Saturday 24 December 2011

Sampai jua aku ke I-City

mmmm dah lama sangat2 aku teringin nak ke I-City Shah Alam. Selama ni doklah menengok gambar2 kengkawan dok posing kat tempat yg berlatarkan lampu2 yang cantik dan berwarna-warni. Hati manalah yang tak teruja nak pergi kan kan kan. Akhirnya hajat aku kesampaian...sebaik sahaja keje marking aku habis setelah 2 minggu terperap tak serupa orang, kononnya nak g menghilangkan stres lah hehehe. So aku pun mencadangkan anak buah aku ajak cik abe g sana. Budak2 tu sukalah...apa lagi mak budak terlebihlah sukanya. Tapi tak tahulah cik abe pegi sbb ajakan anak buahnya atau sbb nk meraikan kemerdekaan aku menanda. Lantaklah janji pegiiiiiiii....




Tapi memang cantik...tak sabau2 aku dari dalam keta dh snap beberapa gambo. Orang pun boleh tahan ramai. Walaupun tak luas n tak banyak aktiviti boleh dibuat tp oklah bawa family jalan2 bersama2. Bayar pun RM 10 hinggit jer utk sekali masuk parking. Tapi jiwa manusia ni tak sama ada yg suka ada yang tak suka tempat2 macam nie....kalau yg tak suka tu better pergi dgn kawan2 yg suka, barulah enjoy. Elok2 nak ilang stres jadi stres lak hehehehe.





adam takut kena elektrik katanya

adam dah masuk angin

Bila masing-masing dok teringat benda lain inilah jadinya...mulalah buat muka poyo. Adam dok mabuk teringat nak main PS2, yang lain ingat apa tak tahulah. Last-lastnya pegi makan. Sedap gak kuey teow kat situ. Lepas makan, budak dua orang nie mainlah jap 'kapal terbang lastik' dibeli kat situ.


Bila boss datang buat muka poyo sama...kamipun beredarlah balik.
 mmmm hilang ke stres aku hahahahha

No comments:

Post a Comment