler ye...memandangkan matapun dah layu,  kepala pun dah jam nak tulis apa hehehe. Cukuplah sekadar aku mencatat pertemuan ini sebagai kenang2an ku...ntah bila dapat jumpa macam ni lagi tatau ler pun. Apa yg diharapkan persahabatan ini terus berpanjangan walaupun dari jarak jauh je. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment