Saturday 2 March 2013

Kerja oh kerja: Help me!!!

Minggu ni banyak sekali majlis kat sekolah. dan kerja sekolahpun banyak yang dah terlonggok. Dari  melatih budak2 utk pertandingan puisi dan lagu, pastu pergi kursus Kertas 3 SPM PSV dua hari. Hari Khamis pulak ada merentas desa, Jumaat ada majlis persaraan pengetua dan hari ini ada Majlis Tadarus Sekolah2 Peringkat Daerah olak. Ni baru nak terduduk sebab soalan penilaian belum set lagi ahaksss. Nasiblah balik dari sekolah tengok adam dah kemas rumah n kasut sekolahnya dah berbasuh. Mmmm so sweet....sayanglah anak mama ni. 

Persaraan pengetua

Nampaknya sekali lagi kami akan tertunggu2lah siapalah pengetua yang bakal datang ke SMKBUD(4) apabila Pn Normal bersara pada 1 mac 2013 yang lalu. Sejak pengetua pertama bersara, sekolah ni asyik bertukar ganti pengetua sahaja. Penat asyik buat majlis hehehe n dah 6 orang pengetua dalam tempoh 12 tahun ini  dah sah macam2 style dibawa. Naik ting tong jugaklah.  Majlis persaraan pengetua kali ini simple je. Tambahan pulak pengetua tamau dirai2kan sangat. Tugas aku macam selalulah create kad jemputan, buku program, banting n amik gambo. So aku pun tamau cite banyak-banyakpun. Kita layan gambo jerlah ekkkk. Hehehehe dah malas lah nie


majlis dalam taman
minta maap ler...patut gambo pengetualah yg duduk sini...biasa aaa
nak interframe jugak hehehe. Lagipun gambo yg ada pengetua tak berapa clear

pn. normal diiringi oleh en talib dan wakil dari PPD

Lambaian terakhir buat warga smkbud(4)

Majlis Tadarus Sekolah-Sekolah Petaling Utama (MTQSS)

Bercintanya nak pergi sekolah...lebih-lebih lagi hari Sabtu. Memandangkan aku kena shoot gambar utk majlis hari ini so kenalah akur perintah hehehe. Nasiblah program hari ini tak lama sangat tapi bila jam dah kul 12 tengah hari, aku pun tak mampu bertahan lagi...Tercabutlah awal sikit n tak dan pun nak intai apa menu jamuan lepas itu. Hujung tu penyampaian hadiah je utk pemenang2. Akupun dah amanahkan kepada sorang student aku untuk amikkan bahagian akhir tu sebab cikgunya nak mengundurkan diri hehehe.






yang menariknya bila 'anak mat salleh' sorang ni pakai baju melayu ....hensem n malu2 bila dia
menjadi perhatian cikgu2 n pelajar2 sekolah lain
Selesai sudah tugas aku untuk minggu ini....Minggu depan menanti lagi dengan mesyuarat PIBG. So weekend ni tak leh nak rilex2 lagi kerana perjuanganku masih belum tamat lagi, Sayangnya mood aku tak mari-mari ni. HELP MEEEEE!!!!!!!!!!!!!




No comments:

Post a Comment