Saturday 9 April 2011

Sakit Kepala

Saat2 paling aku tak suka...penin kepala
si kenit ni pun sakit kepala hehehe
(tambah penin aku dibuatnya)
Saat yang paling trauma bagi aku apa bila diserang sakit kepala dan PMS (sindrom sebelum haid)...alamak ngeri n tak sukanya. Masa itu aku rasa tak tentu hala, semuanya jadi tak senang. Duduk tak senang baring tak senang. Apa lagi nak pandang orang. Rasa dah jadi zombie, singa atau monster nak telan2 n makan2 semua orang. Selagi muntah hijau tak dikeluarkan selagi itulah ntah apa benda dok adalah kat kepala aku. Telanlah berapa biji ubat sekalipun 'dia' tetap menyengal kat kepala aku huhuhu.....Bersempena sakit kepala sedunia aku...akupun cubalah mengintai2 dalam website ni tentang sakit kepala yang aku alami. Rasanya dua nilah kut yang sering melanda:


ketegangan. 
•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. 
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah. 
•  Menyerang pada bila-bila masa. 

Sakit Kepala Migrain 
•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu  satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 
•  Sakitnya berdenyut denyut dan selalunya berlaku secara perlahan lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama. 
•  Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari. 
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala 
jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.


Punca-punca migrain:

1. Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.

2. Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.

3. Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.

4. Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.

5. Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.



6. Perubahan hormon (PMS = Sindrom sebelum haid)

Petua : Mengurangkan Sakit Kepala


Ini adalah petua tradisional mengurangkan sakit kepala yang aku jumpa. Manalah tahukan dengan cara macam ni dapat mengurangkan kesakitan dialami. Perubatan moden semua dah tahu..kalau tak panadol, ponstant yang dah tentu ada effect bagi jangka masa panjang jika terlalu kerap diambil...tp dh nak cepat telan jugak.


1.  Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi, basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. insya-Allah kita tidak di serang sakit kepala. Mencegah lebih baik dari mengubati.
2.  Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 
3.  Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja)lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.
4.  Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi 

5.  Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit 

6. Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari 

7.  Makanlah daun pokok Peria atau · Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbu
8.  Minum campuran 1 glass 100Plus + 1 atau 2 glass air

9.  Rendam kaki di dalam besen yang berisi air suam untuk menurunkan tekanan darah dari kepala yg berdenyut2

Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment