Tuesday 27 December 2011

Ombak Rindu

lagu "ombak rindu" best...memang berombak

slot2 dalam ombak rindu

Hehehe... Orang dah masuk cite lain aku baru nak tulis entry pasal nie. Dah ini masa yg aku dapat mengadap huhu kat sini. Saja je nak bagi tau aku pun tengok cite Ombak Rindu ni tau. Ombak Rindu merupakan satu filem yang diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Menurut kengkawan baca novelnya lagi best daripada pegi menonton cite tersebut di pawagam. Ekkk....!!. So aku adalah antara orang yg turut teruja nak tengok cite ombak rindu. Apa taknya hari2 aku baca komen kat FB dok bercerita pasal Ombak Rindu. Siap ada yang pesan jangan lupa bawa tisuler, sapu tangan ler, tuala ler...hehehe sedih bebeno ke citernya. Apa lagi bila heronya Aaron Aziz plak. Memang x kelip mata menengoknya kehensemanya n lakonannya. Ahaks! Yang xhensem tapi berbakat pun i loike tau!

So aku dh pelan ajak kawan2 nak g, ajak cik abe pun dah tapi baru sebut "OM..." oh terus reject. Kuciwa hatiku. Cik Abe kata g lah tengok ngan sesapa. Sesape???.  Akhirnya  dapat gak aku pegi tengok. Lepas jer jaga paper akhir SPM (8 Disember 2011), hari tu pun kul 12.30 paper dah habis, aku terus chow tengok Ombak Rindu kat Sumway Pyramid.

mmmm bagi aku oklah cite percintaan kan kan kan...cuma aku tertunggu2 jugak sampai the end bilalah ayak mata aku nak jatuh2 nie hehehe. Risau gak sbb tisu sekeping pun tak ada. Jenuhler ngelap ngan tudung plak hehehehe. Namun Ombak Rindu terus berombak dengan pemujanya.

No comments:

Post a Comment