Friday, 25 December 2015

REUNION KE-4 GroupSMAB66

Hahaha buka-buka post ni...last entri aku tentang reunion ke-2. Itupun ceritanya tak habis n tak dan publish pun hehehehe Sekarang dah reunion ke-4. Jadi aku nak share sikit kenangan aku bersama kawan-kawan semasa perjumpaan kawan2 persekolahan pada 12 Disember 2015 yang lalu. Tahun ini kami adakan di Hotel Ritz Garden, Sri Manjung. Kira uplah sikit tempatnya. Jumlah rakan-rakan yang datang pun alhamdulillah semakin ramai.  Malah yang dari bermastautin di China pun sanggup balik untuk perjumpaan kali ini. Walapun yang beri nama nak datang tu mencecah 70 orang namun biasalah kekangan masing2 tinggallah 40+ yang datang. Hari tu aku datang dengan BFF aku, Mas n Lin. Kami menginap di hotel sana satu malam sahaja. Zila pula datang kemudian tumpang bersiap-siap n tukang mekapkan kami. Hahahaha itu yang ditunggu2 kena mekap...bab perasaan cantik ni memang kitorang suka. Anyway TQVM Zila



Sekali sekala bersama rakan-rakan mulalah lupa diri ni dh nak cecah 5 series. Jiwa n perasaan zaman sekolah masih ada dalam diri lagi. Maklomlah lepas sekolah tak merasa nak berjimba2 dengan kengkawan sekolah macam ni. Aku bersuka n berjimbapun dengan BFF aku ni je...bersyukur dapat jumpa kalian semula.


Dah lain cite ni. Bukan cite renuion sekolah tapi cite kitaorang pulak hehehe. Berbalik reunion kita orang, oklah tempatnya. Selesa n program simple je tapi yang sadisnya sebab terpaksa melintas laluan ruang dapur yang licin licau untuk ke dewan tersebut. Macam main ice-skating licinnya. Silap-silap dah vogue2 gitu. Terlentang ler pulak. Jadi aku share je lah gambar2 kenangan kami semasa di malam itu. Nak mengarut kat sini pun dah tak ada idea.









1 comment:

  1. Execellent article
    Lovely
    So much useful and reliable
    See this-http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/01/august-2017-islamic-calendar-templates/ and
    http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/01/september-2017-printable-calendars-blank-templates/
    You may need this
    Thank You!

    ReplyDelete