Wednesday 18 July 2012

Meroyan balik!!!

Dalam keadaan yang mengalutkan begini, aku mulalah sesak nafas n rasa tak nak keje pun ada mengingatkan keje yang tataulah bilalah  akan selesai. Satu-satu kerja menanti. Baru je lepas sediakan file pentaksiran untuk ULBS BM, lawatan pengarah JPNS n pemantauan nazir. Ni nak mengadapkan kerja PSV SPM budak plak...naik mual aku dah mengingat dan mengejarkan kerja kursus dorang yang tak siap2. Belum lagi produknya. Kenapalah korang nie dah tingkatan lima tak leh pk dengan kekangan masa yang cikgu ada. Tak terdaya aku nak kejar n duduk depan korang....barulah nak bergerak umpama pahat dengan penukul je. Kang ku tukul betul2 baru tau hehehe. Mmmmm sabar jelah. Nasiblah cikgu  ni marah-marah sayang. ahakssss!!!

proses melakar reka corak kat kasut:
balik-balik muka nilah yg beriya2 nak buat...yg lain tataulah nk kata
proses mewarna kasut kanvas
Apa taknya yang tunjuk kerja  kat aku muka budak yang sama je...yang lain buat poyo jer. Masuk bilik seni je macam pergi "Coffee Bean"...melepak n boleh menyembang dalam 2 masa tu. Berbulu gak mata menengoknya. Tanya je mana kerja, masing2...alasan dah buat tp tinggal kat rumah. Kalau betul xpe ni ada yang hampehhhh. Bila aku dah sampai tahap godzila...minta tunjuk ada banyak yang tak siap n tak betul pulak tu. Tak sakit jiwa aku dibuatnya. Dahler aku baru tahun ni meng'handle'kan PSV SPM tingkatan 5...memang betul2 kalutlah n terkial2. Nak bagi markah pun kena take time n belajar2 dari cikgu berpengalaman. File pentaksiran belum buat apa2 lagi. 


antara kasut yang dah siap...lelong! lelong!
Arrrrrghhhhhhh please lah anak2ku 5 Jasmin n Seroja....janganlah buat saya tua sebelum waktunya kalau dok merisau n meroyan memikirkan awak semua :( . 
Setelah dikuarantin alhamdulillah...tinggallah beberapa kerat yang masih belum siap n hantar lagi. Terima kasih kerana awak semua terpaksa n sudi menadah telinga mendengar cikgu meroyan 2-3 minggu nie. Nak watcmana itu cara yang awak nak kan kan kan hehehe namun ada gak yang masih kebal n tegar. Telinga dah berkarat kut.










setakat inilah yang mampu dikejar, dibuat, ditegur n dinasihati.

No comments:

Post a Comment