Sunday 15 July 2012

Sedapnya d'Cengkih

Hari ini kat sekolah ada sukan tahunan. Lepas balik ni sure tak makan kat rumahnya sebab habis pun dah pukul 12 lebih. Tapi aku ada bawa balik satu plastik nasi lemak. Memang banyaklah...cadangnya itulah habuan aku tengahari ni kat rumah hehehehe. Dari sekolah aku tengok en.hb aku menghala ke TTDI...tertanya gak nak pi makan mana ni sebab jarang makan area2 sana. Sekali lokasi jalan2 cari makan kita orang hari ni di restoran d' Cengkih....mmmm memang aku tak penah makan kat sinipun.




Masuk jer memang terujalah jugak tengok suasana tempat makannya sempoi n santai.  Makanannya pun pelbagai n macam2 pilihan. Lauk pauknya macam-macam ada. Bubur, kuih-muih, pulut n kuah durian pun ada....memang rambang mata aku dibuatnya. Rasa nak makan semuanya hehehehe. Aku ambil bubur pengat pisang bersagu dengan kuih jer makan ngan adam. Pandang orang sebelah ternampak pulak ada pecal...alamak ni mengidam nak datang lagi hehehe sbb nak makan lagi rasa perutku dah takleh isi. Orang yang datang pun tak putus-putus...kebanyakkan bawa family n parent masing2. Makan pun rilex sambil dengar alunan lagu2 yang disampaikan secara live bagi sapa2 yg nak menyanyilah kut. Ni kalau bulan puasa mesti meriah makan kat sini ahaksss! 
Nasi lemak yang aku bawa tadi akhirnya aku sedekahkan pada sekuriti2 kat rumah .

No comments:

Post a Comment