Sunday 27 February 2011

KL Bird Park

Masa cuti CNY aku dan adam beraya di rumah jer. Naik boring n sengal otak melepak kat rumah jer huhuhu. Lastly lepas tahun Baru Cina tu aku ajak hb g jalan-jalan lah. Nak ke mana? Ajak Taman ICT tu nak, tengok belon panas kat PutraJaya pun tak nak hehehe last2 aku ajak g KL Bird Park. Kebetulan budak2 Kelab Fotografi plan nk buat aktiviti melawat ke sana nanti. So aku ambil langkah pergi dulu buat edisi siasatan sama ada lokasi tu sesuai dan berbaloi dia orang nk melawat n shoot gambar. Tambahan pula aku pun tak penah seumur hidup jejak kaki di sana hehehehehe. 

Sampai2 sana tersesat lorong jugak kita orang sebab banyak sangat park kat sana. Nasib parking pun tak susah nk cari. Aku, adam n baba pergi lepas soruuu...dalam kul 2 gitu lah. Sampai sana beli tiket..mahal jugaklah dewasa 20 hinggit dan budak 10 hinggit. Masuk2 jer pintu pertama hehehe mamanya lebih suka dpd adam sebab masuk2 tengok ada burung yg terlepas gitu saja. siap kejar2 lah tp kena control ayu gak sbb ada pelancong lain sama. Kalau tak ada burung yang tak cukup kepak terbang lari :). Baba plak sibuk mengambil gambar burung. Akupun amik jugak guna camera hp...nanti rasa jer burung ni melepaskan sesuatu yg tak diingini hehehe.




Inilah burung-burung yang terbiar berterbangan ikut suka mereka nk buat apa 

Bila dah masuk dalam lagi..mmm boleh tahan gak Bird Park ni. Banyak gak burung2 dan landskapnya pun cantik. Cuma masa tu matahari dah tinggi kira berpeluh lah jugak menapak jauh...penat tu tak rasa sangat hehehe. Babanya biasalah jalan 2-3 langkah dh lencun baju...kerja mengelap peluh jer heheehe. Aku wat poyo jer janji adam suka n enjoyed.

sempatlah ambil merak tengah mengigal ekornya


anak-anak ayam yang selepas menetas
Kat sini boleh ambil gambar bersama burung2 tapi bayar lerr!!!

Melepaskan lelah lepas panjat tangga.
maka terisiler sehari masa dengan melihat2 keindahan Bird Park sambil menghidu 'aroma' di sana hehehe. Macam2 bau ado!!!!!!. so mana kawan2 yg tak pergi lagi leh ler bawa anak2 ke sana. Makanan elok bw sendiri sebab mak eh...mahalnya berganda minuman n makanan di sana.

No comments:

Post a Comment