Saturday 2 February 2013

Makan-makan bersama adam

Menu malam:
Time-time berdua tinggal ngan adam ni aku terajinlah sikit nak masak memasak ahaksss. Siap tanya2 adam lagi nak makan apa malam ni? Bukan apa...dah berdua ni aku nak lah masak apa yang dia nak makan saja. Kang aku penat-penat masak ikut suka aku je, dia tamau makan plak..aku jugak yang meroyan. Kalu tidak aku main order je roti canai hehehe...Lagipun adam ni bab makan2 ni payah sikit lebih2 lagi makan nasi ermmmm jenuh berperang barulah nak makan. So kenalah masak ikut citarasa dia kalau nak dia makan nasi. Akupun tanyalah, "adam malam ni adam nak makan apa?". Terus je mulut dia menjawab "Nasi ayam". Terkedu mamanya kejap memikirkan ada tak bahan-bahannya. Maka menu kita orang malam tu ialah nasi ayam yang paling sempoi huhuhu. Tak de sambal tak de tomato tak de daun sup hehehe...sebab adam yang makan. Ada dia kesah benda2 tu xde hehehe, Janji rasa nasi ayam oklah



resipi nasi ayam aku sonang je. Macam ni bahan-bahannya hehehe:
ada ayam, beras utk masak nasi, timun, tomato, daun sup, cili merah, halia, bawang putih, majerin

1. mula-mula rebus air, masukkan halia n bawang putih...bila mendidih masukkkan ayam yang telah dipotong2 (ikutlah size nak di potong. Janganler terjun seekor plak..jenuh nak memotong nanti hehehe). Last sekali masukkan garam. Rasalah ok ke tak garamnnya. Air rebusan biarlah banyak sebab nak guna masak nasi nanti
2. Sementara tu basuhlah beras utk masak nasi. Panaskan periuk n masukkan majerin. Bila panas tumiskan bawang putih n halia di dalamnya. Kemudian masukkan beras n tuangkan air rebusan ayam dalam periuk yg sama jugak. So tutup periuk n biarkan sampai nasi masak.
3. Ayam yg direbus tadi angkat n gaulkan dengan kicap manis. Biarkan dalam 20 minit. Lepas itu digoreng macam biasa. Lebihan kicap ayam yg diperap tadi jangan buang...ambil n masukkan dalam mangkuk.
4. Lebihan air rebusan tadi jugak diambil masuk dalam mangkuk dan letakkan daun sup...settle.
5. Sementara itu timun, tomato dipotong...dan disusun kat tepi bekas utk meletak ayam goreng tadi.
6. Untuk sambalnya...blend je cili merah + tomato + halia + bawang putih + gula + cuka....dah halus angkat n panaskan supaya takler sakit perut kalau makan.
Jengggggg...dah siap. Bolehlah hidang atas meja ikut cara masing-masing ahaks.

Menu pagi:
Celik2 terus pikir nak bekfes apalah pulak. Ahaaa...intai2 dalam periuk ada lebihan nasi ayam malam tadi. Apa lagi buat nasi goreng ayamlah hehehe. Masa goreng tu aku masukkan sikit cili blend...mmm pedasler plak. Bubuh hujung sudu je pun pedas. Sure adam tanak makan. Buka peti ais ada karipap ready made yang belum dibuka. So itulah bekfes adam kalau dia tanak makan nasi goreng nanti.



Masa adam tengok hidangan di meja...dia bertanya aku, "nape mama masak sedap-sedap macam ni? Mama tanak kasi adam tido kat rumah aiman ye!!!?". Hehehe..ikutkan jumaat tu dia nak pergi rumah mak ngah nya tapi balik sekolah aku pujuk adam supaya tak pergi sebab sunyi plak dua hari dia tak ada. Kalau di rumah makngahnya dorang kata dia makan banyak. Aku selalu buat2 merajuk kata mama masak tak sedap bibik je yang sedap. Dia kata dia makan banyak sebab dia takutkan Pak Ngahnya hehehe. Tau takpe. Budak2 sekarang macam tulah....makan pun macam kena paksa

2 comments: