Friday 8 April 2011

Aku n Siva.......berkursus!

Sekali sekala dapat g kursus ok jugak...bukan setakat dapat menambah apa yang kurang tp dapat jugak tukar2 angin. Asyik tsunami je  kat sekolah tukarlah angin plak huhu. Khamis 7 April 2011 aku g Bengkel Pemeriksaan Sejarah SPM bersama dengan Cikgu Siva. Tak jauh mana pun PPD Petaling Utama je. Aku bertolak dari sekolah naik kereta dia. Wow!..merasa gak naik keta baru Siva hehehhe. Masih ada bau2 kedai lagi :). Dalam keta, baru aku baca surat panggilan kursus..."laaaa Siva kena bawa laptop le plak. Aku tak bawa hari ni sbb nk kursus kan". Last2 aku suh Siva g balik umah aku jap amik laptop.  Alamak taklimat start kul 8.00 pagi...kita orang masih terhegeh2 kat tengah jalan. Hehehe dah ler pakat pegi pakai baju batik sama2..lambat ler pulak. Ada kami kesah. Janji kami glam!!!! Tapi laptop tu tak diguna pun kat sana. Hampeh!!! Buat orang kalut je balik ambil.


Orang berkursus. Kitaorang sibuk bergambo. Janji GLAM!
Baju sama plak tuh!!!
Wow..masuk2 jer bilik conferencenya - Bilik Wacana Minda -canggih!. Rasa macam bapak2 menteri berkonperen ler plak. Baru best n ada gaya. Skrin ada depan belakang. Kerusi buleh pusing2 dunia punya n kat meja tu ada beberapa mic untuk bertanya ke apa. Nyanyi jer tak buleh hik hik hik. So xyahlah nk pasing2 mic sana sini.
cantik and selesa
Bahan yang diterima dgn bayaran 40 hinggit untuk 2 guru
Penceramah hari tu Pengetua SMK Bandar Utama Damansara (3), Pn Azizah. Dah nak pencen tak lama lagi sbb tu dia nak memperturunkan ilmunya. Bukan menurun tau. Kira penyampaiannya ok bagi aku sbb aku taklah sampai tahap tunduk ke bumi (zzzzzz) mendengarnya. Sampai sudah aku ikut. Siva jer kalah hehehehe...aku tengok mula2 angguk2 lama2 dia diam hahahha. Kenapa? Tak percaya ke? ...tengok gambo kat bawah hehehe

time ni tengah ok n senyumler lagi
Siva tak dapat diselamatkan lagi huhu
Hari tu kami diajar tentang cara penandaan kertas sejarah SPM dan skop2 penting dalam peperiksaan mengikut pembahagian topik. So adalah bengkel penandaan dibuat...Setiap sekolah kena beri markah penandaan yang telah dibuat. Nasib kena turn SMKBUD(4)...markah kita orang beri sama dengan lembaga peperiksaan tetapkan. Bangga giler...biasalah cikgu2 SMKBUD4 kan...



Tapi yang buat aku tak boleh lupa, geli hati n pecah perut dibuatnya..Sivalah sengal. Masa time break kita orang duduk minum bersama2 dgn cikgu SMK Taman SEA. Berkenalan lah konon, tanya dari sekolah mana. Lepas tu time beratur untuk lunch Siva buat2 mesra tegurlah cikgu depan dia dari mana? Sekali cikgu tu jawab SMK Taman SEA. Lepas tu kita orang berdua pakat gelak tak henti2 sebab bertanya dgn cikgu yang sama tadi hahahaha! Teruklah kau Siva. Sampai la ni aku dok gelak ingatkan hal ni.

Lepas lunch, perut pun kenyang....matapun dh start melambai-lambai. So masing-masing mulalah buat aktiviti masing-masing untuk menghilangkan kemengantukan dan kebushanan sebab hati dah ingat nak balik :). Siva plak ingatkan parking keretanya kena berapalah nanti hehehhee.
aku dengan kamera akulah
Siva dengan hp nya...sms tak henti2
Gitulah kisah aku g kursus Sejarah dengan En Siva. Lain kali kalau ada...ajak aku lagi. Yeahhh!!!


No comments:

Post a Comment