Saturday 27 July 2013

adam ready nak raya

lebih kurang 2 minggu lagi, Syawal akan menjelma. Radio dan TV dah mula kedengaran lagu raya berkumandang...seolah2 menggamit perasaan kita untuk balik beraya ke kampung.  Macamana kawan2 di sana...dah tentu sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya. Buat biskut raya dan shoppin baju raya. Aku...macam biasa biskut tunjuk2 jelah hehehe. Tahun ni tak banyak tunjuk pun sebab cadangnya nak try buat sendiri biskut yang mudah2 (hehehe tataulah masin ke tidak mulut aku ni). Lagipun rumah aku ni kureng org yang datang. Beli biskut untuk tekak sendiri je. Dari segi persiapan...tiap2 tahun tak pernah beriya pun. Nak cite, lepas berbuka hari jumaat tu, aku, en somi n adam pergi ke One Utama. Tengok decorate Hari Raya kat OU punyalah cantik serupa ente di negara arablah. Sempatlah aku dan adam bergaya di situ.




Motif asal ke OU nak bayar duit langganan wifi...dah sampai tu teruslah melencong masuk ke Parkson tengok2 baju. Sempatlah mengintai baju2 si adam mana yang berkenan. Sekali mood nk bershoppin jadi 'spoil' bila adam mula masuk angin. Dia merengek nakkan roti auntie anne, dah takleh dengar kata beli masa nak balik nanti. Dah tak dapat apa yg dia hendak mulalah dia buat perangai yg menghangin satu badan babahnya. Masing2 dah masuk angin telinga berasap...babahnya terus ajak balik rumah. Keesokkannya kami pergi ke OU lagi untuk beli baju adam. Hehehe kali ini siap pesan n pujuk adam, jangan buat perangai lagi nanti buat penat je bersiap dan ulang alik. Dah keluar awal, kami bertiga beranak pun berbuka sekali kat Penang Style, OU.



Alhamdulillah, bahagian Adam sudah pun selesai. Bahagian mama tataulah lagi ada ke tak. Semua baju ni kita orang yang pilih tapi mengikut taste dialah. Kali ini dia yang pilih nak pakai kasut kanvas. Agaknya dia ada nampak sorang budak pakai mcm tu hehehe. Okaylah ya adam...mamapun bukan selalu beli baju untuk adam pun. Beli sekali time raya je hehehe.



Sampai rumah mamanya yang sibuk untuk adam mengetest n menggayakan baju2 yang dibeli. Kalau tak OK masih boleh ditukar sebelum segala resitnya kena buang.





chewah..mengalahkan model ler plak..ahakssss.

No comments:

Post a Comment