Monday 6 February 2012

Menjejak Cikgu Koya

Sempena cuti Hari Maulidul Rasul 5hb Feb...abang aku (Uda) ada ajak makan2 @ BBQ kat rumahnya.... sebab bekas2 pelajarnya masa mengajar kat Kuala Kubu Bharu (KKB) datang menjejak kasih dengan cikgunya (cikgu koya). Gud idea...aku beriya balik bukan sebab kenal bekas2 student abang aku tu kecualilah student2 yang pernah ikut cikgu koya  balik kampung terutama budak dari yayasan Sarawak (abg Suut, Jau, Janny, Hambali, Salleh n yg perempuannya kak Rosla, kak norashikin n kak jamiah) tapi dorang tak adapun.  Lebih menyemarakkkan hati aku  bila kakak aku yg kat semenyih dan abang kat shah alam pun balik sama n mak pun ada untuk memeriahkan suasana kat sana. Seronoknya dapat berkumpul sekali sekala. lagipun aku bukan selalu balik kampungpun...so kesempatan macam ni memang aku tunggu n cari-cari. Kalau tak encik hb aku dah tentu buat plannya sendiri dulu.

tuan tanah.....CIKGU KOYA
Wah! bertuah cikgu koya kan sebab selalu orang sekarang kalut buat reunion @ perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah lama, kawan2 sama belajar tapi yang ini xstudentsnya yang berusaha menjejak kasih mencari bekas gurunya sendiri. Seramai lebih kurang 15 orang xstudent n rakan sekerjanya telah datang ke rumahnya n menginap di homestay berdekatan. Tentu cikgu koya ni 'special' di hati pelajar2nya.
waaaa...ikan bakar sempoi.

Biasa aaaa ramai yang berlakon jer lebih.

Tengokler Pak Yaya tu maintain lawa nak mengipas ikan panggang. Peluk setitik pun tak jatuh hehehe. Dahler pegang kipas macam kipas badan bukan kipas ikan hehehhee.


Kaum ibu plak sibuk di dapur buat air asam. Aku biasa aaaaaa....bahagian doukumentasi jer sana sini heheheheh.Bukan banyak kerjapun...aku sampaipun dalam kul 5.30 pm...dorang tengah basuh-basuh bahan yang di bakar jer.

Orang paling sibuk malam tu (uda n abang) sebab itu rakan n student dorang yang datang. Kenalah bekerja keras sikit. Kerja jadi lebih lagi bila ada yang ambil gambar. Orang ingat angkat periuk sekali tupperware kuih je di sebalik periuk je hehehe. Apa2pun lakonan kena mantap.

sempatler aku berposing dengan gaya tak tentu arah masing-masing hehehhe

Cikgu Koya bersama member kamcengnya (cikgu mokhtar)

Cikgu Koya melayan bekas2 pelajarnya.

inilah x student cikgu koya n rakan2 sekolah abangku (SY) yang datang malam tu
Abang aku pun dah pencen sekarang...n bekas student2nya tu tahun dalam tahun 1976 kut...sebab tu bila berkumpul sekali nampak macam sebaya dengan cikgunya hehehe. Lebih-lebih lagi keakraban antara cikgu n pelajarnya nampak mesra sekali. Mesti banyak kenangan pahit manis yang tersimpan semasa cikgu koya menjadi guru dan warden kat sana kan kan kan!!!!!

Mmmmm best bila anak murid berusaha mencari  cikgunya sendiri.
Macamanlah anak2 murid aku bila aku dah pencen nanti??????
kena menuntut rahsia CIKGU KOYA ni huhuhu



2 comments:

  1. terima kaseh diatas blog ni...bagus jugak..setidak2 nya ada info untuk anak2 murid cikgu koya ni..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana beri sokongan

    ReplyDelete