Tuesday 2 August 2011

Sistem analisa peperiksaan



Huh...dah berapa hari n malam aku try masuk untuk key-in markah dalam Sistem Analisa Peperiksaan ini asyiklah diselenggara. Dari minggu2 lepas lagi.  Nasib subuh yang hening ni ahaks!...dapat gak aku masukkan satu kelas setengah. Makan tahun dibuatnya. Baru 1 kelas berjaya, aku ada 4 kelas lagi. Maklomlah semua cikgu seMalaysia pakat mengisi markah secara berjemaah mahu tak sesak, senak n sengal server dibuatnya. Nasiblah kawan ku yg baik budi sanggup tolon kemaskini pelajar dalam kelas aku...kalau tak ada yg keje dok tanya 'kakmin dah kemaskini kelas? Kami nak isi markah". Nak buat camana dah setiap kali buka sedang diselenggara jer.
Pentadbir2 harap bersabar ek...janganlah buat statement macam kitaorang ni tak nak isi markah plak. Hanginlah juga mendengarnya. Kenalah paham situasi yang kami hadapi...lagipun sistem ni baru 1st time digunakan n dalam proses percubaan. Mestilah macam2 masalah ada. 
Walau apapun...
kami guru Malaysia, sedia berkhidmat n menjalankan tugas. Ahaks. Poyo jerk!

No comments:

Post a Comment