Tuesday 2 August 2011

PICC Putra Jaya

Lamanya aku tak bercerita-ceriti huhu...sbb tak banyak aktiviti n perkara nk aku sampaikan. Lagipun keadaan aku tak mengizinkan dengan bz dengan mood kejap pasang kejap surut. Kadang-kadang hanyut pun ye hehehe. K lah 29 Julai 2011 lepas aku menghadiri Program Pementoran Warga Pendidik bersama-sama Timbalan PM YAB Tan Sri Muhyideen Yassin di PICC Putra Jaya. Aku g pun sebab menggantikan tempat orang. Kebetulan teman GBS aku pergi, so aku merelakan diri untuk pergi sama dengan hasrat nak berfoya-foya dan 'melarikan' diri daripada jadual hari Jumaat aku yg padat, sarat n sendat. Hehehe buka selalu nk mengelat lg pun kalau tak ada yg merelakan diri mengganti siapa nak ganti kawan2 kan kan kan.

inilah kawan GBS yg aku itut. Pakat kebaya kaler sama tu
Hah! itupun PICC yang dicari-cari huhu
Sebenarnya nak ke sana, PPD Petaling Utama ada menyediakan bas untuk cikgu2 tapi memandangkan 'kawan'ku tu ada plan n ke SOGO lepas tu maka kitaorang pergi naik kereta. Lagipun kalau ikutkan nak ngelat naik kenderaan sendiri ler senang nak cabut hehehe. Aku dengan 'confident' ingat kawan aku tu tahulah camana nk menuju ke PICC. Aku jangan ditanya memang buta jalan punya hehehe. Bantainya kitaorang sesat larat ntah mana hala hehehe...sampai terpaksa dapatkan bantuan talian hayat n tawaf 2x Putra Jaya barulah kami sampai. Alhamdulillah.

Alaaaa...lambat2 sampaipun, majlis belum mula pun. Masih sempatlah 'kita minum dulu" huhuhu. Nasib baik tak borink kat sana.  Penceramah yang pertama tu best...memang bestlah...tak bosan mendengarnya tu yg rasa kejap banget. Time org sibuk break nak minum...kami sibuk berposing2 kat depan hehehe. Yang penting ada bukti kami sampai tak melencong punya. Kat sana aku jumpalah X pengetua sekolah aku dulu. Hehehe lemaunya sama jer mcm dulu. Kawan aku lagi 2 orang (depa naik keta lain) plak bertembung dengan 'boss' hehehe malang ler korang.

hehehe tak tipu...kat PICC nie
bersama 2 kawan yg lain pegi sama
Dah selesai bergambo kami kalut ke toilet hehehe. Masa tu masing2 plan nk 'chow' jer tapi pk2 bukan selalu nak jumpa TPM. Maka kami pun insap ler kejap nk cabut lari n barulah teringat tadi break ada satay. Tapi sayang sampai sana satay tinggal lidi jer hehehe. Lepas bersoal jawab dgn TPM, dalam kul 1 cam tu majlis habis, kawan aku buru-buru nak bergambo dgn TPM. Aku terpaksa ler melayan kehendak kawan2 ni mengalahkan  paparazi berkejar2 nk amik gambo. Nasib tak berlanggar meja kt depa sbb mata dok ke lain. Dapat tu dapatlah cuma sipi2 tang bajunya hehehe.



Lepas tu kami tarak buang masa...terus turun kat parking keta...tukau baju dalam keta je n meluncur menghala ke SOGO, KL. Kengkawan kat sekolah dh pakat jumpa di sana bersama anak-anak kami sebab ada SALE. Gila kan...diaorang le hehehe aku tak, aku keje mengekor jerk huhu.


No comments:

Post a Comment