Hehehe saja je buat gempak. Aku bukan ajak g perhimpunan "Bersih" lah tapi nak g tolong bersihkan makanan kenduri kahwin kat rumah kakak aku kat Jengka, Pahang. Sambil bersihkan apa yg leh ditapau bawa balik rumah hahaha. Tak senonoh aku. 3 Julai hari tu sebelah perempuan kat Kajang...9 Julai (Sabtu) plak kat rumah pihak lelaki. Aku bertolak dari rumah dalam kul 10 pagi hari sabtu tu sampai sana betoi2 time orang nk makan. Maleh nk g jumaat kononnya leh balik lambat sikit huhuhu. Kali ini katanya temanya kaler merah...so aku anak beranak pakat merah belaka huhuhu.
|
kan kan kan...mama, babah n adam merah |
Memang betoi2 merah kali ini...dari pelamin sampailah ke pengantin pakat merah menyala. Dah macam perhimpunan wanita UMNO ler plak. Nasibler yg nak bertema tu pakai suam-suam merah jer. Ikut suka deme (ISA) jer pakai baju merah hahahha. Asal namanya merah :)
Tapi apa yang bestnya time-time camnilah aku dapat berkumpul n berjumpa dengan mak, abang2, kakak2, anak2buah n cucu-cucu buah ahaks yg jauh-jauh dan lama xjumpa. Semua adik-beradik aku datang cuma sorang jer tercicir sebab sakit kaki. Gaut ler tu huhu.
|
Bersama mak dan kakak2 aku .... serupa tak huhu |
|
abang2 aku...yang belakang tu abang ipar (tuan tanah) n bawah
ni biasa aaaa tumpang interprame huhu |
|
abang aku yg sulung. |
Lepas kenduri biasalah...perhimpunan 'bersih' dijalankan. Maafler yer...tak dapat turut serta mem'bersih'. Dok melayan kepala yang tengah melayang jer ni (Bukan alasan sikit2 jer ngelat hik hik). Tak tahulah naper...maybe cuaca kut sebab panas sgt sampai kepanasan menyerap naik ke kepala. So keje aku membuta jerlah lepas kenduri tu. Puas dah cuba tido n telan ubat tapi tak jalan jugak. Dah balik ke rumah aku penin lagi sampai pagi tak ilang lagi. Apa2pun sempatler merakam kempen bersih dijalankan ahaks!
|
gosok jangan tak gosok |
Sebelum aku balik ke PJ sempatlah aku mengikuti acara keluarga sebelah malam iaitu acara membuka hadiah dan beramah mesra. Memang mesra banget ada cabutan bertuah, ada temu ramah, ada potong kek n ada yang sambut besday gak malam tu utk yg lahir bulan julai.
|
sambut besday ramai2- bulan 7 jer bukan 7 bukan 17 n buak 27 hb |
|
antara yang bertuah dalam cabutan bertuah. |
|
bergambar beramai --- ini antara yang masih single n avaiable ahaks! |
Nampaknya cite aku yg tak banyak cite ni dh sampai ujungnya. Malam tu ada yg tak puas hati sebab ramai tak bertuah untuk memenangi hadiah huhu termasuklah aku. Adakah time depa nk kasi hadiah sikat yg dok pakai hari2 tu time tu nama aku n adam naik. Hahaha hampeh!!!!. Nampaknya sapa2 nak kawin lepas ni kena sediakan banyak hadiah lagi. Kalau tak habislah harta tuan rumah kena rompak utk dijadikan hadiah emergency huhuhu. Lastly sepanjang otw dalam keta...aku sambung tido n jaga2 eh dah sampai rumah rupanya. Dah kul 2 am pun.
No comments:
Post a Comment