Saturday 18 February 2012

Kukehilangan GEBUSH

17 FEB.2012 (Jumaat):
Mmmm sedey hati aku bila semalaman gebush tak balik rumah n tiba2 aku dapat tahu dia ditemui mati di luar tembok apartment aku. Tak pernah aku sesedey ini....memang malam tu air mata aku mcm tak putus2 plak ingatkan gebush dah tak ada. Bila kengkawan cakap, kucing kalau sakit n nak mati, dia akan mati jauh daripada tuannya....barulah aku redha dgn pemergian kucingku itu.

muka gebush sweet n comel sangat. Badannya gebu, bulunya lebat n ekornya kembang

gebush selalu bersantai di atas tembok ni tunggu n melihat orang lalu lalang

di mana orang baring di situlah gebush landing sama

Subuh Jumaat sebelum g sekolah aku panggil2 juga nama gebush.. Selalu bila namanya dipanggil sudah pasti gebush akan terus berlari masuk rumah kalau dia ada kat luar. Kali ini tak ada plak. Aku baru perasan gebush tak ada bila en.hb aku kata dia tak ada dari semalam. Malam sebelumnya ada lagi time hujan lebat, babahnya halau gebush masuk bilik...dia tido bersama-sama aku n adam sampai pagi.  Tapi pagi tadi memang dia tidak mengeow-ngeow. Kalu tak setiap kali nampak kitaorang dia mesti minta makanan, tak kiralah dia baru makan ke tidak mesti dia minta makan lagi. Aku tak ler pk jauh2 sebab ingat dia merayau2 kat luar ke. Selama ini pun memang gebush macam tu n aku pun tak berapa bimbang sebab semua orang tahu gebush tu kucing  kita orang.

Gambar terakhir aku ambil bersama gebush...masa ni dia diam je bila aku snap
adam bersama gebush

aku gebush n adam...masa raya tahun lepas
Balik dari sekolah tadipun keluar je lif aku terus panggil2 nama gebush lagi kut2 dia dah balik ke. Sekali ada akak cleaner tu dengar n beritahu yang diaorang ada nampak kucing mati macam gebush kat luar tembok apartment. Terkejut n mcm tak xnk percaya tapi akak kenal sangat Gebush sbb dia pernah  tolong kasikan gebush makan time kita orang balik kampung. Akak tu kata nak beritahu pagi tadi tapi tak nampak sesiapa kat rumah. Bila aku berkejar ke sana...memang sah itu gebush. Sedey aku tengok dia dah keras kaku di tutupi dengan daun2 yang berguguran. Tak ada kesan apa2 pada badan dia. Bersih n macam tido jer.  Memang dia nak tinggalkan kami. Padahal Gebush tak pernah pun turun sampai ke bawah.
Keadaan gebush ketika jasadnya ditemui. Begitu menyedihkan sekali

Macamanalah aku tak sedey...sebab gebush memang kucing yg manja. Nak jaga dia pun tak susah sangat.  Setiap kali aku balik....dari jauh dia nampak atau terdengar suara aku, dia mesti kuar dari bawah pokok bunga n datang dengan lenggang lenggok sambut aku hehehe. Pastu berlari2lah dia balik beriring dengan aku. Kalau aku berada depan rumah...aku tepuk2 tembok umah dia akan melompat n minta aku urut2 dia.  Lagi satu time aku solat....memang tak der tempat lain gebush akan duduk. Aku start takbir jer dia terus duduk kat depan sejadah tepat2 tempat aku nk sujud. Tempat tido dia kat katil akulah dengan pelbagai gaya ikut suka dia nak tido. Lucu n comel sangat. Itulah gebush...sapa yang tak suka tengok badannya yg gebu. Orang yang lalu lalang depan umah aku mesti berhenti utk bermain dengan gebush. Dia pun memang saja tunggu peluang orang usap2kan dia hehehhe






gebush tido dalam pelbagai gaya yg seksi dan seksa hehehe

Terasa sunyi sebab tak melihat keletah gebush melompat n berkejo ke sana sini. Kadang2 saja je gebush membuat aku menjerit bila dia suka2 mencakar sofa n katil aku....bila di marah dia lari...pastu pandang2 aku dia cakar lagi. Sabor jerlah. Sekarang gebush dah tak ada...yang tinggal hanya kenangan bersama gebush. Terima kasih padamu Tuhan kerana menghadirkan gebush mengisi masa masa-masa sunyi aku.


we will miss u GEBUSH



No comments:

Post a Comment