Friday 8 March 2013

rambut sama hitam hati lain-lain

 "Rambut sama hitam hati lain-lain"...bagi yang peka mesti kata macam penah kudengar je kata-kata ni. Apa taknya.... sebab  dua minggu berturut-turut Penolong Kanan sekolah aku menyampaikan ucapannya yang berkaitan peribahasa tu di tapak perhimpunan. Memang bertepatan sekali perumpamaan tu dengan apa yang aku alami dengan dua peristiwa berkaitan kucing aku fifi dan bella.

Gambar kenang-kenangan fifi dan bella
Pertama, semasa kucing aku yang bernama fifi tetiba saja hilang. Dekat 4 hari jugaklah fifi tak balik ke rumah. Sampaikan pakcik indian yang selalu lepak kat pool depan umahpun hari-hari gak bertanya " Kucing pergi mana?", "Kucing sudah balik ka?". Akupun menunggu-nunggu jugaklah kut-kut fifi akan balik.  Fifi ni memang kaki mengekor kita orang. Kadang2 aku g turun ke bawah...dia memang berani ikut sampai masuk lif sekali. Aku pun tak berkesah sangat sebab tak terpikirlah dia akan ikut orang lain. Kali ini lama tak balik.

muka fifi yang comot hehehe sian dia

sama tak muka saya 
Satu malam en abe tanya hp ada kredit tak. Dia kata nak call ada satu nombor  yang ada gambar kucing. Rupanya macam fifi. Akupun tengoklah flyiers tu...haah memang rupa fifi sebab kat area hidungnya berwarna hitam cuma tak berapa pasti sebab print hitam putih. Mula2 sms n call tak berjawab....lepas tu barulah en hb dapat bercakap2 dengan orang tu pasal kucing yang diiklannya tu. Orang tu pun banyak jugak soal jawabnya maybe dia takut ada orang yang datang mengaku kucingnya. Aku pulak mula terpk orang ni mesti nak duit punya hehehe macam tebusan ler plak. Dalam kul 8 lebih gitu, seorang perempuan cina datang. Vicki namanya. Duduk kat blok B. Kami berbuallah pasal kucing. Dia kata dia jumpa kucing ni kat parking kereta...so dia ambil bawa balik. Memang dia jaga dgn betul sampai bawa fifi ke pejabat n bawa ke rumah kakaknya time dia g keje. En. abe pun tunjukllah gambar fifi  pada vickie. "Betullah ini budak"...tergelak besar aku dengar vickie cakap mcm tu. Tapi memang baik dia ni. Jarang nk jumpa orang macam ni sampai sanggup iklankan fifi ni kerana berfikir mesti tuan kucing ni rindukan kucingnya n tercari2. 


keadaan bella ketika ditemui
Lain plak kes kedua ni....si bella pulak yang tak balik2. Ralat jugak sebab bella ni memang jarang pergi jauh-jauh. Apa lagi nak merayau sampai ke lif. Paling jauhpun dekat pokok2 bunga depan pool tu jer. Itu pun depan umah aku jer. Main2 kejap...kang dia berlarilah masuk umah. Dua hari jugalah bella tak balik2. Pasti ada yang mengangkutnya ni. Sekali tengah aku duduk rilex2 mentenet...adam balik tercungap2 beritahu "mama, adam jumpa kucing macam bella tapi dah mati kat blok B". Aku pun terus ke sana tengok betul ke bella. Sekali menitik air mata aku bila tengok memang bella yang tergolek keras,  darah kat mulutnya masih basah dan bontotnya terkeluar najis sekali, Tengok keadaannya aku rasa bella mesti kena campak ke bawah atau maybe dia terjatuh kerana ketakutan nak balik ke rumah. Kesian bella...dia kucing yang cute, pendiam n tak banyak ragam. Panas hati aku...sapalah yang gatal tangan pegi angkut kucing balik. Pastu tanak jaga keselamatannya. Mustahil bella boleh naik lif ke atas. 

Inilah dikatakan manusia ' rambut sama hitam hati lain-lain'.

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete