Friday 26 July 2013

Alhamdulillah LEGAAAA!!!!

Sebelum ini selepas mendapatkan rawatan di PPUM, doktor beri aku cuti seminggu. Seronoknya bila dengar cuti seminggu tapi apa makna cuti kalu dalam kepala aku dok merisau folio n produk seni SPM budak2 ni. Balik saja aku ke sekolah....dalam tempoh seminggu tu, memang aku tak senang duduk dibuatnya. Sabo jelah dalam2 bulan ramadhan ni. Bolehlah budak-budak ni buat dek n lagi kita kata masa dah makin singkat makin plak slow n hilang plak tak datang sekolah. Haru betoi. Aku plak dah tak nampak bayang kat staff room. Apa jadi meja akupun tatau  bila seharian duduk di bilik seni. Balik ke rumah...masa tu baru rasa letih yang amat sangat. Nasiblah masih larat nak memasak untuk berbuka puasa...keadaan rumah hehehe en somi pun dh bising dah rupa rumah bangla katanya. mmmm aku mampu diam jelah sebab aku dah tak mampu nak kelolakan semua. Beginilah hasilnya setelah jenuh dimarah dibebel...ermmm memanglah dorang ni memang suka dengar aku melalak tiap2 hari kut.





Akhirnya hari ini aku dah mampu tarik nafas lega. Alhamdulillah tugas aku dah selesai n markah pun not bad jugaklah yang diperoleh oleh budak2. Tapi yang tak penah dibuat pun ada, bila pada hari pentaksir datang pun masih ada budak yang tengah siapkan folio mereka. Dah hari tu baru nak munculnya...aku kerahkan buat jugak. Nasiblah pentaksir yang datang tu bertimbang rasa. Dapatlah jugak budak tu markah yang lebih baik. Namun apa yg ralat tahun ini, seramai 4 orang calon aku gagal menghantar kerja kursus mereka. Nak buat camana dah ditanya kerja kursus macam2 alasan n menipu lagi plak tu...akhir2 tak hantar, tak datang sekolah. Bila jumpa kita...buat muka tak bersalah n tak de perasaan apa2pun.




Beginilah payahnya nak menyuruh n menyedarkan budak2 ni akan tanggungjawab pd diri sendiri wp untuk masa depan mereka. Anyway TQVM pada En Abu Zarin (baru pindah ke sekolah aku)...kehadirannya dalam saat begini banyak membantu aku.

No comments:

Post a Comment