Sunday 15 July 2012

Mini Reunion: Teman tapi Mesra

Mini reunion ni dah lepaspun tapi saja nak story buat kenangan bersama teman2 tapi mesra aku. Macam biasa kita orang dh pakat  kat FB nak kuar makan2. So tarikh dipilih jumaat 6 Julai 2012 tak silap akulah. Almaklomlah minggu2 yg menyibukkan aku asyik tak betul kira tarikh jer.


Hari tu cik wan yang amik aku ngan anje kat sekolah. Ravi lambat so dia ikut azah. Perjumpaan kita orang kali ini di Seoul Garden, kat 1 Utama. Inilah kengkawan yang datang pada hari tu...walaupun tak ramai tapi mcm biasa kat mana-mana buat macam rumah sendiri hehehe

aku anje siva azah adilah cikwan n ravi

Apa makan best kat Seoul Garden??? Tempat ni macam makan steamboatlah jugak...rebus2 dalam sup atau kuah tom yam. Pas tu kalau nak bakar pun boleh jugak. Lain-lain pun ada jugak disediakan mi goreng, nasi goreng, ABC ada, ais cream, kuih muih...rasa nak makan apa boleh g amik. Makan selagi larat sebab masa kedai operasi sampai kul 4 ptg. Dewasa makan plus minum dalam rm 40 sorang n budak rm 16. orang yang datang pun ramai jugak. Penuh jer aku tengok. Aku ni makan tempat2 macam ni tak berapa pandai sangat so aku serahkan segalanya pada si anje untuk buat2 untuk aku hehehe. Tataulah sapa yang anje di sini. Anje bukan kesah pun janji aku snap muka dia :). Bakar pun anje bakarkan...aku ngapppp je dalam mulut. Untung badan.



sambil makan-makan tu biasa aaaaa sesi bergosip n meluahkan perasaan pun berselang seli. Tajuknya mesti tak lari pasal hal2 sekolah. Apapun best sebab hubungan kawan2 tu penting walaupun terpisah-pisah kita sentiasa bersama.


lain kali kita buat tempat lain plak ek huhuhu

No comments:

Post a Comment