Friday 1 February 2013

Jumpa teman di pameran ArtGeng

Satu hari aku terbaca status info kawanku ini. Dia menulis kat facebook ada pameran 6x6 sedang berlangsung kat matic, Ampang. So akupun komenlah status info dia pameran apa n sampai bila. Bunyi 6x6 macam pameran kereta berkuasa besar je hehehe tp yg aku tahu 4 by 4 je. Datangler sengal otak aku pikir yg ntah apa2. Rupanya pameran catan bersaiz 6x6.




So hari ahad 27 Januari 2013...aku tinggal dengan en abe je. Adam dah pergi rumah kawannya. Tengah bekfes kat rumah aku mengetestlah en hb ajak dia pergi ke pameran 6x6 artgeng. Akupun cakap ada kawan masa UPSI buat pameran di situ sama. Sebut nama Abdul Raof Ali, dia kenallah sbb aku penah sebut2 jugak nama raof ni. Mmmm tak sia-sia membodek hehehe...akhirnya aku sampai jugak ke tempat yang aku nak pergi. Berjumpalah raof kat sana yang tengah melepak kat luar sambil buat sketching. Kira dah doblas tahun gak aku tak jumpa raof ...rupanya gitulah tak tambah2 lemak badannya pun hehehe.





Banyak juga lukisan n catan comel2 yg dipamerkan. Cute jugak buat kecik2 macam tu menggunakan pelbagai media dan bahan. Melihatkan ini semua aku pula yg jadi teruja sebab rasanya akulah orang yang dah tak berkarya n berseni lagi. Maklomlah lepas je grad...dah 10 tahun aku tak melibat2kan diri dengan kerja2 seni ni. Masa tahun 2012 barlah aku diberi tugas mengajar PSV tingkatan 5. Memang bukan setakat warna dalam tiub yang keras tapi dengan tangan2 akupun dah mengeras nak melukis n mewarna hehehehe.
Banyak juga idea n input yg aku nampak n dapat masa pameran tu...kononnya bolehlah aku buat aktiviti untuk Kelab PSV aku nanti. Lepas ni kawan aku kata mereka akan mengadakan pameran kat shah alam plak. Aku bercadang nak bawa ahli2 kelab aku buat lawatan bila kat sana nanti.







Anyway tahniah raof..aku bangga dengan minat dan kegigihan kau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti macam ni. Aku...hehehe baru nak menyala semangatnya n nak cuba mencurahkan idea n bakat ni kepada anak aku, Adam.

5 comments:

  1. Kak Meen, aku ingat kawan ko nih. Aku ingat...:) Berjaya juga jejak kasih.

    ReplyDelete
  2. Ko lah yang bercerita pasal dia...Ko kan cakap ko selalu menumpang dia masa kat UPSI. Aku ingat..aku ingat lagi cerita tu. Aku ingat lagi statement dia bagi pada ko...muawahahahahahahaa

    ReplyDelete
  3. hehehe...pulih jugak akhirnya ingatan ko ek. Betullah tu

    ReplyDelete
  4. sekarang tengah berlangsung pameran artgeng jugak kat Bastion Melaka kakak x pegi keew?.,ehehhee

    ReplyDelete