Saturday 23 March 2013

Malang tak berbau

Adushhhh...tak tahu aku camana air panas yang berada di tangan aku tiba-tiba terlepas n tumpah ke kakiku. Apa lagi aku terus melompat n menjerit sekuat hatil mengalahkan tarzan. Mahu tak aku melolong kesakitan, air tu dahlah baru masak, banyak pulak tu...nak dekat 1 jug plastik air tu. Habis separuh betis aku tersimbah. Nasib tak sampai tahap melecur.



Masa tu aku baru start nak memasak. Lepas siap potong daging, aku pegi kelebet sinki yang dok keje tersumbat jer. Aku bubuh garam kat saluran sinki and tuangkan air panas kat situ. Okeylah sikit airnya dah boleh jalan sikit. Pastu konon nak lebih laju lagi hehehe..akupun ambil air panas lagi. Masa nilah ntah cmana air panas di tangan aku terlepas dari tangan. Adushhh sakitnya Tuhan je yang tahu. Tengah sakit gitu, kepala otak terus jam..tatau nak buat apa. Aku masuk bilik, letakkan kaki aku depan kipas. Sakit masa ni lagi kuat dibandingkan masa mula2 terkena tu. Mengeletek jugak aku menahannya. Call sana sini nak tanya nak buat apa semua tak angkat..mayb masa tu masing2 tengah sibuk di dapurlah tu. Nasib kawan aku sorang tu call balik...dia cadangkan aku basuh ngan air n letakkan putih telur. Akupun trylah petua yang diberinya.


Tengah sakit-sakit tu aku bangun jugaklah memasak. Lagipun daging dah berpotong. Kononnya start cuti sekolah ni aku nak masak2 lainlah sikit hehehe...siap google tengok resepi apa yang best. Dah siap salin resepi ikan kukus ala thai....sekali kakiku yang terkukus dulu....alamat makan lauk buta jerlah tengah hari tu. Time sakit nilah..akupun buat2 mengada ngan si adam hehehe...siap adam suapkan aku makan tengah hari tu..padahal yang sakitnya kaki aku jer hehehe. Adam plak seronok plak menyuap aku siap nak tambah2 plak hehehe.

kari daging yang hilang serinya akibat hilang fokus nak memasak
Laju je adam menyuap...tak sempat2 aku nak mengunyah plak
Bila dah terkena macam ni, akupun barulah teringat nak google petua-petua apabila terkena air panas. Aku jumpalah beberapa cara yang mudah. Maklumlah malang tak berbau kan...time-time emergency macam ni bolehlah digunakan pakai cara-cara tersebut sementara mendapatkan rawatan yang seterusnya.
Antara petua
Pilihan 1:  Sapukan ubat gigi, kicap atau majerin ke tempat yang sakit atau melecur
Pilihan 2:  Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya
Pilihan 3:  Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri
Pilihan 4:  Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat
(jika kaki tu sampai melecur dinasihatkan jangan basuh bahagian tersebut dengan air..biarkan sejam selepas itu. Cuma lap kan bahagian tu dengan kapas saja n sapu ubat2 yg sesuai)

No comments:

Post a Comment