Saturday 2 February 2013

Kuih kesukaan anakku

Hie selamat pagi malaysia. Tengah rajinler ni nak berblog. Pagi2 dah mengadap kat sini ahaks. Bukan apa en hb tengah tak de ni...so masa yg ada ni takkan kupersiakan ahaks.  Macam biasa tengah mabuk ni nak cite pasal masakan tapi aku bukanlah terer memasakpun. Setakat masakan yang biasa kulihat emak memasak dulu2 jer. Itu jer pusing-pusing masak setiap minggu hehehe. Lebih-lebih lagi bab masak kuih lagilah hangusss...memang tak berbakat. Apa lagi buat kek atau biskut jauhlah sekali hehehe. So entri aku hari ini nak sambung kisah bubur kacang hari tu sebab aku dengan adam bekfes kuih rengas dan maggie goreng hari ini.

kudapan bersama adam pagi ini
maggie goreng...takyah ler cite lebih2 masaknya
Bangun2 je...adam terus ke meja. Hehehe macam nampak pizza je bila dia ternampak kuih rengas. Adam memang sukakan kuih ini. Sampai merajuk2lah kalau babahnya rembat kuih dia mengalahkan cite Batu Belah Batu Bertangkup je. Nasib baiklah buatnya senang. Kuih rengas ni orang sebut jugak kuih kasturi. Lekir, jebat, lekiu dan tuah aku pun tatau nape tak terpilih hehehe. Biasanya kalau buat bubur kacang aku mesti rebus kacang hijau lebih2 supaya aku boleh buat kuih rengas. Masuk dalam bekas kedap udara simpan dalam peti ais. Nak masak kuarkan je sebab dah ada. Kan senang???

kuih rengas@kasturi made my tangan ahaks
Cara nak buatnya kuih rengas:
1. Kacang hijau tu direbus sampai kembang atau lembut dan  pastikan airnya kering juga. Sebab tu masa rebus tu kalau boleh jangan terjun terus satu baldi hehehe nanti mengembangler sesangat. Senang masukkan sikit2..agak2 keras masukkan air lagi. Itu cara akulah...sbb aku memang xde sukat2 masaknya.
2. Bila air dah nak mengering n kacang kembang, masukkan gula pasir kacau sampai gulanya larut.
3. Pastu masukkan tepung dan gaulkan.Agaklah bila diuli tak berapa melekat sgt kat tangan.  Ada setengah orang suka masukkan kelapa parut sekali...tapi aku suka yang simple je...so kelapa tu x penting bagi aku hehehe.
4. Dah siap tu tunggulah sejuk kejap....lepas tu barulah ditempa buat bulat2 dan tekankan sikit kasi leper sikit. Kalau masih melekat..taburlah tepung kat tempat nak letak adunan yang dh dibentuk tadi.
5. Sementara tu .kena buatkan tepung celup untuk menggorengkan kuih ni. Ambil tepung bubuh dalam mangkuk pun ok..masukkan garam sikit, kunyit sikit n air. Kacau sebati dan jangan terlalu cair nanti time menggoreng kuih ni akan melekat kat kuali.
6. Nak goreng tu, kuih yg dibentuk tadi celupkan dalam adunan tepung tadi n bolehlah goreng.
Dah siap!!!!! Hari ni kuihnya tak berapa nak cantik sebab tepung celup aku buat cair sikit...time goreng keje melekat2 jer kat kuali tapi rasanya maintain sedap hahahaha.

U.P Norazalawati Atan: 
kakmeen tau ko suka kuih ni...kalau kat kantin berketul2 nora beli hehehe. apa lagi cubalah.

No comments:

Post a Comment