hehehehe..lain macam jer title aku. Jangan saspen huhu. Saja nak cite Hari Temu Mesra kat sekolah aku tadi (Jumaat/1Julai 2011). Time ni lah nak jumpa dengan parents anak-anak kelas aku. Memang pertemuan yang tak mesra...parents yang datang kat kelas 4R aku adalah beberapa kerat. Usahkan parent, yang anak-anaknya pun separuh lesap hehehe. Tinggal ini jer spesis yang datang huhuhu. Yang ni datang jer tapi ibu bapanya belum tentu datang...maklomlah sibuk keje.
Sian juga ada ibu bapa datang nak tengok anak-anak ke sekolah tu belajar ke buat masalah. Sekurang-kurang semua lulus. Aku nak cite banyak2 pun tak sampai hati menengokkan kepoyoan muka masing2 bila dipersoal oleh ibu bapa di depan kita. Walaupun cikgu berjiwa batu hehehe tapi ada lembutnya auwww! Lagipun dah tingkatan 4 kan kan kan...dah besar panjang kena marah depan cikgu n kawan-kawan maluler plak. Apapun cikgu tetap beritahu apa yang tak patut 'anak-anakku' buat kat sekolah. Tapi sebagai guru aku gelabah jugak dibuatnya bila ada parents yang datang dengan muka serius semacam marah-marahkan anaknya. Alamak aku plak yang ngeri n takut jadi tragedi tak diingini di depan mata aku.
|
awal lagi...sebelum tahap kelemau meninggi hehehe |
|
Kad laporan disiplin pelajar |
Dalam kul 9.30 lebih...kelas aku semakin sunyi dengan kehadiran ibu bapa. Mulalah budak-budak buat konsert sure heboh kat belakang. Habis dah ada yg bawa gitar n hp...ikut suka dia orang ler. Yang layan lagu dangdut pun ada. Aku plak layan amik gambau dorang hehehehe. Yang hilang pun hilang beraya pergi ntah kelas manalah.
mmmmm apa nak buat lagi ni? Buku rekod pun dah siap tapi tak der pun tetamu yang datang nie. Budak-budak pun dh semakin susut nilai dalam kelas hehehhe. Ntah mana-mana hala buat lawatan muhibbah ke kelas-kelas lain lah tu.
|
yeayyyyy siap gak buku rekod aku. |
Last-last dalam kul 10.30 aku pun bungkus barang-barang balik ke staff room. Sempatler buat pesanan penaja kat budak2 yang ada, kalau parents datang suh jer jumpa cikgu kat staff room. Panas punggung aku jer duduk lama-lama dalam kelas sebab bayangan yang nak datang tu dah macam tak ada. Lagipun aku nak tengok buku program untuk Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 malaysia tak tahu apa citenya.
Mak aih dah besar2 budak2 tu ye..masa ma tinggalkan dulu kecik je lagi.. Dulu ngajar abg2 diaorg kat kelas raya & kekwa..skang2 adik2 pun jadi pewaris kelas tu ye.. :)
ReplyDeletemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. sesuai tak ma peribahasa tu utk budak2 tu. Hehehe tak baik cikgunya. Itu ma baru tengok budak2nya belum tgok kengkawan yg ma tinggalkan 2 tahun hehehe
ReplyDelete